366 Hari getir untuk Terengganu tunjuk nelang
KUALA TERENGGANU - Berbaki 365 hari menjelang Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 yang akan berlangsung di Selangor, kontinjen SUKMA Terengganu digesa melipat gandakan usaha bagi menghadapi temasya sukan terbesar kebangsaan itu. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim berkata, mengambil kira pencapaian SUKMA 2024 yang lalu di Sarawak menunjukkan petanda bahawa kontinjen perlu berkerja keras...
Siap dinaik taraf, masalah banjir jalan raya berakhir
KUALA TERENGGANU – Penduduk di Kampung Bukit Putera hingga Jelapang, Bukit Layat kini boleh menarik nafas lega apabila projek menaik taraf aras jalan yang sering dinaiki air ketika musim hujan telah siap sepenuhnya. Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, projek itu merupakan salah satu usaha berterusan bagi menyelesaikan masalah banjir kilat yang telah sekian lama membelenggu penduduk setempat. "Laluan tersebut...
TDM salur RM1.16 juta untung sawit kepada LTAWNT
KUALA TERENGGANU – TDM Berhad hari ini mengumumkan pembayaran perkongsian keuntungan berjumlah RM1,164,670 kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TDM, Najman Kamaruddin berkata, jumlah tersebut adalah hasil kejayaan Projek Tanaman Kelapa Sawit di Ladang Air Puteh, Mukim Tebak, Kemaman, yang diuruskan bersama sejak hampir tiga dekad lalu. “Usaha...
Terengganu jangka wujudkan hingga 3,000 peluang kerja sektor tenaga hijau
KUALA TERENGGANU – Terengganu menyasarkan penciptaan antara 2,000 hingga 3,000 peluang pekerjaan baharu dalam sektor tenaga hijau menjelang 2030 menerusi pelaksanaan pelan Terengganu New Economy Transformation (T-Next). Mantan Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Strategic and Integrity Institute (TSIS), Prof. Madya Dr. Mohd Hanif Yaacob berkata, potensi sektor tenaga hijau jauh melangkaui penghasilan tenaga semata-mata, dengan rantaian pertengahan (midstream) dijangka menjadi pemacu...
Jejak Kemerdekaan; Pemberottakan Tani Sejarah Perjuangan Rakyat Terengganu
Pemberontakan tani merujuk kepada pergerakan atau tindakan protes yang dilakukan oleh petani atau masyarakat tani terhadap pihak berkuasa, biasanya berkaitan dengan isu-isu tanah, hasil pertanian, atau keadaan ekonomi yang membebankan. Ia boleh melibatkan pelbagai bentuk tindakan, seperti tunjuk perasaan, pergolakan, atau penentangan bersenjata. Di Terengganu, terdapat beberapa peristiwa pemberontakan tani yang tercatat dalam sejarah, antaranya: Pemberontakan Tani di Terengganu 1928: Peristiwa ini...
Teruskan Agenda Pembangunan Sumber Nadir Bumi (REE)
KUALA TERENGGANU Kerajaan PAS Negeri Terengganu komited untuk meneruskan agenda pembangunan sumber nadir bumi (REE) walaupun Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) tidak menggariskan perincian khusus mengenai penglibatan negeri dalam sektor tersebut. Ahli Jawatankuasa PAS Terengganu, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, Terengganu sudah menggerakkan pelbagai inisiatif di peringkat negeri dengan kerjasama pelabur sedia ada bagi memastikan potensi REE dapat dimanfaatkan sepenuhnya. “Walaupun tiada...
Terengganu lancar TNEXT pacu Transformasi Ekonomi Baharu
KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri hari ini melakar sejarah baharu dengan pelancaran Terengganu New Economy Transformation (TNEXT) dalam memacu peningkatan ekonomi negeri secara mampan menjelang 2030. Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata TNEXT merupakan satu agenda komprehensif yang menggabungkan tiga dasar strategik. Menurutnya, TNEXT menghimpunkan Dasar Pembangunan Pelaburan Perindustrian Negeri...
Kritik bantuan RM100 tidak bersasar, desak Projek Besut disegerakan
KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Besut, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh menyuarakan kebimbangan terhadap beberapa langkah kerajaan yang disifatkan tidak berfokus dan bercanggah dengan prinsip tadbir urus berkesan, ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) di Dewan Rakyat semalam. Beliau mempersoalkan pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 secara 'one-off' kepada semua rakyat, termasuk golongan berpendapatan tinggi, yang diumumkan Perdana Menteri...
DPPPNT rancakkan Pelaburan Industri Terengganu
KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu hari ini melakar satu lagi pencapaian penting dalam agenda pemerkasaan ekonomi negeri dengan melancarkan Dasar Pembangunan Pelaburan Perindustrian Negeri Terengganu 2023–2030 (DPPPNT) di Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam. Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) dalam satu kenyataan berkata, dasar itu menjadi bukti keazaman Kerajaan Negeri memperkukuh ekosistem pelaburan serta merancakkan pembangunan sektor perindustrian secara strategik,...
Sasaran 1.1 Peratus KDNK pertanian disifatkan langkah undur ke belakang
BESUT - Sasaran peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sektor pertanian Terengganu sebanyak 1.1 peratus seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai langkah mengundur ke belakang berbanding pencapaian semasa dan potensi sebenar negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dato' Dr. Azman Ibrahim, berkata pada tahun 2023 sektor pertanian...











