TI Properties catat keuntungan lebih RM2 juta

KUALA TERENGGANU  - TI Properties salah satu anak syarikat yang berada di bawah Terengganu Incorporated berjaya mencatatkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM 2,039,652 juta pada tahun 2022. Setiausaha Kerajaan negeri, Tengku Seri Bijaya berkata ia adalah satu pencapaian yang membanggakan dan berharap syarikat itu akan terus melakar kejayaan. Katanya, TI Properties telah didaftarkan pada tahun 2017 dengan fokus bisnes berkaitan pengurusan...

PAS yakin pertahan Kemaman

MARANG - PAS Terengganu yakin kerusi Parlimen Kemaman akan kekal menjadi milik parti tu pasca Pilihanraya Kecil (PRK) pada 2 Disember nanti. Pesuruhjaya PAS negeri, Senator Dato’ Husain Awang berkata, walau bagaimanpun pihaknya tidak akan memandang mudah cabaran parti lawan kerana banyak cabaran perlu dihadapi. Katanya, parti lawan mempunyai sumber kewangan mencukupi berbanding PAS. "Justeru PAS dan ahli parti perlu berusaha mencari...

Terengganu sudah banyak maju – Tun M

KUALA TERENGGANU - "Terengganu sudah banyak maju," ujar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad setelah melihat perkembangan semasa dan pelan-pelan yang dirancang kerajaan negeri. Terdahulu, Tun Dr Mahathir mengadakan lawatan kerja ke Terengganu sebagai Penasihat Kehormat kepada empat negeri (SG4). Pada lawatan tersebut, beliau telah berjumpa dengan Menteri Besar, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar di Pejabat Menteri Besar, Wisma Darul...

Graduan hiba dapat khabar duka 15 minit sebelum terima skrol

KUALA NERUS – Siapa sangka hari yang sepatutnya diraikan dengan kegembiraan bertukar menjadi duka apabila bapa kepada seorang graduan dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ini meninggal dunia 15 minit sebelum majlis graduasinya berlangsung. Graduan Ijazah Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa (dengan Kepujian), Haslina Kalang, 23, yang hanya menunggu giliran untuk menerima skrol mendapat panggilan dari jirannya di Tawau, Sabah pada jam...

MBKT sedia kemudahan BBQ di Pantai Seberang Takir

KUALA TERENGGANU – Majlis Bandaraya Kuala Terengganu(MBKT) telah menyediakan beberapa kemudahan tempat BBQ untuk orang ramai membakar ayam, ikan dan sebagainya di tepi pantai Seberang Takir sebagai tarikan terbaharu. Menurut kenyataan di laman rasminya, MBKT menyediakan kemudahan ini di tapak santai dan perkhemahan di Pantai Seberang Takir, berlatarbelakangkan pemandangan Laut China Selatan yang indah dengan cara yang lebih tersusun dan...

GLC ditagih tambah baik Zoo Kemaman

KEMAMAN - Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Terengganu diharap dapat membantu memajukan Zoo Kemaman dengan menambah haiwan yang berpotensi menjadi daya tarikan untuk meningkatkan jumlah pengunjung. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, pihak zoo telah diminta mengenalpasti haiwan yang diminati oleh pelbagai lapisan masyarakat terutamanya kanak-kanak, belia dan pelajar-pelajar. "Saya mengharapkan seluruh GLC dalam negeri Terengganu ini...

SG4 cari jalan perhebatkan pelancongan

KEMAMAN - Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis telah berbincang bagi mencari jalan efektif untuk memperhebatkan pelancongan di negeri State Goverment 4 (SG4). Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, perkara itu menjadi topik perbincangan ketika perjumpaan kali pertama diadakan membabitkan keempat-empat Exco Pelancongan negeri berkenaan. "Kita telah mengadakan perjumpaan itu pada bulan lepas di...

Hanya seorang Graduan Palestin hadir Konvokesyen UniSZA, empat gagal dihubungi

KUALA NERUS - Enam graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)  dari Palestin merupakan antara 3,608 graduan  yang menerima ijazah dan diploma pada Majlis Konvokesyen UniSZA kali ke-15 di Dewan Al-Muktafi Billah Shah di sini bermula Ahad hingga Rabu ini. Bagaimanapun, hanya seorang yang hadir iaitu graduan PhD Fakulti Sains Kesihatan, Hanan Kamel Mohammed Saad, 51, manakala empat graduan Palestin yang...

Hospital Pengajar UniSZA beri impak besar ekosistem kesihatan Terengganu

KUALA TERENGGANU – Pengoperasian Hospital Pengajar UniSZA memberi implikasi besar kepada ekosistem kesihatan di daerah Kuala Nerus dan juga negeri Terengganu secara amnya. Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof Dr Fadzli Adam berkata pada 23 Julai 2023, Hospital Pengajar UniSZA telah berjaya memulakan pengoperasian klinik-klinik pakar kepada orang awam. “Ia merupakan kejayaan besar bagi UniSZA dalam memberi manfaat kepada...

Terengganu juara MAKSAK berbasikal 2023

KUALA NERUS - Terengganu muncul juara keseluruhan kejohanan berbasikal Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) 2023 di sini. Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Seri Bijaya Raja berkata naib juara dan tempat ketiga pula masing-masing dimenangi oleh Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Sukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Katanya, pada kejohanan itu seramai 12 pasukan bertanding yang melibatkan hampir...