Musim tengkujuh dijangka bermula Sabtu ini hingga Mac 2024
KUALA TERENGGANU - Monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh di Malaysia dijangka bermula pada 11 November 2023 dan sehingga Mac 2024. Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah dalam satu kenyataan berkata dalam sepanjang tempoh ini, empat hingga enam episod hujan lebat dijangka berlaku . "Semasa fasa awal MTL dari November 2023 hingga Januari 2024, episod hujan lebat...
PAS umum calon PRK Kemaman 16 November
KUALA TERENGGANU - Calon Perikatan Nasional (PN-PAS) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman dijangka bakal diumumkan pada 16 November depan. Naib Presiden Parti Islam Se-malaysia (PAS), Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keputusan itu akan diputuskan dalam mesyuarat yang diadakan dalam tempoh terdekat. Katanya, majlis pengumuman calon tersebut kemungkinan diadakan di Chukai, Kemaman. “Saya difahamkan, cadangan tarikh pengumuman calon ialah...
Angka syuhada melepasi 10,000 orang
Angka ‘syuhada’ di Gaza telah melepasi 10,000 orang, kata kementerian kesihatan yang dikendalikan Hamas semalam selepas hampir sebulan pengeboman oleh Israel yang serangannya menunjukkan tanda-tanda semakin sengit.Manakala sekurang-kurangnya 152 orang telah terbunuh di Tebing Barat yang diduduki dan lebih daripada 1,400 di Israel dalam tempoh yang sama.Berikutan keganasan rejim Israel itu, Briged Syuhada Al Aqsa, sayap bersenjata kumpulan Fatah,...
100 asnaf terima bantuan bakul makanan
Oleh: Asrenna Yun 7 November 2023 KOTA BELUD: Sebanyak 100 buah keluarga asnaf dan warga emas telah menerima bantuan bakul makanan di sini, berakhir tengah hari kelmarin. Program Ziarah Dakwah anjuran Lajnah Kebajikan PAS negeri Sabah dengan kerjasama Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Kota Belud itu mengambil masa selama dua hari untuk diziarahi yang melibatkan dua buah kampung iaitu Kg. Kuala Abai dan...
Tingkatan kekuatan dalaman
Oleh ; Rohayati Ripin SETIU - Muslimat diseru agar meningkatkan lagi kekuatan dalaman untuk menghadapi cabaran semasa yang berlaku pada hari ini. Timbalan Yang di Dipertua PAS Kawasan Setiu, Ustaz Nazari Alias berkata, ia adalah antara elemen penting yang perlu ada bagi setiap individu. "Tujuan yang utama program ini adalah merapatkan ukhuwah," jelasnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas merasmikan program...
PAS yakin pertahankan parlimen Kemaman
KEMAMAN - PAS Kemaman melahirkan keyakinan akan mempertahankan kemenangan Parlimen tersebut dalam Pilihan Raya Kecil(PRK) P040 Kemaman yang akan diadakan pada 2 Disember nanti. Walau bagaimanapun, Yang Dipertua PAS Kemaman, Ustaz Che Alias Hamid mengingatkan jentera muslimat agarjangan berasa angkuh, sombong dengan kemenangan besar yang diperolehi dalam Pilihan Raya Umum ke 15(PRU15) tahun lalu. " Kerana musuh akan bekerja bersungguh-sungguh bagi...
Muslimat dan Ameerah mesti berada di hadapan
KEMAMAN - Muslimat dan Ameerah (Muslimat Muda PAS) mesti meletakkan diri mereka berada di hadapan dalam masyarakat sebagai membuktikan parti yang didokongi mampu memimpin negara. Oleh itu, kata Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Malaysia, Dr. Ustazah Siti Mastura Muhammad mereka perlu sentiasa membaiki diri untuk menjadi lebih baik. "Maka, walau di mana kita berada, apapun posisi kita berada, apapun jawatan dipegang, hatta...
Kecam kezaliman yang menimpa rakyat Palestin
Oleh : Rohayati RipinKUALA TERENGGANU – Dewan Muslimat PAS negeri Terengganu (DMPNT) menyeru warga rakyat negeri ini untuk bersama-sama menunjukkan kebersamaan dan kemanusiaan serta mengecam kezaliman yang menimpa rakyat Palestin. Timbalannya, YM Ustazah Tuan Roslina Tuan Sulaiman berkata, isu kemanusiaan di Palestin tidak seharusnya dilihat dari aspek perjuangan semata-mata. Namun katanya, harus dilihat daripada konteks kemanusiaan sejagat. “Dewan Muslimat sentiasa mengikui perkembangan...
PASTI DUNGUN pertahan Juara Keseluruhan Alam Ria PASTI
DUNGUN - PASTI Kawasan Dungun mempertahankan kejayaannya tahun lalu, apabila dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Alam Ria PASTI Negeri Terengganu 2023. Pengerusi PASTI Kawasan Dungun, Muhamad Fauzi Mahammad Khairudin yang melahirkan kesyukuran di atas kejayaan dapat mengekalkan Anugerah Johan Keseluruhan untuk kedua kali acara daripada 11 yang dipertandingkan. "Iaitu acara sajak kategori lelaki dan perempuan, bercerita lelaki, azan dan pidato, " Kejayaan ini...
Terengganu bakal bangunkan industri hidrogen hijau
KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu sedang mengorak langkah bagi membangunkan industri hidrogen hijau yang mampu menjadi sumber pendapatan baharu negeri. Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, beberapa usaha sedang digarap termasuk perbincangan bersama pakar dari Korea Selatan dalam bidang terbabit. Katanya, langkah tersebut akan memberikan banyak manfaat kepada rakyat Terengganu di masa depan. "Kerajaan Terengganu juga telah mengadakan perbincangan...