Desak tindakan tegas tangani isu buli
BESUT – Ameerah Besut mendesak pihak berkenaan mengambil tindakan tegas bagi menangani isu buli yang semakin membimbangkan dan menuntut kerajaan mewujudkan jawatan khusus warden asrama bagi menjamin keselamatan pelajar. Ketuanya, Amnah Mohamed berkata, tragedi yang menimpa pelajar, Zara Qairina, baru-baru ini wajar menjadi pengajaran kepada semua pihak agar tidak memandang ringan budaya buli di sekolah. “Tanggungjawab mencegah buli perlu dipikul bersama...
15 Tahun usaha, petani hasilkan enam tan Melon setiap musim
DUNGUN – “Kalau tidak sabar dan terus belajar, saya mungkin sudah lama berhenti,” kata Mohd Jalil Mat Ali, 63, seorang petani berpengalaman yang kini mampu menghasilkan sehingga enam tan buah melon manis setiap musim hasil usaha lebih 15 tahun dalam bidang pertanian. Beliau yang mengusahakan tanaman melon manis menggunakan sistem fertigasi menjangkakan hasil sebanyak 4,000 biji buah bagi musim kali...
Azam, Mariam Dinobat Johan Tilawah Kuala Nerus
KUALA NERUS – Muhammad Azam Md Noor dinobatkan sebagai johan Majlis Tilawah al-Quran peringkat Daerah Kuala Nerus yang berlangsung di Masjid Gong Kijang, Bukit Tunggal, semalam. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim berkata, penganjuran tilawah ini bukan sekadar pertandingan, sebaliknya perlu menjadi pemangkin kepada pengajian al-Quran secara berterusan dalam masyarakat. “Tilawah bukan hanya pentas pertandingan,...
Terengganu tuntut hak senarai 10 projek wajib lulus RMK-13
KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri Terengganu mengemukakan senarai 10 projek mega yang dianggap 'wajib diluluskan' dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) Rolling Plan Pertama (RP1) bagi memastikan keselamatan rakyat, kelestarian alam sekitar dan kelancaran ekonomi negeri. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dato' Hanafiah Mat berkata projek-projek tersebut merupakan keperluan mendesak dan bukan bersifat kemewahan. Katanya, ia melibatkan aspek keselamatan...
Buli racun keharmonian, nyawa jadi taruhan
KUALA TERENGGANU – Perbuatan buli disifatkan sebagai ‘racun keharmonian’ yang merosakkan hubungan sesama manusia dan berpotensi meragut nyawa jika dibiarkan berleluasa. Khutbah Jumaat di seluruh Terengganu baru-baru ini menggariskan bahawa budaya buli, sama ada di sekolah, tempat kerja atau alam maya, merupakan perbuatan zalim yang diharamkan oleh Islam kerana mencederakan fizikal, mental dan emosi mangsa. Menurut teks khutbah yang disediakan Jabatan...
‘Layanan Dua Darjat’, Terengganu mahu haknya dikembalikan
KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri Terengganu menggesa kerajaan Persekutuan menghentikan amalan layanan 'dua darjat' dalam pengagihan projek dan peruntukan pembangunan, yang didakwa membantutkan kemajuan negeri itu. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dato' Hanafiah Mat menegaskan, walaupun negeri berkenaan menjadi penyumbang utama hasil negara menerusi industri minyak dan gas, banyak projek yang dicadangkan berdepan proses kelulusan yang lambat,...
Realisasi Konkrit T-Next
KUALA TERENGGANU – Pelaksanaan dasar dan pelan strategik negeri, khususnya di bawah Terengganu New Economy Transformation (TNEXT) akan direalisasikan dengan tindakan konkrit. Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menekankan bahawa pelaksanaan dasar dan pelan strategik itu bukanlah sekadar pelancaran tanpa hasil seperti yang disindir sesetengah pihak. “Ada juga suara-suara kecil yang terpencil dengan sinis menyebut bahawa bermacam dasar...
Mangsa kebakaran terima bantuan aegera, rumah baharu akan dibina
SETIU – PAS Kawasan Setiu bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyalurkan bantuan segera kepada Kamariah binti Mat Daud yang ditimpa musibah rumahnya terbakar di Kampung Langkap Baru, Ahad lalu. Menurut Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Langkap, Azmi Maarof berkata, dalam kejadian sekitar jam 2.00 pagi itu, mangsa yang mesra disapa Kak Yah kehilangan tempat tinggal dan kini menumpang di rumah...
TNEXT Strategi kurangkan kebergantungan royalti petroleum Terengganu
KUALA TERENGGANU - Pelaksanaan Terengganu New Economy Transformation (TNEXT) bakal menjadi pemangkin utama kepada usaha negeri mengurangkan kebergantungan terhadap hasil royalti petroleum melalui pembangunan sektor tenaga, teknologi hijau dan pelaburan strategik yang menjana pendapatan baharu. Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata sebahagian besar pendapatan baharu negeri bakal disumbang daripada...
Peruntuk lebih RM1.3 juta perkukuh biosekuriti dan galak pensijilan myGAP
BESUT – Kerajaan Negeri Terengganu memperuntukkan lebih RM1.3 juta bagi memperkukuh industri akuakultur negeri melalui insentif Pensijilan Amalan Akuakultur Baik Malaysia (MyGAP), peningkatan infrastruktur biosekuriti dan bantuan kepada pengusaha kecil. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dato Dr. Azman Ibrahim, peruntukan tersebut melibatkan pemberian bantuan berbentuk 'in-kind' seperti kemudahan sanitasi, stor makanan, pagar kawasan,...











