Warga emas lega ‘Banjir tak jadi’
BESUT - Sepasang warga emas dari Kampung Tok Saboh, Kuala Besut, menarik nafas lega apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Azbi Salleh, mengambil tindakan pantas bagi mengelakkan kawasan rumah mereka terjejas banjir akibat hujan lebat yang berterusan. Fatimah Muhammad, 78, menzahirkan rasa terharu dan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Azbi. "Syukur keadaan kembali seperti biasa, terima kasih kepada semua...
Satu sungai lepasi paras bahaya, 3 peringkat waspada
KUALA TERENGGANU - Satu sungai di Terengganu melepasi paras bahaya manakala tiga lagi mencatatkan bacaan melepasi paras waspada susulan hujan berterusan sejak tiga hari lepas. Ia membabitkan paras air sungai di parit utama di Padang Kemunting, Kuala Nerus merekodkan bacaan 3.93 meter (m) berbanding paras normal 1.5 m. Berdasarkan laporan infobanjir.water.gov.my sehingga 9.00 pagi ini, tiga sungai di tiga daerah direkodkan...
Rakyat tidak setuju tindakan BN fail petisyen – Kajian
KEMAMAN - Hasil tinjauan mendapati sebanyak 61 peratus responden tidak bersetuju dengan tindakan Barisan Nasional (BN) memfailkan petisyen membatalkan kemenangan PAS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Parlimen Kemaman yang lepas. Kajian yang dilaksanakan Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) itu turut mendapati 53 peratus responden menganggap keputusan Mahkamah Pilihan Raya terhadap keputusan petisyen adalah tidak konsisten. Jelas TSIS, 52 peratus responden pula beranggapan bahawa...
Mangsa banjir Terengganu cecah 4,476 orang
KUALA TERENGGANU – Mangsa banjir terus meningkat sebanyak 4,476 orang yang melibatkan 1,170 keluarga di Terengganu. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Terenganu berkata kesemua mangsa tersebut terdiri dari enam daerah. Katanya, daerah tersebut melibatkan Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu, Besut, Dungun dan Marang. Setakat jam 10.30 malam, sebanyak 31 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka keenam-enam daerah berkenaan. Besut...
Utamakan keselamatan, Elak episod malang tidak berbau
Oleh : Pak Abbas KUALA TERENGGANU, 21 November - Rakyat diingatkan agar sentiasa menjaga keselamatan diri dan keluarga ketika berlakunya banjir yang menyebabkan mangsa terpaksa berpindah. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, golongan terjejas banjir perlu mengutamakan diri serta keluarga terlebih dahulu sebelum menyelamatkan harta benda. Kata beliau, dalam masa yang sama pihaknya sentiasa...
Bah di Terengganu makin buruk, 3,374 mangsa banjir di lima daerah
KUALA TERENGGANU - Hujan berterusan selama dua hari menyebabkan jumlah mangsa banjir di lima daerah terus meningkat di Terengganu. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Negeri memaklumkan sejumlah 3,374 orang berada di 23 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 6 petang hari ini. Kuala Nerus masih menjadi daerah mencatatkan jumlah mangsa teramai iaitu 1,297 orang daripada 337 keluarga yang ditempatkan di 12...
Jumlah mangsa banjir Seberang Takir meningkat
KUALA NERUS - Berikutan hujan lebat yang berterusan, jumlah mangsa banjir di Seberang Takir terus meningkat. Pengerusi JPKK Pak Tijah, Zainal Lasim memaklumkan sejumlah 300 orang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) SK Tok Jembal setakat jam 8 pagi tadi, berbanding 154 orang semalam manakala di beberapa PPS lain juga berlaku pertambahan. "Waspada dengan keadaan cuaca monsun timur laut yang dan percaya keadaan yang lebih teruk...
MB Terengganu puji petugas, kerjasama agensi hadapi banjir
KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memuji kerjasama agensi dalam menghadapi banjir di negeri itu. "Saya rasa pengurusan terbaik, semua agensi dan individu yang bekerja menangani bencana ini melaksanakan tugas dengan baik," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam kunjungannya ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Chendering, hari ini. Tambahnya, situasi itu dapat...
UniSZA pindahkan pelajar yang terlibat banjir ke asrama
KUALA NERUS - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Gong Badak sedang giat memindahkan pelajar ke asrama selepas rumah sewa mereka dinaiki air. Naib Canselor UniSZA, Prof Dato’ Dr Fadzli Adam berkata, petugas banjir UniSZA bertindak pantas membawa pelajar terbabit ke asrama selepas kediaman mereka dimasuki air. “Syukur Alhamdulillah, setakat ini proses pemindahan pelajar berjalan lancar dan segala bentuk bantuan juga...
Dr Sam seorang ‘Strategic Minded’ – Bekas SU Agung UMNO
KUALA TERENGGANU - Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai seorang mempunyai pemikiran strategik. Annuar berkata perkara itu dapat dilihat apabila beliau duduk bersama Dr Sam sekali gus meninjau pemikiran calon PAS PRK Kemaman itu. "Saya pernah berbincang dan bertanya kepada Dr Sam mengenai apa rancangan Kerajaan Terengganu apabila stesen...