Rezeki banjir, 4 sekawan dapat Ikan Kelah Merah hampir RM3 ribu
HULU TERENGGANU - Bak kata orang, kalau sudah rezeki pasti tidak salah alamat. Itulah nasib yang menimpa seorang anak muda yang dikenali sebagai Mohammad Hafifi Abu Bakar yang berusia 32, berasal dari Kampung Pengkalan Ajil, di sini. Dia dan tiga lagi rakannya berjaya mendapat Ikan Kelah Merah atau nama saintifiknya, Tor putitora satu-satunya spesies liar di habitat sungai yang paling...
Mangsa banjir naik 2281, Dungun paling teruk terjejas
KUALA TERENGGANU - Mangsa banjir di negeri ini meningkat sebanyak 2,281 mangsa daripada 661 keluarga dengan menyaksikan daerah Dungun paling teruk terjejas. Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata kesemua mangsa tersebut terdiri dari enam daerah melibatkan Marang, Dungun, Hulu Terengganu, Setiu, Besut dan Kemaman. Katanya, mereka semua ditempatkan di 46 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dalam daerah berkenaan. "Setakat jam 10.00 pagi,...
Ziarah Kasih Krismas PAS Keningau semai perpaduan
Oleh: Mimi Hazwa HMS 25 Disember 2023 KENINGAU: Dewan Muslimat PAS Keningau (DMPK) melalui Biro Perpaduan Nasional telah mengadakan Ziarah Kasih Krismas sempena sambutan Krismas yang diraikan oleh penganut beragama Kristian pada 25 Disember 2023. Dalam Ziarah Kasih Krismas penyerahan barang dapur, makanan dan duit Krismas kali ini telah diadakan di kampung Tohan Baru sebagai tanda menyantuni dan merasakan bahang sambutan bersama...
Ahli kiblat wajib bersatu menentang pengganas bala tentera negara ahzab
Minda Presiden PAS AHLI KIBLAT WAJIB BERSATU MENENTANG PENGGANAS BALA TENTERA NEGARA AHZAB Umat Islam kini sedang menghadapi ujian paling getir dan dahsyat, jika dibandingkan sepanjang perjalanan sejarahnya. Mereka diganyang oleh pengganas bersifat negara besar yang mengadakan suatu Pakatan Ahzab, iaitu barisan bersekutu yang melakukan serangan ganas yang terdiri daripada kalangan Yahudi Zionis dan disertai bala tentera Barat yang diketuai oleh...
Amaran banjir di Terengganu, bermula esok hingga 26 Disember
KUALA TERENGGANU - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran banjir diramal berlaku secara berperingkat di beberapa kawasan rendah berhampiran sungai di Terenggan bermula 24 hingga 26 Disember ini. JPS dalam kenyataan hari ini, memaklumkan jangkaan banjir tersebut berlaku di beberapa kawasan rendah berhampiran sungai iaitu dalam lingkungan lima kilometer (5km). Di Daerah Besut, jangkaan banjir adalah pada 2 pagi (24...
SPM bukan titik pengakhiran
Oleh : Safwan Syakir KUALA NERUS - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bukanlah satu pengakhiran buat pelajar tetapi ia adalah titik permulaan kepada dunia sebenar. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Zaharudin Zahid berkata, justeru itu, ibu bapa perlu memberi dorongan kepada pelajar yang ingin meneruskan pengajian mereka selepas menamatkan SPM. “Sebagai ibu bapa, kita harus bersifat adil kepada anak-anak. Di usia...
Penentuan bangsa menjadi ketua negara dan kekhilafan mazhab
Minda Presiden PAS PENENTUAN BANGSA MENJADI KETUA NEGARA DAN KEKHILAFAN MAZHAB Tidak ada kekhilafan wajibnya pemimpin negara yang dilantik itu mestilah seorang Muslim yang beriman, budiman dan berilmu. Islam secara tegas mengharamkan kepimpinan bukan Islam menguasai sesebuah negara. Firman Allah SWT: ﴿لَّا يَتَّخِذِ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلۡكَٰفِرِينَ أَوۡلِيَآءَ مِن دُونِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَۖ وَمَن يَفۡعَلۡ ذَٰلِكَ فَلَيۡسَ مِنَ ٱللَّهِ فِي شَيۡءٍ إِلَّآ أَن تَتَّقُواْ مِنۡهُمۡ تُقَىٰةٗۗ...
Tindakan Meta mengalih keluar video grafik Israel-Gaza adalah salah, kata Lembaga Pengawasan
Lembaga pengawasan Meta berkata pada hari Selasa bahawa syarikat media sosial itu tersilap dalam mengalih keluar dua video yang menggambarkan tebusan dan orang yang cedera dalam perang Israel-Gaza. Menurut Lembaga tersebut, video itu berharga untuk memahami penderitaan manusia dalam perang. Meta telah pun mengembalikan semula video tersebut apabila lembaga pengawasan mengambil alih kes itu. Salah satu kes membabitkan video yang disiarkan...
PPS Terengganu sedia tampung 147,590 mangsa sekiranya banjir besar
MARANG - Sebanyak 590 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh negeri ini telah dikenal pasti untuk menampung sebanyak 147,590 mangsa banjir pada satu-satu masa. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Maliaman Kassim berkata dalam aspek penyimpanan barangan keperluan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu mempunyai satu buah depoh, 14 mini depoh dan 162 pangkalan hadapan. “Bagi pengoperasian di...
KUTT dilantik agensi hentian setempat
KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri melantik Koridor Utiliti Teknologi Terengganu Sdn Bhd (KUTT) secara rasminya sebagai Agensi Hentian Setempat (One Stop Agency) untuk semua permohonan permit bagi kerja-kerja korek gali di seluruh Terengganu. Pengerusi Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Hanafiah Mat berkata KUTT bertanggungjawab membangunkan Koridor Utiliti negeri Terengganu termasuk membangun pangkalan data bersepadu bagi semua jajaran utiliti merangkumi...