Jentera PAS Telah Bersedia Hadapi PRU

Jentera PAS Telah Bersedia Hadapi PRU MANJOI: Hasil tinjauan di beberapa negeri ternyata jentera pilihanraya PAS sudah bersedia menghadapi PRU 14 dengan pelbagai pendekatan dari seluruh kombinasi muslima, pemuda dan ulamak. PAS inginkn Melayu yang bertaqwa kepada Allah SWT ada pegangan akidah sahih. Islam itu datang dari Tuhan. Rahmat Islam seluruh alam bukan pada bangsa tertentu. ...

Pengiktirafan Audit Negara satu cabaran

KERAJAAN negeri menyifatkan pengiktirafan Jabatan Audit Negara terhadap Kelantan sebagai satu cabaran bagi mengekalkan rekod pada tahun-tahun akan datang. Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, penghargaan tersebut merupakan satu cabaran kepada kerajaan negeri. Katanya, ia juga merupakan hasil daripada dasar dan pendekatan kerajaan negeri yang melaksanakan ketelusan dalam pentadbiran berasaskan Islam. "Ini juga adalah hasil daripada usaha bersama...

Tutup IPG: Bagaimana nasib pensyarahnya?

AHLI Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusoff melahirkan rasa kesal dengan keputusan kerajaan yang bertindak menukar fungsi Institut Pendidikan Guru (IPG) kepada Kolej Vokasional di seluruh negara. Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid ketika menjawab pertanyaan beliau memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa daripada 27 buah IPG di seluruh negara hanya 17 buah sahaja di kekalkan sebagai IPG. "Kecewa dengan...

PASTI Nurul Haq Tampil Juarai Alam Ria

PASTI Nurul Haq Juarai Alam Ria PASTI Kawasan Bukit GantangOleh : EZy TRONG : Alam Ria Pasti Kawasan Bukit Gantang telah dianjurkan dengan jayanya di Masjid Nurul Hidayah , Sungai Bemban , Trong pada 30 Julai yang lalu dengan penyertaan seluruh Pasti di Bukit Gantang,  , 30 Julai lalu. Pelbagai acara telah dipertandingkan iaitu Kalam Jama’ei, Nasyid,...

Anak muda tekad rampas kerusi parlimen Tumpat

ANAK-anak muda di Tumpat perlu bekerja keras bagi mengambil semula kerusi Parlimen Tumpat yang dilarikan penyandangnya sekarang. Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, kerusi milik PAS sekarang bertukar kepada PKR, selepas anggota parlimennya menyertai parti tersebut. “Anak-anak muda perlu bekerja keras bagi mengembalikan kerusi tradisi PAS tersebut. “Kita berharap program Karnival Anak Muda dan Ijtimak Muslimat menjadi gelombang kebangkitan...

Ladang Rakyat: Audit Negara buktikan tuduhan Husam tidak betul

KETIKA pemimpin parti serpihan cuba menggambarkan projek di bawah Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat bermasalah, sebaliknya Jabatan Audit Negara pula menganugerah Sijil Bersih Tanpa Teguran. Ladang Rakyat semalam menerima sijil bersih Pengauditan Penyata Kewangan Tahun 2016 daripada Jabatan Audit Negara. Sijil itu diserah wakil Jabatan Audit Negara Cawangan Kelantan kepada Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat, Mohd Khairil Hazmie Yusof....

Kita tengok anak Kelantan berjaya dalam pengajian

KEBIJAKSANAAN seseorang pemimpin ialah bila dia dapat memanfaatkan sebaiknya sumber yang dimiliki sepadan dengan keupayaan dan bukannya merancang sesuatu yang tidak berpijak di bumi nyata. Ketika era Kerajaan PAS Kelantan sebelum 1978, pimpinan PAS Kelantan menyedari bahawa adalah mustahil Kelantan mampu bersaing dengan negeri-negeri lain dari segi ekonomi. Kelantan tak ada lebuh raya, tak ada pelabuhan dan tak ada lapangan...

Sasaran 5,000 rumah mampu milik jadi realiti

SEHINGGA sekarang sebanyak 3,905 unit kediaman mampu milik dibina di enam lokasi di Kelantan bagi mencapai sasaran 5,000 unit pada penggal ke-13. Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, jumlah kediaman tersebut sebahagian besar telah dibina dan selebihnya dalam proses pembinaan dan peringkat perancangan. "Rumah mampu milik merupakan sebahagian manifesto PAS pada pilihan raya umum ke-13 lalu untuk...

Pengalaman Dunia Bola Sepak Dikongsi Bersama Pemuda PAS

Pengalaman Dunia Bola Sepak Dikongsi Bersama Pemuda PAS IPOH: Matlamat dan tujuan apabila diberikan kepercayaan menguruskan pasukan bola sepak Perak ( The Bos Gaurus) adalah untuk menaikkan kualiti bola sepak pada tahap yang terbaik. Berkat doa serta harapan dari peminat bola sepak negeri Perak telah membuatkan pemilihan untuk menerajui pasukan TBG dalam meneruskan kegemilangan yang pernah...

MINDA ANAK MUDA | Mulianya Melayu Dengan Islam

Mulianya Melayu dengan IslamFirman Allah SWT yang bermaksud: Wahai manusia! Kami ciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berpuak-puak dan berqabilah supaya kamu mengenal antara satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu ialah yang paling bertaqwa (kepada Allah) di kalangan kamu, sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Mahu mendalam pengetahuanNya. (Al-Hujuraat:13)Al-Quraan adalah kitab petunjuk...