Ucapan Menjunjung kasih DYMM YDPA XV SULTAN MUHAMMAD V
Allahu Akbar! Dengan penuh takzim, patik dan seluruh saf kepimpinan Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda. Rukun Negara terkandung sebanyak lima prinsip antaranya Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaa serta Kedaulatan Undang-Undang....
Selamat Menduduki UPSR Ajari Anakmu Erti Kejayaan Sebenar
Selamat Menduduki UPSR Ajari Anakmu Erti Kejayaan Sebenar Ujian Penilaian Sekolah Rendah, UPSR dijadualkan bermula minggu ini dari 11 September sehingga 18 September 2017 (bagi mereka yang mengambil subjek Cina dan Tamil). Anak-anak tahun 6 dari seluruh negara akan menduduki peperiksaan UPSR selama seminggu. Kami daripada Dewan Muslimat PAS Malaysia mengucapkan selamat maju jaya kepada semua anak-anak calon UPSR. Semoga beroleh...
Rohingya Terus Bermandi Darah, Pedulikah Kita?
Rohingya Terus Bermandi Darah, Pedulikah Kita? Siri kezaliman ke atas etnik Rohingya berterusan sehingga hari ini. Umat Islam yang tidak berdosa ditindas tanpa belas ehsan. Mereka diseksa dengan begitu kejam, dibunuh hidup-hidup, dimusnahkan tempat tinggal dan sebagainya.Maka di manakah peranan kita selaku jiran mereka? Apakah Malaysia masih mahu berpeluk tubuh dan membisu tanpa tindakan serius membela mereka? Kami daripada Dewan Muslimat...
KENYATAAN MEDIA DPPM | “Darul Aman : PAS Sedia Ambil Alih”
KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA 9 September 2017 | 18 Zulhijjah 1438 “DARUL AMAN: PAS SEDIA AMBIL ALIH” 1. PAS telah bersetuju menerima sistem demokrasi berparlimen menerusi pilihan raya sebagai salah satu uslubud-da’wah erdasarkan manhaj al-Qur‘an dan Sunnah yang menjadi dasar perjalanan parti sejak tahun 1951 hingga kini. Sehubungan itu, bagi mendepani PRU14, kami Pemuda PAS telah meletakkan objektif untuk menguasai sekurang-kurangnya 60...
DPPNK | “Mengukuhkan Persiapan Untuk Kembali Memerintah”
KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH 9 September 2017 | 18 Zulhijjah 1438 “MENGUKUHKAN PERSIAPAN UNTUK KEMBALI MEMERINTAH” 1. Menyahut kesediaan PAS Kedah ke arah kembali mentadbir Kerajaan Negeri, dengan ini diisytiharkan bahawa kami sayap Pemuda PAS telah bersiap di semua 36 Dun dan 15 Parlimen seluruh negeri ini bagi menghadapi PRU14. Selain sebagai Jentera kerja, para Pemuda juga antara ramai yang tersenarai...
SRI Al-Furqan Rayu Sumbangan Siapkan Projek Pembangunan
BANTUAN DAN SUMBANGAN TUAN/PUAN MASIH DIPERLUKAN UPDATE PROJEK WAKAF PEMBANGUNAN (BANGUNAN KELAS SEK.AGAMA RAKYAT SRI AL-FURQAN ARAU PERLIS) Alhamdulillah. Sehingga kini projek pembangunan SRI Al-Furqan, Jejawi Dalam, Arau, Perlis ini telah mencapai 40%. Pihak sekolah mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang memberi pertolongan bagi merealisasikan pembinaan bangunan kelas ini. Kerja-kerja pembinaan sedang berjalan hasil daripada sumbangan semua pihak yang prihatin...
Persembahan Ucapan Menjunjung Kasih KDYMM YDPA XV Sultan Muhammad V
Patik dan seluruh ahli PAS merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda. Sesungguhnya patik dan ahli-ahli PAS menjunjung tinggi konsep Raja Berperlembagaan demi menjaga kedaulatan Islam dan keharmonian rakyat jelata dengan memperkasakan Institusi Raja-raja dengan Islam. Patik sepenuhnya mendoakan...
Kesabaran Umat Islam Ada Sempadannya
Kenyataan Media Presiden PAS KESABARAN UMAT ISLAM ADA SEMPADANNYA Apa yang dilakukan terhadap umat Islam Rohingya di luar batas perikemanusiaan. Seluruh dunia sudah mengetahui kekejaman yang mengorbankan manusia di sana sehingga ramai yang sudah terpaksa menjadi pelarian dan mangsa korban di darat dan lautan. Masyarakat antarabangsa tidak boleh memejamkan mata dari segi kemanusiaan untuk bertindak terhadap regim yang terkurung dalam negerinya dan...
KENYATAAN MEDIA DPPM | “Jakim Wajib Tangani Individu Seperti Siti Kasim”
KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA 8 September 2017 | 17 Zulhijjah 1438 “JAKIM WAJIB TANGANI INDIVIDU SEPERTI SITI KASIM” 1. Kesesatan daripada putar belit disengajakan aktivis liberal, Siti Kasim perlu segera dibendung dan ditangani dengan tegas oleh pihak berkuasa. Bukan baharu beliau mengutarakan perihal berkaitan Islam secara fakta yang dusta dan rekayasa, malah acapkali mengelirukan, memperlekeh, menghina dan biadap. 2. Keterlaluannya telah mengundang...
Seruan Untuk Solat Hajat Dan Qunut Nazilah Diatas Pembantaian Terhadap Umat Islam Rohingya
KENYATAAN MEDIA KETUA DEWAN ULAMAK PAS PUSAT "SERUAN UNTUK SOLAT HAJAT DAN QUNUT NAZILAH DIATAS PEMBANTAIAN TERHADAP UMAT ISLAM ROHINGYA" Kekejaman tentera Myanmar yang sedang melakukan penghapusan etnik dengan menyeksa serta membunuh seramai mungkin masyarakat Islam Rohingya berterusan sehingga kini. Etnik Muslim Rohingya terus dizalimi bahkan mereka telah dinafikan hak kewarganegaraan serta mereka dianggap sebagai penceroboh sedangkan mereka telah menetap di...