Polis tubuh ‘Task Force’ cegah kes curi tabung masjid
KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu menubuhkan pasukan petugas khas (task force) bagi mencegah kegiatan pecah dan curi tabung masjid di Terengganu sepanjang Ramadan kali ini. Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, usaha itu dibuat menerusi kerjasama dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF). Beliau berkata pengaktifan semula Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan Kelab...
238 Unit RMM Bukit Gasing 2 dijangka siap Oktober
MARANG – Projek Perumahan Rumah Mampu Milik (RMM) Bukit Gasing 2 dijangka dapat disiapkan sepenuhnya pada Oktober 2024. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata projek di bawah kerajaan negeri itu merangkumi 238 buah unit rumah. Katanya, kesemua unit rumah tersebut terbahagi kepada dua jenis iaitu A dan B. “Jenis A mempunyai 133 buah rumah manakala jenis...
Polis pantau dakwaan gerakan hidupkan semula ajaran sesat ‘Ayah Pin’
KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu sentiasa memantau berhubung dakwaan terdapat gerakan untuk menghidupkan semula ajaran sesat ‘Ayah Pin’ di daerah Besut. Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata setakat ini aktiviti di perkampungan Ayah Pin di Kg. Batu 13, Besut masih terkawal dan tidak mendatangkan implikasi kepada keselamatan penduduk setempat “Polis sentiasa memantau ajaran Ayah Pin dan ajaran-ajaran sesat yang lain di...
Elak jual makanan basi di bazar ramadan
MARANG - Kerajaan negeri meminta peniaga bazar Ramadan di Terengganu ini agar tidak menjual makanan dan kuih-muih basi kepada orang ramai yang berkunjung ke gerai mereka sepanjang Ramadan ini. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Dan Perumahan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pihaknya memandang serius isu berkenaan kerana ia melibatkan kesihatan pengguna. Justeru itu katanya, kerajaan negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)...
Selain royalti minyak, Terengganu giat jana pendapatan baharu
KUALA TERENGGANU – Dakwaan sesetengah pihak bahawa Terengganu hanya bergantung kepada royalti petroleum (wang ehsan) semata-mata adalah tidak benar kerana Jabatan Audit Negara telah mengesahkan Kerajaan Negeri berjaya mengurangkan kebergantungan negeri itu dengan hasil minyak sebanyak empat peratus. Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, data pada 2018 hingga 2021 berbanding 2014 hingga 2017 merekodkan penurunan penggunaan hasil petroleum...
Cacat penglihatan tidak halang raih pahala ramadan
KUALA TERENGGANU – Tidak nampak di mata, tetapi terang di hati, golongan orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan turut tidak mensia-siakan kehadiran bulan Ramadan dengan bertadarus menggunakan al-Quran Braille. Pengerusi Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia, (Pertis) Wilayah Terengganu, Mohd Fauzi Mansor berkata, tadarus dilakukan dengan bimbingan 10 orang guru al Quran di pejabat Pertis yang terletak di Seberang Takir,...
Terengganu pantau usaha hidupkan ‘Ajaran Ayah Pin’
KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri sedang memantau dengan serius usaha untuk menghidupkan semula ajaran 'Ayah Pin' yang telah difatwakan sesat oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) pada tahun 1997. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi, pihaknya serta pihak berkuasa agama sedang menyiasat perkara terbabit. "Usaha daripada pihak tertentu untuk menghidupkan...
KSN dilantik Pro Canselor UMT Baharu
KUALA TERENGGANU - Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali dilantik sebagai Pro-Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa pada 1 Mac lalu hingga 28 Februari 2027. Naib Canselor UMT, Prof Dato’ Dr Mazlan Abd Ghaffar berkata, pelantikan anak jati Terengganu itu telah mendapat perkenan Canselor UMT yang juga Sultanah Terengganu, Sultanah...
Program Edaran Kurma: Menceriakan Ramadan di Kampung Astana
Petra Jaya, 16 Mac - Sebuah Program Edaran Kurma yang dianjurkan oleh Lajnah Pembangunan Keluarga Dewan Muslimat Pas Petra Jaya berjaya dilaksanakan dengan jayanya di Kampung Astana. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan Dewan Muslimat PAS Kawasan Petra Jaya (DMPKPJ) kepada masyarakat umum serta memberi gambaran bahawa PAS bukan sekadar jemaah yang berteraskan politik semata-mata. Program ini juga dijalankan agar sama-sama menghayati...
Seiring jayakan agenda Indahnya Hidup Bersyariat
KUALA TERENGGANU – Muslimat PAS Negeri Terengganu terus seiring menjayakan agenda kerajaan Negeri Terengganu, Indahnya Hidup Bersyariat agar setiap rakyat khususnya wanita turut bersama merealisasikannya di dalam kehidupan mereka. Naib Ketuanya, Zuraida Md Noor berkata atas keprihatinan itulah pihaknya mengadakan kunjung hormat ke pejabat Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah, Dr Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi. “Kami mendengar taklimat berkaitan...