Raja Muda Terengganu kurnia 300 baju raya
DUNGUN – Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mencemar duli mengurniakan Sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada 300 orang terpilih. Terdahulu, keberangkatan tiba baginda disambut Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Nor Hamzah, Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Seri Bijaya Raja dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri. Pada majlis yang diadakan di Masjid Kampung Pulau Serai, Dungun...
Hospital Baharu Dungun dijangka beroperasi mulai Ogos 2024
KUALA LUMPUR - Hospital Baharu Dungun yang tertangguh sekian lama dijangka akan beroperasi secara berperingkat mulai Ogos 2024. Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli berkata beliau menerima jawapan secara bertulis dari Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni semalam. "Alhamdulillah kita telah mendapat maklum balas daripada Kementerian Kesihatan Malaysia berkenaan status pembinaan Hospital Baru Dungun," ujarnya. Menerusi surat berkenaan, juga Lukanisman memaklumkan,...
Tiada aktiviti mencurigakan babitkan ajaran Ayah Pin
BESUT - Isu 'ajaran Ayah Pin' yang dikatakan aktif semula sebagaimana dakwaan segelintir pihak di media sosial sedang diambil perhatian oleh pihak berkuasa. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Negeri, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata beliau telah bertemu pihak berautoriti di kawasan kegiatan Ayah Pin untuk mendapatkan kepastian. "Saya bertemu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Mohd Husaimi...
‘Harap tak guna duit royalti’
KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri berharap pemberian insentif sebanyak RM5.23 juta oleh Kerajaan Persekutuan kepada 766 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Terengganu kelmarin tidak melibatkan duit royalti. Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, beliau juga berharap insentif urus tadbir sempena penubuhan JPKKP di Terengganu itu juga tidak melibatkan permainan politik. “Baguslah diberi kepada rakyat Terengganu, kita...
Jambatan Marang : Rakyat diminta sabar hadapi musim perayaan
MARANG – Projek menaik taraf jalan dan Jambatan Sungai Marang berjalan dengan lancar dan rakyat diminta agar bersabar dengan sebarang kesesakan lalu lintas berlaku. Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata apabila musim cuti sekolah, perayaan dan waktu puncak, Jambatan Marang akan sesak dengan kenderaan. “Segala kesulitan hari ini, Insya-Allah untuk kemudahan akan datang,” katanya dalam hantaran di laman facebook...
KMI Healthcare catat prestasi luar biasa
KUALA TERENGGANU - Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri, Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd (KMI Healthcare) menunjukkan prestasi kewangan yang luar biasa bagi tahun suku keempat yang berakhir 31 Disember 2023 (4QTK2023). Pengerusi KMI Healthcare, Dato’ Raja Idris Raja Kamaruddin berkata, anak syarikat bahagian penjagaan kesihatan TDM Berhad itu menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan melalui pertumbuhan hasil, kecekapan pengurusan kos, pelaburan strategik dan...
Madinah Ramadan sedia juadah berbuka percuma, ringankan beban golongan B40
KUALA NERUS - Madinah Ramadan di Masjid Baru Tok Jembal di sini, mampu menjimatkan perbelanjaan iftar bagi penduduk dan pelajar universiti sekitar. Pengerusi masjid itu Hafizatul Najmi Pizat berkata sejak dibuka Selasa lalu ramai dari kalangan pelajar termasuk dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) berhampiran berkunjung ke masjid itu untuk mendapatkan Iftar percuma...
Ramadan bulan tetamu Allah
Minda Presiden PAS RAMADAN BULAN TETAMU ALLAH Selamat bersama Ramadan menjadi tetamu Allah SWT, dikurniakan kelebihan dengan hidangan makanan jasad yang berkat dan sihat, termasuk hidangan makanan roh dan akal yang kuat. Pada masa yang sama, dikurniakan kelebihan tarbiah untuk membentuk syakhsiah berintegriti yang sejati bagi menghadapi cabaran hidup mencakupi aspek fitrah manusia yang berjasad, bersama akal dan roh, bersendirian, berkeluarga...
Pelita raya Terengganu beralih ke TTI
KUALA TERENGGANU - Program Pelitara Raya Terengganu akan diteruskan pada tahun ini dengan menjadikan Taman Tamadun Islam (TTI) sebagai lokasi baharu. Pengarah Jabatan Pelancongan Terengganu, Ahmad Ridzwan Abdul Rahman berkata, program kali ini dijangka lebih meriah dengan menyasarkan kehadiran 40,000 pengunjung. Jelasnya, kerajaan negeri melalui jabatannya itu dengan kerjasama rakan strategik TTI, Pejabat Daerah, Badan Berkanun dan Anak Syarikat Kerajaan negeri telah bersetuju ia...
Pelajar UniSZA nikmati juadah berbuka puasa percuma sepanjang ramadan
KUALA NERUS - Lebih 1,000 pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dijamu dengan juadah berbuka puasa yang disediakan oleh pelajar dan warga kerja UniSZA setiap hari sepanjang bulan Ramadan berlangsung. Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato’ Dr. Fadzli Adam berkata, penyediaan juadah berbuka puasa itu dibiayai dana hasil sumbangan dan kutipan dalam kalangan kakitangan UniSZA dan pelbagai lapisan masyarakat dengan membabitkan...