Pekerja pembersihan pantai dirai berbuka puasa
Oleh : WAN MOHAMAD AZMI WAN MAMAT KUANTAN, 24 Mac - Majlis Berbuka Puasa diadakan bagi menyemarakkan bulan Ramadan di samping mengeratkan hubungan silaturahim. Ahli Dewan Negeri (ADN) Tanjung Lumpur Ustaz Rosli Abdul Jabar telah menyantuni seramai 27 orang pekerja pembersihan Pantai Sepat dalam majlis berbuka puasa di Kampung Sepat di sini semalam. Dalam majlis tersebut Rosli telah menyampaikan sumbangan barangan keperluan...
Kepercayaan rakyat bantu Kerajaan Bangunkan Negeri
KUALA LUMPUR - Kerajaan Terengganu memohon kerjasama daripada semua pihak termasuk anak-anak Terengganu yang berada di perantauan dalam usaha membangunkan negeri itu. Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Dato' Mohd Nor Hamzah berkata, kepercayaan yang diberikan oleh rakyat kepada kerajaan negeri akan membantu kepimpinan mempamerkan pentadbiran cemerlang sekalipun berdepan kekangan daripada kerajaan pusat. "Cabaran yang ada tidak boleh melemahkan kita, malah...
PeliTer 2024 rekod 150 ribu pengunjung
KUALA TERENGGANU – Program Pelita Raya Terengganu (PeliTer@TTI) yang berlangsung selama lima hari di Taman Tamadun Islam, di sini merekodkan jumlah pengunjung seramai 150,000 orang. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata kehadiran tersebut meningkat sebanyak 122,000 orang berbanding pada tahun lepas yang hanya mencatat seramai 28,000 pengunjung. “PeliTer pada tahun lepas yang diadakan di Kampung...
Soopa Doopa tarikan baharu Madinah Ramadan
KUALA NERUS - Ruangan 'Soopa Doopa' menjadi tarikan baharu di Madinah Ramadan pada tahun ini bagi menempatkan anak-anak untuk bermain sekali gus memberi keselesaan ibu bapa untuk bertarawih di sana. Pengarah Akademi Didik Ulama dan Amilin Terengganu (DUAT), Mohd Zulkhairi Ngah berkata, ia disediakan di satu sudut yang selamat. "Jadi tidak ada halangan untuk ibu bapa membawa anak-anak ke Masjid Baru...
Kerajaan nasihat peniaga tidak naikkan harga sesuka hati
KUALA TERENGGANU - Peniaga di negeri ini diingatkan supaya tidak meletakkan atau menaikkan harga barangan tidak seiring dengan kenaikan kos ditanggung sepanjang Ramadan ini. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Terengganu, Ariffin Deraman berkata, harga yang diletakkan perlu munasabah supaya tidak membebankan pengguna. Beliau berkata, peniaga juga dinasihatkan agar sentiasa menjaga kualiti makanan yang dijual kepada orang ramai...
NGO Yasmeen bantu keluarga miskin Setiu
SETIU - Persatuan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Yasmeen telah menyumbangkan barangan dapur kepada 62 orang golongan kurang berkemampuan di kawasan Setiu. Menurut ketuanya, Rohani Ramli, bantuan itu sedikit sebanyak meringankan beban dan memberi sokongan kepada golongan yang memerlukannya, terutamanya yang kurang berkemampuan dari segi kewangan. "Sumbangan barang dapur seperti beras dan barangan keperluan harian lainnya dapat memberikan sokongan yang penting kepada...
Kerajaan Terengganu ajak rakyat beriktikaf
KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri mengajak rakyat negeri ini memperhebatkan amalan di 10 malam terakhir dengan beriktikaf di Masjid Baru, Tok Jembal yang dijadikan lokasi baharu Madinah Ramadan pada tahun ini. Pengarah Akademi Didik Ulama dan Amilin Terengganu (DUAT), Zulkhairi Ngah berkata, objektif kerajaan negeri adalah bagi mendidik masyarakat agar selari dengan hasrat kerajaan negeri bagi mencapai negeri maju berkat...
130 Asnaf Dun Bandar terima bantuan Aidilfitri
KUALA TERENGGANU - Seramai 130 orang dari keluarga yang kurang berkemampuan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar menerima bantuan Aidilfitri. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed berkata kesemua mereka diraikan dalam majlis di Mydin Mall pagi semalam. Katanya, pihak pejabat DUN telah memberikan sumbangan wang tunai untuk membeli pakaian bagi menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. “Walaupun...
200 Anak Yatim diraikan ADUN Alur Limbat
ALUR LIMBAT - Seramai 200 anak yatim diraikan dalam Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan Anak Yatim DUN Alur Limbat di Masjid Beladau Selat. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi Dan Hal Ehwal Pengguna, Ariffin Deraman menyampaikan sendiri sumbangan tersebut kepada seramai 200 orang anak yatim. “Saya berharap dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu anak yatim sekalian bagi meringankan beban perbelanjaan...
Terengganu meterai Perjanjian Projek Tenaga Hijau dengan Korea
ULSAN - Terengganu telah menandatangani dua Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Korea Selatan untuk memanfaatkan kepakarannya dalam mengolah sumber Tenaga Hijau dari Terengganu bagi mengurangkan ketergantungan pada hasil petroleum. Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata Terengganu akan melancarkan Teknologi Hijau Pelan Induk (PItiH) yang sejajar dengan dasar dan inisiatif negara. Katanya, tenaga hidrogen ialah salah satu sektor yang disasarkan...