TAHNIAH ATAS PELANTIKAN PESURUHJAYA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Wilayah Persekutuan dengan penuh rasa syukur dan sukacita mengucapkan tahniah kepada Ustaz Azhar Bin Yahya atas pelantikan beliau sebagai Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan bagi sesi 2025 - 2027. Pelantikan ini diyakini akan mengukuhkan lagi kepimpinan PAS di Wilayah Persekutuan, seterusnya memperkukuh agenda dakwah, kebajikan, dan pembangunan masyarakat selaras dengan matlamat perjuangan Islam. Saf kepimpinan PAS Wilayah Persekutuan...
Warisan Cerita Rakyat Sarawak Warnai Edaran Kit Hari Malaysia di Kuching
Kuching, 16 September 2025 – Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak (LPN DMPNS) dengan kerjasama Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Muslimat PAS Kawasan Petra Jaya (LPN DMPKPJ) serta Lajnah Dakwah DMPNS telah mengadakan program Edaran Kit Hari Malaysia bersempena sambutan Hari Malaysia di Pasar Raya Kubah Ria, pagi semalam. Program yang berlangsung sekitar jam 9 pagi itu menyasarkan masyarakat...
Empat Pemimpin Terengganu Terpilih AJK PAS Pusat
ALOR SETAR – Empat wakil rakyat dari Terengganu berjaya menempatkan diri sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat setelah mendapat mandat perwakilan dalam pemilihan sempena Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-71 yang berlangsung di sini hari ini. Mendahului senarai, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi meraih sokongan tertinggi mewakili Terengganu dengan 1,018 undi. Diikuti rapat Pengerusi...
“Peluh di Jalan Raya, Warisan Tak Hilang Ditelan Zaman”
HULU TERENGGANU - Dua pengayuh beca veteran mendapat perhatian ramai dalam Program Walimatulurus Perdana Peringkat Negeri Terengganu yang berlangsung di Masjid Sultan Mahmud, Kuala Berang, baru-baru ini. Berkongsi kisah tentang kehidupannya sebagai pengayuh beca, Abdul Wahab Abdul Rahman, 80, atau lebih dikenali sebagai Pok Wahab, berasal dari Kampung Pok Bang, Bukit Besar, berkata beliau memilih kerjaya itu sejak tahun 1970-an dan...
Setia hingga akhir, isteri korbankan segala demi suami sakit
KEMAMAN – Kisah pengorbanan seorang isteri, Roslida Mohamad, 52, yang sanggup melupakan kerjaya demi menjaga suaminya yang sakit, menyentuh hati ramai. Suaminya, Zulkifli Ismail, 52, hilang punca pendapatan selepas menghidap diabetes kronik, tuberculosis (TB) dan paru-paru berair, sekali gus menukar kehidupan keluarga mereka di Kampung Darat Kijal. Kisah tersebut mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Razali Idris, yang turun...
Pelancong Akui Tak Puas Bercuti di Terengganu – “Vibe Dia Lain”
KUALA TERENGGANU – Percutian ke Terengganu sekali lagi menjadi tumpuan apabila ruang komen di laman TikTok OMG Sekmung yang berkongsi suasana jalan raya sesak, dibanjiri dengan luahan pengalaman indah pelancong dari seluruh negara. Rata-rata pengunjung mengakui mereka jatuh cinta dengan keindahan pantai, keramahan rakyat dan keenakan makanan tempatan yang murah serta menyelerakan. Ada yang sampai berseloroh memohon maaf kepada rakyat Terengganu...
Tindakan pantas bomba selamatkan remaja hampir lemas
KEMAMAN - Tindakan pantas sepasukan anggota bomba yang sedang membuat rondaan di Pantai Teluk Kalong, Kijal berjaya menyelamatkan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang hampir lemas dibawa arus laut, kira-kira jam 5.35 petang tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohamad Hanif Che Khalid berkata, ketika kejadian, 12 anggota bomba yang sedang melakukan Pemantauan Keselamatan...
Dewan Muslimat PAS tegaskan keutamaan membangun nilai manusiawi
Oleh : HABSAH ALI KOTA SARANG SEMUT, 15 Sept – Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) menegaskan keperluan membangunkan nilai manusiawi sebagai asas perjuangan parti selaras dengan Ucapan Dasar Presiden PAS pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-71 di sini hari ini. Wakil perbahasan, Husna Roslan berkata, nilai manusiawi yang berpaksikan takwa, kasih sayang, keadilan, amanah dan ukhuwah mesti diterjemahkan dalam tarbiyah, dakwah...
PAS Mesti Memimpin PN dan Kerajaan Malaysia
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menegaskan bahawa kepimpinan PAS sebagai peneraju Perikatan Nasional (PN) dan Kerajaan Malaysia adalah suatu tuntutan politik, agama dan kemasyarakatan yang berpaksikan prinsip keadilan Islam. Kepimpinan ini bukan sekadar pilihan, tetapi satu keperluan demi kestabilan, integriti, dan kesejahteraan rakyat seluruhnya. ▪️Dalil Kepimpinan Islam Allah SWT berfirman: “Dan Kami jadikan mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah...
DPPWP KECAM PENAHANAN USTAZ ZAHARUDDIN MUHAMMAD
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) dengan tegas mengecam tindakan penahanan aktivis masyarakat, Ustaz Zaharudin Muhamad, pada jam 1.30 pagi tadi. Tindakan yang dilakukan terhadap beliau adalah satu bentuk kezaliman, tidak profesional, dan bertentangan dengan prinsip undang-undang serta hak asasi rakyat Malaysia. 1) Prinsip Islam Menolak Kezaliman Islam menegaskan bahawa setiap pemimpin dan pihak berkuasa wajib berlaku adil dan mengelakkan kezaliman....










