Frontliner diraikan dengan biskut raya

Oleh : HABSAH ALI INDERA MAHKOTA, 2 Apr - Seramai lebih 500 orang frontliners atau petugas barisan hadapan di DUN Beserah diraikan dengan pemberian biskut raya di sini hari ini. "Sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri kita santuni frontliner sebagai menghargai pengorbanan mereka yang bertungkus-lumus memberikan perkhidmatan terbaik di pelbagai sektor perkhidmatan," kata Ahli Dewan Negeri (ADN) Beserah Andansura Rabu. "Inilah pengorbanan frontliner...

Ikan seluang panggang bangkit selera berbuka puasa

HULU TERENGGANU – Bagi yang masih mencari menu pembuka selera untuk berbuka, cubalah ikan seluang panggang salah satu daripada makanan tradisi masyarakat Hulu Telemong, boleh didapati di bazar Kuala Ping di sini, sepanjang Ramadan ini. Ikan seluang panggang makan dengan nasi panas, memang ‘padu’ dan berjaya menghidupkan selera selepas hampir 14 jam berpuasa. Jika nasi ditambah dengan ulam-ulaman dan pencicah budu,...

MBKT lelong 11 ekor kambing tak dituntut

KUALA TERENGGANU - Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan melelong 11 ekor kambing yang tidak dituntut selepas disita dalam operasi dijalankan pada akhir bulan lalu. Datuk Bandar, Rosli Latif berkata, proses lelongan itu akan diadakan di pusat tahanan haiwan kawasan Perindustrian Chendering, di sini bermula sekitar jam 9.30 pagi pada Khamis, 4 April depan. Menurutnya, haiwan berkenaan ditangkap selepas didapati berkeliaran...

Bengkel hala tuju jadikan Terengganu mesra pemaju

KUALA TERENGGANU - Satu Bengkel Hala Tuju Pembangunan Perumahan Negeri Terengganu telah diadakan selama dua hari bermula hari ini bertujuan menyelesaikan masalah perumahan dan menjadikan Terengganu mesra pemaju. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata selain itu kerajaan negeri berhasrat menyediakan Rumah Mampu Milik (RMM) kepada rakyat Terengganu yang layak. Katanya, melalui bengkel itu, pihaknya juga...

Ameerah seru Wanita Muda sertai Himpunan ‘Munajat’

Oleh ; Rohayati Ripin KUALA TERENGGANU – Ameerah Terengganu menyeru semua wanita muda bersama-sama menyertai himpunan ‘Munajat Kembalikan Royalti’ anjuran kerajaan megeri yang akan diadakan pada Sabtu, 6hb April. Ketua Ameerah negeri, Asma Abdullah berkata, amat penting kepada anak muda seluruh negeri untuk menyokong usaha menuntut keadilan, mendapatkan semula royalti petroleum yang belum dilunaskan Kerajaan persekutuan. “Kita bersama-sama solat hajat, di stadium Sultan...

AMAL Bukit Gantang anjur ‘Amal Blood Donation’ edisi Ramadan

Oleh : Ez 1 April 2024 TAIPING : Pemahaman masyarakat bahawa menderma darah juga merupakan antara amal jariah telah membawa kesedaran dan perubahan untuk menyokong pelaksanaan usaha murni tersebut. Lantaran itulah Amal Mega Blood Donation Edisi Ramadan anjuran Jabatan Amal Bukit Gantang terus mendapat sambutan pada siri yang diadakan di Jabatan Perubatan Transfusi, Hospital Taiping, di sini semalam. Komandan Amal Bukit Gantang, Saudara...

‘Silap jika tak nak sebut kafir, sebab jaga hati’ – Ustaz Azhar

KUALA TERENGGANU - Menjadi satu kesilapan kepada orang Islam seandainya tidak mahu menyebut perkataan kafir kerana hendak menjaga hati orang bukan Islam. Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus berkata, sedangkan Al-Quran dan hadis dengan jelas menceritakan serta memperincikan golongan yang dikatakan kafir. Ujarnya, walaupun Islam menyenaraikan ciri-ciri golongan kafir namun tidak pernah berlaku orang Islam memanggil kalangan mereka yang tidak beragama Islam...

Tiga remaja hilang 17 jam ketika menjerat ayam hutan selamat ditemui

Oleh : Hibatul Jihadi MARANG - Tiga remaja yang dilaporkan hilang hampir 17 jam selepas keluar dari rumah untuk menjerat ayam hutan ditemui selamat di Hutan Simpan Merchang berhampiran Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Marang Terengganu, Che Mohd Badrul Isham Ceh Mohd Nor ketiga-tiga mereka iaitu Muhammad Amirul Haziq, 16, Muhammad Adam Ajmal Zainuddin, 15 serta Muhammad...

Sultan Terengganu Kurnia Bantuan Aidilfitri

KUALA TERENGGANU – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mencemar duli mengurniakan sumbangan Aidilfitri kepada penerima dari seluruh daerah bertempat di Istana Syarqiyyah, Chendering, di sini baru-baru ini. Terdahulu, ketibaan tiba baginda diiringi Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah bersama Yang Dipertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin serta Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Fatimatuz Zahra. Keberangkatan tiba...

Azli dilantik Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu baharu

KUALA TERENGGANU, 31 Mac -  Asisten Komisioner Azli Mohd Noor dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu  yang baharu berkuat kuasa hari ini menggantikan Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din yang bersara wajib, esok Azli  sebelum ini adalah bekas Ketua Polis Daerah Lipis,, Pahang dan telah berkhidmat selama lebih kurang 36 tahun dalam pasukan Polis. Majlis serah terima tugas berkenaan disaksikan Ketua Polis...