Bubur lambuk air tangan Tunku Azizah buat penghuni Penjara Marang

MARANG - Lebih 3,000 bubur lambuk air tangan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah diagihkan kepada penghuni Penjara Marang, di sini, semalam Kelincahan Baginda 'beraksi' memasak bubur lambuk resepi istimewa berjaya menarik perhatian dan telah menceriakan penghuni di penjara itu. Baginda berkata, sebanyak tujuh periuk bubur lambuk disediakan dengan menggunakan pelbagai bahan yang segar dengan kandungan protein yang tinggi...

Polis Terengganu tumpu 34 lokasi ‘hotspot’ kemalangan dalam op selamat

HULU TERENGGANU, 9 April - Polis mengenal pasti 34 kawasan 'hotspot'  berlakunya kemalangan di Terengganu terutama ketika musim perayaan ini. Ketua Polisnya, Datuk Mazli Mazlan berkata ia membabitkan 30 jalan persekutuan dan empat jalan negeri termasuk Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2). "Kita telah kenal pasti kawasan hotspot (kawasan kerap berlaku kemalangan) dan kawasan blackspot (kawasan berlaku kemalangan maut) di negeri...

Gerak aset udara serta merta – kebakaran hutan gambut

Oleh : HABSAH ALI KUANTAN, 9 Apr - Kerajaan digesa untuk menggunakan aset udara bagi menyelesaikan masalah kebakaran hutan belukar yang berlaku di Pekan dan Kuantan sejak tiga hari yang lepas. Ketua Penerangan Pas Pahang Ustaz Aire Roslan dalam laman sosialnya semalam berkata, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia  (APMM) memiliki pesawat Bombardier CL 415 dan helikopter Agusta AW189 di bawah Jabatan Bomba...

Terengganu optimis capai pelaburan baharu RM5 billion

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri optimis dapat mencapai jumlah pelaburan masuk ke Terengganu sebanyak RM5 billion tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata sasaran itu ditetapkan berdasarkan kejayaan Terengganu dalam merealisasikan pelaburan masuk bernilai RM2.4 bilion yang dicatat pada bulan Mac lepas. Katanya, rekod pencapaian tersebut dikeluarkan oleh Majlis Pembangunan...

Aidilfitri:70,000 Kenderaan dijangka masuk Terengganu

KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu menjangkakan jumlah kenderaan yang memasuki Terengganu dijangka meningkat antara 50,000 hingga 70,000 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata jumlah itu meningkat ketara berbanding hanya antara 16,000 hingga 20,000 kenderaan pada hari biasa, membabitkan perantau yang pulang ke Terengganu dan Kelantan. Sehubungan itu, pihaknya sudah menambah anggota khususnya bahagian trafik bagi...

LPT2 buka 10 Plaza Tol bantu elak kesesakan

KUALA TERENGGANU - Bagi melancarkan pergerakan kenderaan serta membantu pelanggan sempena musim perayaan kali ini, pihak Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) membuka 10 plaza tol untuk semua lorong bagi mengelak kesesakan aliran lalulintas. Pengurus  Wilayah LPT2 TS Shuhaimi Samad berkata walaubagaimanapun LPT2 memberi tumpuan di plaza Tol Ajil di Hulu Terengganu dan Plaza Tol Kuala Terengganu di Bukit Gemuruh. " LPT2 lebih...

163 Banduan dilepaskan secara berlesen sempena Aidilfitri

MARANG -  Program Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) Ihsan Madani (Kepulangan Yang Dinanti) Sempena Hari Raya Aidilfitri 2024 membawa makna besar kepada 163 banduan dari Penjara Marang, hari ini. Pengarah Penjara Terengganu,  Penolong Kanan Komisioner Hamid Taha berkata, pembebasan itu bagi mencipta peluang kedua kepada mereka untuk berubah sebelum dibebaskan mengikut tempoh sebenar hukuman berakhir. "Kesemua banduan yang dilepaskan adalah mereka...

63 Orang asnaf terima sumbangan komuniti

Oleh : Abdul Fattah Kamarudin MARANG - Seramai 63 orang golongan asnaf di Dewan Undangan Negeri Pengkalan menjadi penerima sumbangan tajaan pihak komuniti Sungai Serai. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong  berkata, bantuan-bantuan yang diberi sebelum tahun lalu seperti i-fitri tidak dapat diberikan. "Kerana duit royalti hak milik kerajaan Negeri Terengganu telah pun disekat,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap...

Bekas Pekerja i-MiTS terima pampasan RM44, 499

Kuala Terengganu - Bekas Pekerja Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat, Samiah @ Azizah Awang, 59,telah menerima faedah hilang upaya kekal oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan pampasan diterima sebanyak RM44, 499.00 secara keseluruhan. Pengarah PERKESO, Che Farihah Husin berkata bekas kakitangan i-MiTS itu telah dicarumkan di bawah Akta 4 PERKESO oleh Pejabat Setiausaha...

560 Fakir miskin dan anak yatim ceria terima sumbangan

DUNGUN - Seramai 560 keluarga fakir miskin dan 171 anak yatim diraikan dalam Majlis Penyerahan Sumbangan Peringkat Dun Rantau Abang di Dewan Darul Ansor, Alor Mak Bah semalam. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli memaklumkan, agihan itu melibatkan 28 kampung dalam Dun Rantau Abang. “Saya berharap dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan keluarga...