Terengganu mahu bawa tenaga boleh baharu ke tahap tertinggi

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri menerusi anak syarikatnya, EPIC Berhad dan EPIC Solar Sdn Bhd (ESSB) berhasrat membawa Industri Tenaga Boleh Diperbaharui ke tahap lebih tinggi. Ketua Pegawai Operasi Kumpulan EPIC, Ts Muhtar Suhaili berkata pihaknya telah mengadakan kunjungan hormat ke Suruhanjaya Tenaga Malaysia awal pagi tadi. “Pertemuan kali ini membuka ruang diskusi yang boleh membantu syarikat menambah baik operasi dan kekal...

Penganalisis silap, Hasrat Anwar adalah salurkan royalti 20 peratus

Hasrat sebenar Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak puluhan tahun dahulu adalah bagi mengembalikan semula royalti minyak sebanyak 20 peratus kepada rakyat Terengganu dan Kelantan, bukan lima peratus, jauh sekali kurang lima peratus seperti hari ini. Iltizam Perdana Menteri ke-10 itu direkodkan dalam ratusan ucapan beliau di seluruh pelusuk tanah air, bahkan ia tersemat indah dalam memori jutaan rakyat Malaysia. Buktinya, rakyat...

UMT jalin kerjasama dengan NEST

KUALA TERENGGANU - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melalui Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari (IBTPL) UMT memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan Pertubuhan Kelestarian Ekosistem Alam (NEST). Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Mazlan Abd Ghaffar berkata, melalui kerjasama tersebut, IBTPL telah merangka pelbagai program termasuk usaha pembangunan modal insan dalam melahirkan pemandu pelancong (guide) yang terdiri daripada komuniti setempat dan...

Terengganu lindung kepentingan pengilang padi bumiputera

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Padi Negeri Terengganu mempunyai mekanisma kawalan bagi mengelakkan hasil padi negeri ini dijual ke kilang padi di negeri lain. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, jawatankuasa yang dipengerusikan oleh beliau itu melibatkan semua jabatan, agensi dan badan berkaitan dalam kluster padi negeri. Azman berkata, Terengganu...

Gaza diganyang kerana islamnya

Firman Allah SWT: ﴿… وَلَا يَزَالُونَ يُقَٰتِلُونَكُمۡ حَتَّىٰ يَرُدُّوكُمۡ عَن دِينِكُمۡ إِنِ ٱسۡتَطَٰعُواْۚ وَمَن يَرۡتَدِدۡ مِنكُمۡ عَن دِينِهِۦ فَيَمُتۡ وَهُوَ كَافِرٞ فَأُوْلَـٰٓئِكَ حَبِطَتۡ أَعۡمَٰلُهُمۡ فِي ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأٓخِرَةِۖ وَأُوْلَـٰٓئِكَ أَصۡحَٰبُ ٱلنَّارِۖ هُمۡ فِيهَا خَٰلِدُونَ ٢١٧﴾ “…Mereka tidak henti-henti (sentiasa) memerangi kamu sampai mereka (dapat) memurtadkan kamu daripada agama kamu (Islam kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup. Sesiapa yang murtad antara kamu daripada agamanya...

Mangsa tragedi malam Syawal terima bantuan segera

BESUT - Kegembiraan jelas terpancar diwajah Mohd Asrol Nizam Mat Hussin, 37 tahun, yang menerima bantuan segera setelah rumahnya hangus dijilat api dalam kebakaran yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah malam pertama syawal, Rabu lalu di Kampung Beris Pak Abu. Sumbangan wang tunai serta pakaian itu disampaikan oleh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Azbi Salleh, Pegawai Majlis Agama Islam dan...

Royalti : Kenyataan MOF berbeza dengan perbincangan asal

KUALA TERENGGANU - Kenyataan terbaru Kementerian Kewangan (MOF) berkait pembayaran royalti petroleum atau wang ehsan Terengganu tak sama dengan pendirian asal Perdana Menteri. Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perbincangan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan beberapa minggu lalu berkisar perkara sebaliknya berbanding pengumuman MOF baru-baru ini. "Tidak sama dengan yang telah dibincang (lain dibincang...

Guna pelbagai cara kembalikan Royalti ke Bumi Terengganu

MARANG – Kerajaan negeri sedang meneroka segala ruang sama ada melalui agama, politik dan undang-undang bagi mengembalikan semula hak royalti yang sepatutnya diberikan kepada rakyat Terengganu. Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan, saluran agama melibatkan solat hajat sebagai ungkapan doa bagi mereka yang dizalimi turut akan dilakukan apabila tiba masanya. “Baru-baru ini Terengganu ingin...

Muhtar dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPIC mulai 17 April

KUALA TERENGGANU – Mantan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan EPIC (Group Chief Operating Officer (GCOO), Muhtar Suhaili dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPIC (Group Chief Executive Officer (GCEO)) yang baharu berkuatkuasa 17 April nanti. Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (“EPIC Berhad”)dalam satu kenyataan berkata  pelantikan Muhtar sebagai menggantikan  Ridzuan Ali yang akan menamatkan perkhidmatan beliau pada 16 April 2024. Muhtar mempunyai pengalaman lebih...

Majlis Hari Raya DUN Kuala Besut disambut meriah

BESUT - Keceriaan tujuh stesen makanan dan minuman dengan lebih daripada 15 menu disediakan telah berjaya menarik ribuan pengunjung untuk datang memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut yang bertempat di Perkarangan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Kuala Besut, semalam. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Azbi Salleh berkata, kebiasaanya sebelum ini yang menjadi juadah...