Paip Gas Bocor : Pekerja Dipindahkan, tiada kediaman terjejas

KEMAMAN – Susulan insiden kebocoran gas di saluran paip berhampiran Kampung Chabang, Kertih pagi tadi, pekerja-pekerja di tapak terbabit telah dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga. Menurut kenyataan PETRONAS Gas Berhad (PGB), lokasi kebocoran terletak kira-kira dua kilometer dari jalan utama dan berada jauh daripada kawasan perumahan. “Sebagai langkah berjaga-jaga, semua pekerja yang berada berhampiran lokasi kejadian telah dipindahkan ke lokasi selamat, manakala...

Paip Gas Bocor di Tapak Projek ECRL Kerteh

KEMAMAN, 20 September – Satu kebocoran paip gas jenis butana (C4) dilaporkan berlaku di tapak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Seksyen 5, Kerteh, pagi tadi. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Dato’ Hanafiah Mat berkata, beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh Pegawai Daerah Kemaman sebelum segera turun padang meninjau lokasi. Menurutnya, laporan daripada Petronas memaklumkan paip gas...

Kebersihan Masjid Kristal berpunca kekangan teknikal, terima teguran pengunjung

KUALA TERENGGANU – Isu kebersihan dan kerosakan yang timbul di Masjid Kristal bukanlah berpunca daripada ketiadaan penyelenggaraan, sebaliknya akibat kekangan teknikal dan faktor keselamatan yang perlu diutamakan. Pengurus Besar Taman Tamadun Islam (TTI), Ahmad Fadhil Wahab menjelaskan, pihak pengurusan sentiasa melakukan pemantauan dan kerja penyelenggaraan, namun jumlah pengunjung yang terlalu ramai menyebabkan terdapat had terhadap proses pembersihan dan pembaikan di...

Terengganu jalin kerjasama ilmu Al-Quran bersama Masjidil Haram

MEKAH – Satu langkah besar dalam memperkasa ilmu al-Quran anak-anak Terengganu direalisasikan apabila Kerajaan Negeri mengadakan perbincangan rasmi bersama Pentadbiran Halaqah Tahfiz Masjidil Haram, Arab Saudi semalam. Pertemuan itu dipimpin oleh Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Negeri Terengganu, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi, yang berkesempatan berbincang secara terus mengenai peluang mengikuti halaqah al-Quran di Masjidil Haram untuk anak...

Imam, Pendakwah Terengganu Tamatkan Kursus Bahasa Arab di Ummul Qura

MEKAH – Imam dan pendakwah dari Terengganu berjaya menamatkan Kursus Bahasa Arab di Universiti Ummul Qura, Mekah Al-Mukarramah melalui Majlis Haflah Takharruj yang berlangsung penuh bermakna semalam. Program anjuran Kerajaan Negeri Terengganu melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu itu dijalankan selama sebulan dengan matlamat memperkukuh penguasaan bahasa Arab sebagai medium utama dalam penyampaian dakwah dan penguasaan ilmu Islam. Majlis graduasi tersebut...

Raja Muda Terengganu Cemar Duli Labuh Tukun Tiruan

KUALA NERUS, 18 September – Perairan Tanjung Gelam pagi ini mencatat sejarah apabila Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mencemar duli melabuh 18 unit tukun tiruan kuboid juvenil penghalang pukat tunda (rekreasi), sebagai ikhtiar memperkasa kelestarian laut negeri. Keberangkatan tiba baginda di jeti Pejabat Perikanan Kuala Terengganu, Pulau Kambing tepat jam 9.00 pagi disambut...

HIMPUNAN BANTAH URA: BANGKIT ANAK MUDA, SELAMATKAN TANAH AIR KITA!

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab menyeru seluruh rakyat Malaysia, khususnya anak muda dari segenap pelosok tanah air, untuk hadir beramai-ramai ke Himpunan Bantah Rang Undang-Undang Pembaharuan Bandar (RUU URA) yang akan diadakan pada: Tarikh: 4 Oktober 2025, Sabtu Tempat: Kuala Lumpur Isu Pokok: Tanah Rakyat Dirampas Tanpa Keadilan Kami menegaskan bahawa URA membuka jalan kepada pengambilan tanah...

KAPITALIS MENGAUM, POLITIKUS MENIKUS

Kawasan penempatan di Jinjang Selatan yang menempatkan 37 buah keluarga diancam pengusiran selepas Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur mengeluarkan perintah pengosongan pada 9 Sept 2025 yang lalu. Perintah pengosongan yang meletakkan tarikh 23 Sept 2025 sebagai tarikh akhir bagi penduduk mengosongkan rumah-rumah mereka menimbulkan kegusaran kerana para penduduk tidak memiliki rumah lain untuk didiami selepas pengusiran dilakukan. Tanah yang didiami...

APA GUNA PANGKALAN TENTERA BARAT DI NEGARA ARAB DAN ISLAM?

Minda Presiden PAS APA GUNA PANGKALAN TENTERA BARAT DI NEGARA ARAB DAN ISLAM? Banyak amaran Allah dan peringatan-Nya kepada umat Islam yang berwala’ (memberi kepercayaan dan kesetiaan) kepada musuh Islam yang nyata dengan sewenang-wenangnya, walaupun dalam keadaan Islam menggalakkan umatnya pendekatan damai dalam hubungan antara kaum, antara agama dan antara negara. Antaranya, firman Allah SWT: لَّا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يُقَٰتِلُوكُمۡ...

Tokoh Dakwah Terengganu Meninggal Dunia

KUALA TERENGGANU – Negeri Terengganu hari ini kehilangan seorang tokoh ulama disegani apabila Ustaz Dr. Hamdan Mohamed, Tokoh Dakwah Maal Hijrah Terengganu 2019, kembali ke rahmatullah 10.58 pagi tadi. Allahyarham yang dilahirkan pada 20 Jun 1954 menghembuskan nafas terakhir selepas sesak nafas sejurus menghadiri Muktamar Tahunan PAS di Kedah. Beliau sebelum itu dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan menerima...