Kerajaan bina lebih banyak fasiliti di Kompleks Sukan Gong Badak

KUALA NERUS - Beberapa fasiliti di Kompleks Sukan Negeri Gong Badak kini sedang dalam proses pembinaan dalam usaha kerajaan negeri memastikan pelbagai aktiviti dan kegiatan sihat dapat dilakukan oleh seluruh rakyat di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, antara fasiliti yang sedang dibangunkan adalah tempat latihan angkat berat, memanah serta padang sintetik...

‘Kita harap Azizulhasni mampu hadiahkan emas sulung’- Hishamuddin

KUALA NERUS - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Hishamuddin Abdul Karim berharap agar jaguh berbasikal trek negara, Dato' Azizulhasni Awang berupaya menghadiahkan emas sulung buat negara di Sukan Olimpik Paris 2024. Katanya, kejayaan atlet yang berasal dari Dungun Terengganu itu sudah tentu akan bermakna bagi mengharumkan nama Malaysia di persada sukan antarabangsa itu. Kata beliau, selain Datuk Azizulhasni Awang...

Motivasi Atlet Sukma Terengganu di tahap terbaik

KUALA NERUS - Motivasi atlet Terengganu yang menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) berada pada tahap terbaik menjelang temasya sukan itu yang akan diadakan di Sarawak pada bulan hadapan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia. Sukan dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, berdasarkan laporan daripada Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) semua atlet sangat bersedia. "Sebahagian besar telah pun melalui latihan termasuk berkunjung ke luar negara, ada...

Pembelajaran lebih meluas lengkapi keperluan global

DUNGUN - Pembelajaran tidak terhad hanya berlaku di dalam kelas semata-mata tetapi turut memerlukan penglibatan pelajar kepada ilmu-ilmu di luar kelas bagi menghadapi cabaran dan daya saing di peringkat global. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan, Dato’ Satiful Bahri Mamat berkata, pendedahan berkaitan pendidikan STEM (Science, Technology, Engineering, Mathematics) juga dilihat sebagai aspek penting kepada pembangunan minda dan kemajuan pelajar...

Penubuhan LAUT tambah hasil baru buat negeri

KUALA TERENGGANU – Penubuhan Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT) dijangka membawa impak positif kepada seluruh rakyat Terengganu dalam pengurusan sumber air dan tambahan pendapatan buat negeri. Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, LAUT membolehkan Terengganu mengoptimumkan kekayaan sumber yang tidak dilaksanakan sebelum ini. “Penubuhan LAUT ini sama juga dengan kebanyakan negeri di Malaysia yang telah memperuntukkan kuasa melalui enekmen negeri...

Rakyat tolak elemen negatif arak dalam sekolah

KUALA TERENGGANU – Rakyat Malaysia menzahirkan ketidakpuasan hati terhadap kemasukan elemen negatif seperti arak ke dalam institusi pendidikan walaupun di sekolah aliran Cina. Ahli Dewan Negara, Datuk Razali Idris, berkata bahawa institusi pendidikan seharusnya bebas daripada sebarang bentuk pengaruh negatif termasuk arak dan rokok. Menurutnya, adalah sangat malang apabila institusi pendidikan dicemari dengan tajaan daripada syarikat arak, yang seharusnya dikecualikan daripada sistem...

Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang di-Pertuan Muda Terengganu tutup tirai

SETIU - DYTM Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mencemar duli menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang di-Pertuan Muda Terengganu yang menutup tirainya, hari ini. Keberangkatan tiba Baginda diiringi Tengku Sri Setia Mahkota Raja pada jam 9.00 pagi disambut Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha...

Jangan jadi halimunan di media sosial

Oleh : HANANI ZAKI INDERA MAHKOTA, 28 Jul - Muslimat PAS Indera Mahkota diseru agar tidak menjadi halimunan di media sosial dalam Bengkel Facebook di Balok di sini semalam. Tenaga pengajar program tersebut  Wan Rahmat Wan Yahya berkata demikian agar muslimat mengaktifkan media sosial yang telah dibangunkan khasnya di Facebook. "Aktifkan jangan jadi halimunan,  hari-hari buat share, like dan komen sekiranya tiada...

KPRJ, Terengganu Inc meterai MOU bagi teroka peluang baharu bersama

KUALA LUMPUR  - Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn. Bhd. (KPRJ) dan Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. (Terengganu Inc) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU)  bagi meneroka dan membangunkan projek serta inisiatif yang memberi manfaat kepada kedua-dua negeri. Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi  Mohamed berkata MOU itu akan mengukuhkan komitmen kedua-dua pihak dalam mengenalpasti potensi peluang-peluang perniagaan, memupuk inovasi dan...

Sultan Terengganu berkenan sertai Kejohanan Kuda Lasak Antarabangsa

SETIU - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mencemar duli menyertai kejohanan kuda lasak antarabangsa Piala Yang Di-Pertuan Muda Terengganu 2024 di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP) di Lembah Bidong petang tadi. Baginda telah berkenan menyertai dalam Kategori Antarabangsa Championship Endurance National (CEI 2*120) Kilometer (KM). Sebanyak tiga kategori dipertandingkan pada petang tadi melibatkan laluan 120 KM, 100 KM dan...