Qunut ‘Nazilah’ pada rakaat akhir solat fardu

KUALA NERUS – Umat Islam disaran membaca qunut ‘nazilah’ selepas rukuk pada rakaat akhir, setiap waktu solat fardu, bagi memohon pertolongan Allah, menjayakan perjuangan yang sedang ditempuhI penduduk Palestin khususnya di Gaza, sekarang. Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Terengganu, Ustaz Muzaihar Kamal Mustapa Kamal berkata, solat jenazah ghaib akan turut diadakan keatas almarhum assyahid Ismail Haniyeh yang telah dibunuh oleh...

PRK DUN Nenggiri; Sokongan terhadap calon Perikatan Nasional

PAS menzahirkan keyakinan dan sokongan penuh terhadap pencalonan Saudara Mohd Rizwadi Ismail, calon terbaik yang dipilih bagi mewakili Perikatan Nasional dalam pilihan raya kecil (PRK) N.43 DUN Nenggiri. 2. Pemilihan calon yang bersesuaian dengan suasana setempat, mesra anak muda dan dekat dengan masyarakat menjadi faktor terpenting dalam aspek pemilihan calon, di samping kekuatan jentera pilihan raya yang menjadi sandaran. 3. Berbekalkan...

BulGem jenama usrah muslimat muda

Oleh : Fatimah Din Gambar : Wan Noor Afifah Wan Nelang MARANG – Bulatan Gembira (BulGem) adalah perkataan yang dijenamakan semula daripada perkataan usrah Muslimat Muda (AMEERAH) yang dibuat secara bulatan. Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Terengganu, Ustazah Norzila Mohamad berkata gambaran ahli dalam BulGem masing-masing gembira dalam bulatan. ” Dengan perkongsian santai dan kreatif tentang Islam yang meliputi Al-Quran, hadis, akhlak, ibadah dan...

TASTI akan beroperasi di setiap daerah di Terengganu

KUALA TERENGGANU – Taman Asuhan Tunas Insan (TASTI) yang merupakan inisiatif pendidikan sebelum Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) akan beroperasi di setiap daerah di Terengganu Untuk memberi pendedahan kepada pihak pengurusan, guru dan pengasuh tentang organisasi dan pengurusan, kurikulum, hal ehwal kanak-kanak dan aktiviti-aktiviti TASTI, Lajnah Pembangunan Insan dan Kerukunan Keluarga (LPIKK),telah mengadakan kunjungan ke TASTI As Solihin. Pengerusinya, Norhayati Mohd berkata...

Bakat sukan semakin berkembang

Oleh : Syahida Mohd KUALA NERUS – Kejohanan Sukan Bola Sepak dan Bola Jaring (BSBJ) PASTI Kawasan Kuala Nerus 2024 melabuhkan tirainya dengan kejayaan gemilang, menonjolkan bakat sukan yang semakin berkembang dalam kalangan pelajar PASTI. Katanya, program tahunan ini menjadi platform penting untuk mengasah kemahiran sukan dan memupuk semangat kesukanan. Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Alias bin Razak berkata, penganjuran program...

Jelajah TEROKA melebarkan sayap dan memperkukuhkan TASTI

Oleh : HABSAH ALI TEMERLOH, 3 Ogos - Taman Asuhan Tunas Insan (TASTI) melebarkan sayapnya dengan mengadakan Program Teroka Kawasan (TEROKA) di seluruh negara. Ahli Parlimen Temerloh Salamiah Mohd Nor semasa merasmikan program tersebut berkata, bagi memperkasa dan memperkukuhkan TASTI, keyakinan daripada ibu bapa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik amat diperlukan. Ibu bapa adalah sebagai media sosial yang boleh membantu mempromosikan sesebuah...

PAS Perak meneroka lembaran baru dalam memasyarakatkan PAS

PAS Perak meneroka lembaran baru dalam memasyarakatkan PAS. Program Hari Keluarga PAS Pusat yang di adakan di dua Parlimen iaitu Bukit Gantang dan Kuala Kangsar sangat memberi makna dan meninggalkan kesan besar kepada masyarakat. Signifikan pemilihan dua Parlimen itu kerana kedua duanya mempunyai nilai tersendiri dalam perjuangan dan sejarah PAS. Ia sangat dekat dengan perjuangan PAS dan kedua duanya adalah kawasan...

Penganjur Jom Heboh setuju ikut garis panduan kerajaan Terengganu

KUALA TERENGGANU - Penganjur Program Jom Heboh Terengganu 2024 telah bersetuju untuk mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris, berkata penganjur berikrar untuk patuh dengan semua tatacara penganjuran hiburan di Terengganu termasuk mengenai pengasingan kawasan lelaki dan perempuan serta keluarga semasa acara pentas. Katanya, pengasingan itu bertujuan...

Insentif SUKMA seiring prestasi atlet di Sarawak

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri mengumumkan insentif kejayaan Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan diberikan kepada kontinjen Terengganu adalah berdasarkan prestasi atlet-atlet ketika bertanding. Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri memaklumkan, insentif tersebut disediakan namun beliau memilih untuk tidak mengumumkan jumlahnya terlebih dahulu. "Hari ini saya mahu buat berbeza sedikit. Berbeza itu kerana saya tidak sebutkan jumlahnya, tetapi ia ada. "Saya akan...

76 Emas Sasaran bawa pulang kejuaraan SUKMA

KUALA TERENGGANU - Kontinjen Sukan Malaysia (SUKMA) Terengganu meletakkan sasaran mengutip 76 pingat Emas, 36 Perak dan 106 Gangsa pada SUKMA XXI (ke-21) di Sarawak bagi merampas kembali kejuaraan pada temasya yang akan bermula kurang 20 hari lagi. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan Badan Bukan Kerajaan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, bagi mencapai hasrat tersebut bakal direalisasikan 568...