92 Ribu Kediaman terlibat Banci Pertanian Terengganu
KUALA TERENGGANU - Sebanyak 92,000 tempat kediaman dan 480 pertubuhan di negeri Terengganu yang telah dikenal pasti terlibat dalam aktiviti pertanian akan melalui proses Banci Pertanian 2024. Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Seri Bijaya Raja memaklumkan, setakat ini sebanyak 10,000 tempat kediaman telah selesai dibanci dalam proses yang diajalankan bermula 7 Julai. Jelasnya, data-data yang dikumpulkan penting untuk negara dan negeri bagi merancang...
Paya Bunga Hotel terima Anugerah Best Family City Hotel
KUALA TERENGGANU - Paya Bunga Hotel terus mencatat sejarah apabila dianugerahkan 'Best Family East Coast City Hotel' sempena Anugerah Industri Pelancongan (TIA) 2024, baru-baru ini. Pengurus Besarnya, Abdul Hadi Alias berkata kejayaan itu menjadi bukti komitmen dan dedikasi Paya Bunga Hotel dalam menyediakan perkhidmatan serta hospitaliti yang terbaik kepada para tetamu khususnya keluarga. "Ia sekali gus mencatat kejayaan manis buat mereka...
UniSZA terima surat pengesahan akreditasi dari Arab Saudi
KUALA NERUS - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) terus mencipta sejarah apabila menerima surat pengesahan akreditasi daripada kerajaan Arab Saudi. Naib Canselor UniSZA, Profesor Dato’ Dr. Fadzli Adam, berkata dengan pengiktirafan itu, UniSZA berharap dapat menarik lebih ramai pelajar dari Arab Saudi, serta memperkukuh kerjasama dengan institusi yang berada di Arab Saudi. "Saya percaya bahawa kerjasama ini akan membuka peluang untuk...
Kuil : ‘Tiada halangan jika patuh syarat’ – Terengganu jawab DAP
KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri Terengganu tidak pernah menghalang mana-mana pihak daripada apa-apa pertubuhan yang mewakili pelbagai segmen sama ada kebudayaan, warisan dan agama untuk mengadakan program selagi mengikut garis panduan ditetapkan kerajaan negeri. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dato’ Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, isu tular berkenaan Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok yang mendakwa kerajaan negeri...
Vape bernikotin bukan caranya….
Ibarat ‘diberi betis nak paha’ itulah perumpamaan kelulusan penggunaan vape di Australia. Walaupun penggunaan vape bagi kaedah untuk berhenti merokok adalah kontroversi, tetapi kerajaan Australia meluluskan juga pemberian vape tersebut dengan syarat ianya perlu mendapat preskripsi dari doktor atau perawat yang berdaftar bermula 1 Oktober 2021 . Setelah lebih dua tahun akta itu berjalan, sekali lagi kerajaan Australia mengubah Akta...
Kejayaan Gemilang bakat PASTI
Oleh : Syahida Mohd KUALA NERUS – Kejohanan Sukan Bola Sepak dan Bola Jaring (BSBJ) PASTI Kawasan Kuala Nerus 2024 melabuhkan tirainya dengan kejayaan gemilang, menonjolkan bakat sukan yang semakin berkembang dalam kalangan pelajar PASTI. Katanya, program tahunan ini menjadi platform penting untuk mengasah kemahiran sukan dan memupuk semangat kesukanan. Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Alias bin Razak berkata, penganjuran program...
Solat membezakan Islam dengan bukan Islam
Oleh : ZAITON ABDUL HALIM PEKAN, 5 Ogos - Solat membezakan antara orang Islam dengan orang bukan Islam, oleh itu orang Islam wajib solat. Begitulah antara kata-kata Ahli Dewan Negeri (ADN) Pulau Manis, Mohammad Rafiq Khan Ahmad Khan semasa merasmikan Program Kem Solat Hadi Huda di PASTI Al-Hikmah di sini semalam. "Solat merupakan salah satu daripada Rukun Islam dan menjadi penanda dalam...
12 Peratus Belia Terengganu tidak sedar hidap darah tinggi
KUALA NERUS – Sebanyak 12 peratus daripada 32,000 belia yang disaring menerusi Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI) pada tahun lepas di Terengganu didapati menghidap penyakit darah tinggi, namun malangnya ramai daripada mereka tidak menyedari keadaan tersebut. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), Datuk Dr Kasemani Embong, berkata pihaknya telah menjalankan saringan terhadap 32,000 rakyat Terengganu pada tahun 2023 dan mendapati...
Perkhidmatan Awam perlu bersedia dengan pembaharuan
KUALA TERENGGANU – Sektor perkhidmatan awam di Terengganu perlu bersedia membuat pembaharuan yang berterusan supaya sentiasa responsif, relevan dan berkesan dalam memenuhi keperluan serta harapan rakyat. Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata cabaran terbesar dalam perkhidmatan awam sama ada di peringkat negeri atau persekutuan adalah berdepan dengan satu zaman baharu iaitu ekspektasi pelanggan atau rakyat. “Kalau dahulu cara...
Peniaga Pasar Payang 1 puas hati, bersyukur
KUALA TERENGGANU – Para peniaga yang memulakan perniagaan di Payang 1 pada Khamis, rata-rata melahirkan rasa syukur dan gembira atas peluang yang diberikan oleh Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MBKT) untuk berniaga. Para peniaga yang ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) turut menyatakan kepuasan hati mereka dengan fasiliti disediakan MBKT seperti tapak berbumbung, kawasan luas dan beberapa kemudahan lain. Peniaga barangan kraftangan,...