Kontinjen Terengganu Juara Kejohanan Memanah Kebangsaan
KUALA TERENGGANU – Kontinjen Negeri Terengganu dinobatkan sebagai juara keseluruhan Pertandingan Mahrajan Memanah Sekolah Menengah Agama Malaysia (MESMA) Peringkat Kebangsaan Kali Ke-4 Tahun 2024 bertempat di Mini Stadium Ketereh, Kota Bharu, Kelantan. Jurucakap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkata kejohanan tersebut telah diadakan empat hari bermula 2 hingga 5 Ogos 2024 yang melibatkan acara recurve dan tradisional lelaki dan perempuan...
Terengganu sokong Kedah pertahan dasar sifar judi
ALOR SETAR - Kerajaan Kedah tidak bersendirian dalam perjuangan mempertahankan prinsip sifar judi di negeri terbabit selepas Terengganu menyatakan sokongan terhadap usaha negeri terbabit. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, dasar yang menjadi polisi negeri SG4 itu akan dipertahankan bersama. Ujarnya, walaupun ada pihak yang menentang usaha itu sehingga berlaku semakan kehakiman oleh Mahkamah Tinggi Alor...
Beri perkhidmatan dengan penuh profesional dan berintegriti
KUALA TERENGGANU - Warga kerja Yayasan Terengganu diseru agar terus memberi perkhidmatan yang mengutamakan rakyat dengan penuh profesional, progresif dan berintegriti. Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Seri Bijaya Raja berkata, beliau percaya seiring dengan transformasi teknologi maklumat di zaman Revolusi Industri 4.0, kepantasan serta kecekapan memainkan peranan sangat signifikan dalam penyampaian perkhidmatan kerajaan. “Bagaimanapun, dalam mengejar kecemerlangan bagi memastikan tahap perkhidmatan diberikan...
DAP perlu belajar hormat hak majoriti rakyat
KANGAR - Naib Presiden DAP, Teresa Kok diingatkan agar tidak hanya lantang bersuara mempertahankan hak minoriti bukan Islam sebaliknya perlu belajar menghormati sensitiviti masyarakat muslim di negeri terbabit dan juga Malaysia. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi, tidak wajar isu larangan penyanyi wanita mengadakan persembahan di kuil pada acara keagamaan ditimbulkan kerana garis panduan hiburan di Terengganu...
Penjawat awam disaran tingkatkan produktiviti selaras kenaikan gaji
KUALA TERENGGANU - Penjawat awam di seluruh negara digesa meningkatkan produktiviti kerja selaras dengan kenaikan gaji bakal diumumkan oleh kerajaan pada 16 Ogos depan. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berkata beliau percaya dengan kadar baharu gaji tidak perlu dijadikan isu kerana pihaknya memberi jaminan akan meningkatkan mutu serta terus memberi perkhidmatan baik kepada rakyat. "Kenaikan gaji atau kadar baharu gaji itu...
Kunjung balas, perkukuh hubungan antara Terengganu dan Perlis
PERLIS - Delegasi Kerajaan Negeri Terengganu mengadakan kunjung balas ke Perlis bagi menzahirkan kesungguhan untuk saling bekerjasama dalam memperkukuhkan negeri 'SG4'. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah , Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, pertemuan yang amat bermakna itu adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara empat negeri dalam memperkasakan peranan melalui portfolio masing-masing. Katanya, melalui perjumpaan tersebut, semua pihak boleh mengambil 'istifadah' dari...
“Negara akhirnya bebas daripada pemerintahan zalim,” Kata Ameer Jamaat-E-Islami
Umat Islam Bangladesh menzahirkan kesyukuran kepada Allah Yang Maha Kuasa apabila negara itu dibebaskan daripada rejim autokratik dan diktator sebagai pertukaran dengan darah ratusan syuhada. Ameer Jamaat-e-Islami Bangladesh, Dr. Shafiqur Rahman mengucapkan tahniah kepada rakyat dan menyeru untuk mengekalkan keamanan dan ketenteraman di negara tersebut. “Saya sepenuh hati bersyukur kepada Allah SWT kerana telah membebaskan Bangladesh tercinta daripada cengkaman diktator sebagai...
Berlumba-lumba lakukan kebajikan
Oleh : Rohayati Ripin KUALA TERENGGANU – Sebagai seorang khalifah dan anggota masyarakat, semua pihak diseru untuk terus berlumba-lumba melakukan kebajikan dan memperkukuhkan amal makruf nahi mungkar. To’ Puan Hajah Maznah Muftahuddin mempunyai lapan orang anak telah dianugerahkan penghargaan berprestij Tokoh Himpunan Fatimah Az Zahra atas sumbangan cemerlang beliau dalam memajukan masyarakat dan melaksanakan kerja-kerja kebajikan di negeri Terengganu. “Saya tak pernah...
Rusuhan UK: Mengapa Kumpulan Sayap Kanan menyerang pendatang dan orang islam?
Ketika rusuhan terus berleluasa di United Kingdom, hotel yang menempatkan pencari suaka telah dibakar oleh penghasut sayap kanan. Hotel Holiday Inn Express di Tamworth, di utara England, dibakar. Perusuh juga berkumpul berhampiran hotel Holiday Inn Express yang pernah menempatkan pencari suaka di Rotherham. Kedua-dua kejadian berlaku pada hari Ahad. Protes yang diketuai oleh kumpulan sayap kanan telah meningkat kepada pertempuran dengan...
Tentera Ahzab datang semula
Minda Presiden PAS TENTERA AHZAB DATANG SEMULA Al-Quran sebagai mukjizat ilmu yang kekal sepanjang zaman, mendedahkan peristiwa Ahzab yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW sejak 15 abad yang lalu. Hal ini menunjukkan bahawa al-Quran bukan sahaja cerita sejarah dan berita zaman dahulu, bahkan semua yang disebutkan dalam al-Quran ialah petunjuk dan cabaran sepertinya akan berulang sepanjang masa, bagi menguji umat Islam...