Selain Surau, KMI Tawar ‘Silent Room’ Buat Agama Lain

KUALA TERENGGANU – Pelancaran Hospital Mesra Ibadah (HMI) di bawah rangkaian TDM Berhad melalui anak syarikatnya, KMI Healthcare, menjadi mercu tanda baharu dalam sektor kesihatan apabila menggabungkan rawatan moden dengan pendekatan berteraskan Maqasid Syariah serta rahmatan lil ‘alamin. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, HMI bukan sahaja memberi kemudahan ibadah kepada pesakit...

Didik Dahulu, Hukum Kemudian – Dr. Khalil

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu menegaskan pendekatan pelaksanaan Syariah di negeri ini memberi keutamaan kepada pendidikan dan kefahaman masyarakat, berbanding terus melaksanakan hukuman. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, meskipun peruntukan undang-undang telah wujud termasuk kesalahan meninggalkan solat fardu di bawah Seksyen 18, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001, fokus utama...

2,766 Rumah SPNB Siap Dibina

KEMAMAN - Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM504 juta bagi pembinaan 5,450 buah Rumah Mesra Rakyat (RMR) menerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di seluruh negara, tahun ini. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, setakat Ogos lalu, sebanyak 2,766 unit rumah telah siap dibina, 1,310 unit sedang dalam pembinaan manakala 1,374 unit lagi sedang dalam proses untuk...

182 Unit Rumah Realisasi Harapan Penduduk Rantau Abang

DUNGUN –Sebanyak 182 unit Rumah Mampu Milik (RMM) yang sedang dibina di Balai Besar, Dungun bakal memberi manfaat besar kepada rakyat khususnya penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang. Projek berkenaan melibatkan 128 unit RMM Jenis A dengan harga bermula RM90,000 dan 54 unit RMM Jenis B dengan harga bermula sekitar RM185,000. Selain kediaman, kawasan perumahan itu juga akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan...

Sumbangan Dermasiswa Al-Ikhlas Bernilai RM1.8 Juta Ringan Beban Pelajar UMT

KUALA TERENGGANU – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) hari ini menyalurkan sumbangan Zakat Dermasiswa Al-Ikhlas berjumlah RM1.8 juta bagi membantu meringankan beban kewangan pelajarnya. Naib Canselor UMT, Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim menyempurnakan penyerahan sumbangan itu pada Majlis Penyampaian Zakat Dermasiswa Al-Ikhlas di Dewan Sultan Mizan, UMT dengan disaksikan wakil agensi penyumbang utama zakat. Sumbangan berkenaan merangkumi tiga kategori iaitu...

Program R&R: Rehat dan Rawat @Masjid UMT Sambut Mesra Pelajar Baharu

KUALA NERUS – Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menganjurkan Program R&R: Rehat dan Rawat @Masjid UMT sempena pendaftaran pelajar baharu sesi akademik 2025/2026. Inisiatif itu menjadi ruang menyantuni pelajar dan keluarga yang hadir dari seluruh negara dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti sarapan pagi, makan tengah hari, minuman ringan, ruang rehat, ruang solat serta tandas yang selesa. Suasana...

Pernah Harumkan Nama Negara, Asmawi Kini Perlukan Bantuan Rakyat

KEMAMAN – Tabung Bantuan Rawatan bagi bekas pemain hoki remaja kebangsaan dan Sukma Terengganu, Mohamad Asmawi Zaidi, telah dilancarkan semalam bagi membantu membiayai kos rawatan dan perubatannya. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Razali Idris berkata, tabung itu diwujudkan hasil perbincangan antara keluarga Asmawi bersama Persatuan Hoki Terengganu selepas beliau disahkan menghidap masalah kesihatan yang memerlukan kos rawatan tinggi. “Keadaan kesihatan...

Amanah Urus Wang Rakyat

KUALA TERENGGANU – Setiap sen wang rakyat adalah amanah yang mesti dipertanggungjawabkan, sama ada jumlahnya kecil atau melibatkan ratusan juta ringgit. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri, Dato’ Dr. Azman Ibrahim menegaskan, tidak wajar isu berkaitan pembaziran atau salah guna dana awam dipandang ringan kerana setiap perbelanjaan mesti memastikan manfaatnya sampai kepada rakyat. "Setiap sen duit...

APA GUNA PEMIMPIN NEGARA ISLAM BERTEMU TRUMP?

Minda Presiden PAS APA GUNA PEMIMPIN NEGARA ISLAM BERTEMU TRUMP? Dilaporkan oleh media bahawa para pemimpin beberapa negara Islam terpilih, termasuk negara Arab, bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengepalai Blok Barat yang mendukung Israel. Adakah dia layak diajak bermusyawarah atau bertukar fikiran dalam usaha perdamaian yang dicadangkannya? Padahal dia juga mewakili semua pemimpin negara Blok Barat yang berpihak dan...

6,000 Rakyat Terengganu Sertai Hari Cuci Malaysia

KUALA TERENGGANU – Seramai 6,000 peserta membanjiri Pantai Batu Buruk sempena Hari Cuci Malaysia 2025 bersempena World Cleanup Day 2025 peringkat negeri Terengganu yang berlangsung semalam. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dato' Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, program anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu diadakan secara serentak di seluruh negara dengan penglibatan pelbagai pihak termasuk...