‘Drivethru’ Serah Bantuan | Patuh SOP

BAGAN SERAI - YB Tuan Haji Razman Zakaria menyerahkan kotak makanan kepada 30 keluarga kaum India dalam program 'Tiada Yang Terpinggir' anjuran Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Gunung Semanggol di Pejabat Penghulu Mukim Semanggol. Program penyerahan dijalankan secara 'drivethru' atau pandu lalu bagi mengelakkan perkumpulan ramai dalam rangka mematuhi esok ditetapkan sempena pkpb yang baru dikuatkuasakan. Turut hadir TYDP PAS Bagan Serai...

Menyantuni Peniaga Dan Pengunjung Pekan Selasa Semanggol | YB Haji Razman Zakaria

BAGAN SERAI - Sebelum memulakan program di Pejabat Penghulu Mukim Semanggol, YB Tuan Haji Razman Zakaria sempat singgah ke pasar Selasa pekan Semanggol. YB menyantuni peniaga-peniaga dan pengunjung yang menjalankan urus niaga sambil menyelami permasalahan mereka terutama dalam situasi pandemic covid-19 hari ini. Hasil maklum balas didapati keadaan ini sedikit menjejaskan perniagaan namun dalam sudut-sudut tertentu terdapat peluang-peluang baru yang boleh...

Ziarah Keluarga Kematian Allahyarham Muhammad Zaki Osman | YB Haji Razman Zakaria

BAGAN SERAI - YB Tuan Haji Razman ziarah keluarga kematian Muhammad Zaki Osman di Batu 10 ¼ Jalan Taiping. Sebelum meninggal allahyarham didapati batuk berdarah dan kemudian pengsan. Keluarga menelefon ambulan dan selepas tiba pihak perubatan mengesahkan Allahyarham telah meninggal ketika di rumah lagi. Menurut maklumat dari waris, jenazah masih berada di hospital Parit Buntar untuk menunggu pelepasan dari pihak doktor. YB mengucapkan...

Sumbangan Kotak Makanan Kepada Penduduk Kampung Tengah | Khabar DUN Perak

BAGAN SERAI - YB Tuan Haji Razman Zakaria hadir solat berjemaah di surau hayatul Islam Kampung tengah Gunung Semanggol. Di kesempatan ini YB turut menyampaikan sumbangan 20 kotak makanan kepada penduduk memerlukan dalam Kampung tersebut. YB juga mengambil kesempatan beramah mesra bersama jemaah dengan menyelami permasalahan mereka tentang situasi semasa.

YB Santuni Fronliner Sekatan Jalan Raya | YB Haji Razman Zakaria

PARIT BUNTAR - YB Tuan Haji Razman Zakaria bersama YDP PAS Kawasan Bagan Serai Haji Abdul Aziz Abdul Majid dan YDP PAS Kawasan Parit Buntar Encik Baharin menyantuni frontliner (PDRM, JPAM dan RELA) yang bertugas di sekatan jalan raya sempena perintah kawalan pergerakan bersyarat PKPB di kawasan Parit Buntar. Rombongan turut diiringi oleh Ketua Balai Polis Parit Buntar (OCS) Tuan...

Bot Fiber Keluaran Warga Kampung Parit Gabis Bawah Setanding Pasaran | Khabar DUN Perak

BAGAN SERAI - YB Tuan Haji Razman Zakaria meninjau projek naik taraf Jalan Parit Gabis Bawah. Menurut maklumat yang diterima dari JPKK Encik zulkefly Dahari jalan tersebut akan diturap sepanjang 1.8 km. Didapati projek berjalan lancar dan dijangka akan siap diturap dalam sedikit masa lagi. Tinjauan hari ini mendapati jalan telah siap di ratakan dengan batu kasaran dan hanya menunggu...

Laluan Berbumbung Untuk Atasi Masalah Cuaca | YB Haji Razman

BAGAN SERAI - YB Tuan Haji Razman meninjau pembinaan laluan berbumbung di Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar Al-Baqir (SABAR). Alhamdulillah projek bernilai Rm90k yang diluluskan baru-baru ini telah mula dijalankan. Diharapkan dengan siapnya laluan ini nanti akan memberi keselesaan khususnya kepada pelajar yang berulang alik dari pagar utama menuju ke bangunan sekolah daripada masalah cuaca terutamanya ketika hujan.

Komuniti India Pondok Tanjung Tidak Dilupa | Khabar DUN Perak

BAGAN SERAI -  YB Tuan Hj Razman Zakaria hadir bersama PAS Kawasan Bagan Serai dalam program penyerahan sumbangan barang makanan kepada masyarakat kaum India di Pondok Tanjung. Sebanyak 30 bungkus barang makanan diserahkan termasuk kepada Asnaf di penempatan sekitar Masjid Matbin, Pondok Tanjung. Turut hadir Ketua Dewan Himpunan Pendokong PAS (DHPP) Perak Encik Surianarayanan serta barisan Jawatankuasa PAS Kawasan Bagan Serai.

Semai Kasih Bersama Asnaf & Ibu Tunggal | Khabar DUN Perak

PROGRAM SEMAI KASIH BERSAMA ASNAF & IBU TUNGGAL BAGAN SERAI - YB Tuan Hj Razman Zakaria hadir merasmikan Program Semai Kasih Bersama Asnaf / Ibu Tunggal di perkarangan Masjid An-Nur, Kampung Ehya, Semanggol. Majlis dianjurkan oleh persatuan Prihatin Muslim Perak (PRIME) dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung (JPKK) Bukit Semanggol. Program berlangsung dengan penyerahan bantuan barang makanan dan sumbangan tunai dari pihak...

Lawatan Timbalan Menteri Pertanian | Khabar DUN Perak

LAWATAN TIMBALAN MENTERI PERTANIAN 7 November 2020 - 12 tengahari YDP PAS Kawasan Pasir Salak merangkap Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Perak, Ustaz Mustafa Hj Shaari bersama rombongan AJK PAS Kawasan Pasir Salak menghadiri Perasmian Kedai FJ Trading Group PLT, Pembekal Info Pertanian dan Penternakan di Langkap, Perak.. Perasmian dilakukan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan ll, Datuk Che Abdullah bin Mat...