Kerjasama TI–Greenverse Pacu Terengganu Ke Arah Negeri Hijau dan Lestari
KUALA TERENGGANU – Terengganu melangkah ke hadapan dalam usaha menjadi negeri hijau apabila Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. (TI) menandatangani usahasama dengan Greenverse Holding Sdn. Bhd. bagi menubuhkan TI Greenverse Sdn. Bhd., entiti yang memfokuskan pengurusan sisa terjadual mampan dan pembangunan teknologi hijau. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dato’ Wan Sukairi Wan Abdullah, kemudahan yang bakal dibangunkan...
“Petronas Bukan Lembaga Zakat Kerajaan”
KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Hamzah Zainudin menegur kebergantungan berterusan kerajaan terhadap Petronas dalam pembiayaan Belanjawan 2026. Hamzah menyifatkannya sebagai langkah tidak mampan yang boleh menjejaskan masa depan ekonomi negara. Menurut beliau, bagi tahun 2026 sahaja, kerajaan dijangka menerima bayaran dividen sebanyak RM20 bilion daripada Petronas, selain menggunakan dana syarikat itu untuk membiayai projek Bandar Madani berjumlah RM4 bilion dan transaksi...
70 Petani Lega Jalan Konkrit Siap Sebelum Musim Menuai
BESUT – Kira-kira 70 orang petani di Baruh Padi Gong Nibong, Jabi kini boleh menarik nafas lega apabila projek pembinaan jalan konkrit sepanjang 700 meter dijangka siap sepenuhnya sebelum musim menuai tiba, sekali gus memudahkan aktiviti pertanian mereka. Jalan pertanian yang mempunyai lebar 12 kaki itu bakal memberi manfaat besar kepada pengurusan kira-kira 240 hektar kawasan sawah padi di kampung...
Terengganu Terus Komited Pacu Agenda Islam
Kerajaan Terengganu Komited Jadi Model Pentadbiran Islam KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu terus teguh melangkah sebagai model pentadbiran Islam dengan menjunjung tinggi syiar Islam yang berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi, menegaskan bahawa dalam aspek pemerkasaan serta penguatkuasaan syariah, kerajaan negeri sentiasa berusaha memperkukuh pelaksanaan undang-undang Islam dengan memperkemaskan kanun...
LKKS perkasakan peranan ejen kebajikan masyarakat
Oleh : HABSAH ALI KUANTAN, 12 Okt – Bidang kebajikan adalah tugas besar yang merentasi semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang, tegas Ahli Dewan Negeri Beserah YB Dato’ Andansura Rabu, dalam program Bengkel Asas Bimbingan Aktivis Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial (LKKS) di Balok, semalam. “Bila sebut kebajikan, ia besar, merangkumi semua pihak, semua segmen, rentas kaum dan latar belakang....
29 November Penentu Maruah, Hak Rakyat Terengganu Yang Dinafi
KUALA LUMPUR - Tarikh 29 November 2025 bakal menjadi detik penentu maruah dan hak rakyat Terengganu selepas lebih empat dekad tanah milik Kerajaan Negeri diusahakan oleh pihak luar tanpa dokumen hak milik yang sah. Tanah seluas 14,791 hektar milik Kerajaan Negeri Terengganu telah dibangunkan sebagai ladang sawit oleh Felda sejak tahun 1985 sebelum kemudiannya diserahkan kepada FGV. Dalam tempoh lebih 40...
Terengganu terus cemerlang lahirkan Atlet bertaraf dunia – Timbalan Menteri
KUALA NERUS – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengiktiraf kehebatan atlet negeri Terengganu yang sentiasa mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa menerusi bakat dan pencapaian berprestasi tinggi. Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim, berkata Terengganu sememangnya terkenal sebagai negeri yang kaya dengan bakat serta semangat juang luar biasa, melahirkan ramai ikon sukan negara sejak dahulu lagi. “Nama-nama besar...
Peruntukan RM2.3 juta perkukuh ekosistem sukan
KUALA NERUS - Dalam usaha memperkukuh ekosistem sukan di Negeri Terengganu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah memperuntukkan RM2.3 Juta yang melibatkan lima projek pembangunan meliputi naik taraf dan projek terbaharu. Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata, beberapa projek telah dikenalpasti untuk dilaksanakan bagi memastikan infrastruktur sukan di Terengganu di tahap terbaik. "Dalam ucapan Perdana Menteri semasa Pembentangan...
Suri rumah pencorak masa depan bangsa
KUALA NERUS – Peranan suri rumah bukan lagi terhad menguruskan rumah tangga, sebaliknya mereka adalah tunjang utama yang mencorak masa depan bangsa. Profesor Madya Dr. Roslina Ismail dari Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menegaskan bahawa, perubahan struktur keluarga moden, seperti keluarga kecil dan ibu tunggal, telah memberi tekanan tambahan kepada suri rumah. Beliau menekankan perlunya suri...
Persatuan Suri Rumah Negeri bakal jadi pemangkin kesejahteraan Wanita
KUALA NERUS – Kerajaan Negeri merancang untuk menubuhkan sebuah entiti atau persatuan suri rumah negeri sebagai langkah memperkukuh sokongan emosi, sosial dan ekonomi kepada golongan suri rumah di Terengganu. Pengarah Urus Setia Wanita Terengganu (USWa), Tuan Roslina Tuan Sulaiman berkata, inisiatif itu bakal menjadi platform rasmi bagi para suri rumah berkongsi pengalaman, mendapatkan bimbingan serta membina rangkaian sokongan (“support group”)...











