Kerjasama Awam-Swasta bangunkan kawasan sekitar ECRL

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), mengambil langkah proaktif dengan mewujudkan kerjasama awam-swasta bagi membangunkan kawasan Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) di sekitar stesen East Coast Rail Link (ECRL). Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri (Pengurusan Bencana), Hanafiah Mat berkata, pendekatan itu bukan sahaja dapat mengurangkan beban kewangan kerajaan, malah mempercepatkan proses pembangunan...

TDM bayar RM1.4 Juta untung kepada LTAWNT

KUALA TERENGGANU - TDM Berhad telah menyerahkan pembayaran perkongsian keuntungan sebanyak RM1,439,723 kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT). Ia merupakan sebahagian daripada perjanjian bagi usahasama (JV) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 (FY2023). Pengarah Eksekutif TDM, Najman Kamaruddin berkata, perjanjian usahasama itu merupakan satu cara bagaimana kerjasama yang strategik dapat memaksimumkan potensi sektor perladangan kelapa sawit. "Hasil yang diperolehi...

Padah khalwat berulang, buruh bakal disebat di khalayak ramai

KUALA TERENGGANU - Seorang tukang rumah menjadi individu pertama di Terengganu dikenakan hukuman enam sebatan di khalayak ramai kerana kesalahan khalwat berulang. Hukuman itu diputuskan Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, Kamalruazmi Ismail selepas tertuduh mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022 kerana berkhalwat. Memetik laporan Harian Metro, Kamalruazmi menjatuhkan hukuman enam...

PBT Terengganu diarah tidak perbaharui lesen Perniagaan Vape

KUALA TERENGGANU - Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diarahkan untuk tidak memperbaharui lesen perniagaan vape atau rokok elektronik di negeri ini. Menteri Besar, Dato’ Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perkara itu sudah dibincangkan dengan semua PBT di Terengganu supaya tidak lagi mengeluarkan lesen untuk memperbaharui perniagaan tersebut. "Kalau dari segi pengharaman, memang negeri-negeri sudah terima pakai fatwa daripada sebelum ini...

Pelabuhan LKIM Chendering dan Pulau Kambing bakal siap sepenuhnya pada 2031

KUALA TERENGGANU - Pelabuhan LKIM Chendering (PLC) akan kembali menjadi pusat pendaratan utama hasil laut Terengganu apabila projek pembangunan bernilai RM192 juta yang dijadualkan siap sepenuhnya pada 2031. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, projek tersebut bertujuan menyelesaikan isu mendapan pasir dan kekurangan infrastruktur yang menyebabkan banyak bot laut dalam terpaksa mendaratkan...

Sekat wakil rakyat ke sekolah: Kerajaan Persekutuan tidak matang

KUALA TERENGGANU - Wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) menyelar tindakan kerajaan persekutuan yang didakwa menyekat Exco kerajaan negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada memasuki institusi pendidikan, termasuk sekolah dan universiti. ADUN Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail menyifatkan tindakan itu sebagai tidak matang dan bertentangan dengan prinsip keterbukaan yang dijanjikan kerajaan. “Semasa pentadbiran Perikatan Nasional di peringkat Persekutuan, kami masuk...

Lumba perahu panjang berpotensi tarik pelancong, lonjak ekonomi tempatan

KUALA TERENGGANU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ridzuan Hashim, mencadangkan penganjuran kejohanan lumba perahu panjang sebagai salah satu aktiviti sukan air tahunan di Terengganu. Cadangan itu dikemukakan beliau semasa membahaskan Belanjawan Terengganu 2024 di Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15, di Wisma Darul Iman, semalam. Beliau terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri atas kejayaan...

Banjir landa DUN Ajil, tiga PPS dibuka untuk mangsa

HULU TERENGGANU - Hujan lebat yang berterusan sejak semalam telah menyebabkan beberapa kawasan di Negeri Terengganu, termasuk di DUN Ajil, dilanda banjir. Keadaan ini memaksa tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Maliaman Kassim, yang juga merangkap ADUN Ajil, memaklumkan bahawa pihaknya segera turun padang bagi meninjau...

Perpaduan teguh hidayah Allah

Minda Presiden PAS PERPADUAN TEGUH HIDAYAH ALLAH Muncul daripada kalangan manusia pencipta ajaran sendiri, lalu dianggapnya sebagai petunjuk atau pendekatan bagi mewujudkan perpaduan yang mewujudkan keamanan dan kesejahteraan yang dituntut oleh semua. Ada ajaran itu berjenama agama yang diselewengkan daripada agama Allah atau agama ciptaan manusia sendiri. Ada pula yang dinamakan teori, falsafah, ideologi, dan seterusnya. Sejak dahulu, semuanya tidak mampu menghapuskan perpecahan...

‘Wakil kerajaan disekat, penceramah kontroversi UMNO dialukan’

KUALA TERENGGANU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, membidas tindakan songsang pihak tertentu yang menyekat wakil Kerajaan Negeri merasmikan program pendidikan sebuah Institut Pengajian Tinggi bersama mahasiswa baru-baru ini. Dr. Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Md Fauzi berkata, lebih mendukacitakan ahli politik tidak bertauliah daripada UMNO pula diberi kebebasan bertemu pelajar. “Bayangkan pemimpin UMNO boleh keluar masuk dengan bebas dalam institusi...