Amaran Banjir Terkesan Oleh Air Pasang

(Gambar : Sebahagian kawasan perumahan dinaiki air ketika banjir kilat melanda daerah Kuala Terengganu pada bulan Januari lalu) KUALA TERENGGANU – Amaran banjir akan berlaku apabila sejumlah 100 -160 mm hujan diterima di daerah ini sejak bermula daripada awal pagi sehingga jam 5.00 petang, Jumaat 22 November. Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) negeri, berapa kawasan...

Terengganu Cemerlang Sebagai Model Perpaduan Kaum Negara

Oleh : Rohayati Ripin KUALA TERENGGANU – Kerajaan PAS Terengganu terus membuktikan keupayaannya sebagai model perpaduan di Malaysia apabila tiada laporan mengenai pergeseran kaum direkodkan di negeri ini. Yang Dipertua PAS Kawasan Hulu Terengganu, YB Maliaman Kassim berkata, pendekatan menyeluruh yang diamalkan kerajaan PAS berjaya mengekalkan keharmonian antara kaum dan memberi inspirasi kepada negeri-negeri lain di seluruh negara. “Untuk mengukur kejayaan ini,...

Muslimat PAS ziarah prihatin keluarga berkeperluan

Oleh: Mimi Hazwa H.M.S 22 November 2024 KENINGAU: Ujian hidup tanda kasih sayang Allah untuk Hamba-Nya .Ada yang diuji dengan kesusahan dan kekurangan,ada yang diuji dengan kesakitan berupa penyakit. Biro kebajikan dan keprihatinan Sosial (BKKS) Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah dengan Kerjasama Biro Kebajikan dan Keprihatinan Sosial serta dibantu Biro Penerangan Dewan Muslimat PAS kawasan Keningau telah turun bersama dalam ziarah Prihatin...

Rasuah ancam kesejahteraan rakyat

Oleh NURUL HAZIMAH 22 November 2024 KALABAKAN: "Amalan rasuah kini menjadi ancaman serius kepada kestabilan negeri dan kesejahteraan rakyat," kata Ketua Pemuda PAS Kalabakan, Razman Roslee. Razman dengan tegas membantah sebarang bentuk amalan rasuah kerana bukan sahaja merosakkan sistem pentadbiran tetapi juga mencuri hak generasi akan datang untuk mewarisi sebuah negeri yang makmur, berdaya saing dan berintegriti. Beliau menyokong kenyataan Pesuruhjaya PAS Sabah,...

Kerajaan Negeri terus komited atasi isu gajah liar

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan peruntukan one-off sebanyak RM10 juta bagi inisiatif Bantuan Kerugian Harta Benda dan Tanaman Akibat Serangan Hidupan Liar (BKHT) di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) untuk menyelesaikan isu gajah liar termasuk di Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri Terengganu, Datuk Razali Idris berkata peruntukan tersebut melalui...

Sukan Air dan Karnival Pantai warnai kalendar pelancongan Terengganu 2025

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri sedang mempertimbangkan untuk memasukkan program sukan air seperti pertandingan lumba perahu panjang ke dalam Kalendar Acara Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Terengganu Tahun 2025. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri Terengganu, Datuk Razali Idris mempertimbangkan cadangan dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ridzuan Hashim yang turut menawarkan DUN Buluh...

Kerajaan Negeri jangka peroleh RM32 juta melalui Enakmen sumber air 2020

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri menjangkakan pendapatan sebanyak RM32 juta pada tahun 2025 hasil pelaksanaan Enakmen Sumber Air (Terengganu) 2020  menerusi Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT). Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri Terengganu, Datuk Razali Idris, berkata daripada jumlah tersebut, RM12 juta dijangka diperoleh melalui caj pengabstrakan air, manakala RM20 juta lagi daripada caj aktiviti penggubahan sumber. “Ini...

TSG dinobat Pasukan Terbaik Asia kali keenam

KUALA TERENGGANU - Terengganu Cycling Team (TSG) sekali lagi mencipta sejarah apabila merangkul gelaran Pasukan Terbaik Asia pada tahun 2024. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim meluahkan penghargaan dan tahniah kepada TSG atas usaha gigih selama ini. "Kejayaan gemilang kali keenam itu diraih setelah TSG mengumpulkan 1,879 mata, mengatasi cabaran sengit pasukan JCL Team Ukyo dari...

Mahasiswa perlu bebas dari kongkongan politik – Muhammad Khalil

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri Terengganu menyatakan pendirian tegas untuk membela kebebasan mahasiswa selepas pembatalan Majlis Perasmian Penutup Islamic Youth Leadership Conference 2024 oleh pihak penganjur, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi, menzahirkan rasa simpati terhadap situasi tersebut, menyifatkan tindakan tersebut sebagai langkah ke belakang yang mengekang kebebasan intelektual...

Portal Terengganu Talent kumpul bakat anak Terengganu

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri melalui Pusat Pembangunan Sumber Manusia Terengganu (THRDC) akan membangunkan Portal Terengganu Talent bagi mengumpulkan data mengenai bakat-bakat Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ariffin Deraman berkata, portal khas tersebut bertujuan untuk membantu pencari kerja rakyat Terengganu mendaftar dan mengumpulkan data pencari kerja. Menurutnya, portal itu juga akan menjadi platform bagi...