Pelaksanaan Hukuman Takzir di Khalayak Ramai Keputusan Hakim
KUALA TERENGGANU – Tindakan pelaksanaan hukuman ke atas pesalah jenayah takzir tertakluk sepenuhnya di bawah bidang kuasa Hakim Syarie Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Dakwah dan Pelaksanaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, hukuman boleh dilaksanakan sama ada di dalam penjara atau di kawasan terbuka, bergantung kepada keperluan dan objektif hukuman itu sendiri. “Jadi di sini kita fikir ada keperluan untuk...
TIS 2024: Terengganu Curi Tumpuan Dunia Islam
KUALA TERENGGANU - Terengganu International Summit 2024 (TIS 2024) melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang, sekali lagi membuktikan keupayaan negeri Terengganu sebagai pencetus dialog global dan penggerak penyatuan umat Islam. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi, menyifatkan kejayaan ini sebagai langkah besar dalam menonjolkan peranan Terengganu di pentas antarabangsa. “Alhamdulillah, ini adalah tahun kedua kita...
Terengganu Konsisten Seru Penyatuan Ummah
KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu konsisten memanfaatkan kudrat yang termampu dalam melontarkan suara menyeru ke arah penyatuan ummah di kalangan dunia Islam. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, justeru itu Persidadngan Antarabangsa Terengganu (TIS) 2024 mengangkat satu tema yang sangat besar ertinya iaitu penyatuan ummah. "Mungkin ada terfikir dalam diri kita, apalah sangat...
Pelik, Perjuang Kebebasan Bersuara Tidak Selantang Lawan Hukum Islam
KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu hairan dan pelik dengan golongan liberal yang tidak agresif menentang sekatan kebebasan bersuara berbanding kelantangan luar biasa mereka menentang pelaksanaan undang-undang Islam di Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, terlalu banyak perkara berlaku dalam negara yang sewajarnya perlu diperjuangkan oleh golongan terbabit. "Kalau kita hendak bercakap soal perundangan di...
Perkenalkan Inisiatif Baru Buat Atlet Para SUKMA
KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri memperkenalkan inisiatif baru seperti memberi insentif segera kepada semua atlet Para Sukan Malaysia (SUKMA) yang mendapat pingat. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata pihaknya berhasrat menyediakan cadangan memberikan insentif yang sama seperti atlet SUKMA bagi yang mendapat pingat dalam kejohanan Para SUKMA baru-baru ini. “Sehubungan itu satu Kertas...
37 ADUN Belia Terengganu Angkat Sumpah
KUALA TERENGGANU - Seramai 37 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belia Terengganu mengangkat sumpah jawatan pada Mesyuarat Pertama bagi Penggal Persidangan Pertama ADUN Belia Terengganu Yang Ke-3 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Wisma Darul Iman di sini, hari ini. Majlis angkat sumpah di hadapan yang Dipertua Dewan Belia Negeri Terengganu yang baharu dilantik Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli didahului oleh...
DUN Terengganu Lulus Pindaan Enakmen Tanah Simpan Orang Melayu
KUALA TERENGGANU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Pindaan 2024 pada bacaan kali ketiga, menandakan langkah signifikan dalam meminda Enakmen Tanah Simpan bagi Orang-Orang Melayu 1360. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr. Azman Ibrahim, telah mencadangkan Rang Undang-Undang tersebut yang bertujuan untuk meminda subseksyen 9(iii) enakmen berkenaan. "Pindaan ini akan membolehkan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT)...
Janaan Hasil Era Dr. Sam Lebih Tinggi Ketimbang MB Terdahulu
KUALA TERENGGANU - Janaan hasil negeri Terengganu di bawah pentadbiran Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar merekodkan pencapaian yang lebih tinggi berbanding pada era dua Menteri Besar terdahulu. Ketua Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Dasar Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS), Mohd Eikhwan Ali berkata, data berkenaan dikumpul bagi tempoh tiga tahun perkhidmatan penuh yang terakhir dan tidak termasuk...
Sidang Kemuncak Antarabangsa Terengganu Kecam Genosid di Palestin
KUALA TERENGGANU - Sidang Kemuncak Antarabangsa Terengganu (TIS) 2024 yang berakhir hari ini mengecam pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan Israel ke atas penduduk Gaza di Palestin. Itu antara lima resolusi yang dipersetujui, sepanjang sehari persidangan berlangsung, disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif TSIS, Prof. Madya Dr. Mohd Hanif Yaacob petang tadi. Dr. Mohd Hanif berkata, persidangan juga menghargai Sidang Kemuncak dan Forum Islam serta antarabangsa...
Politik Berpecah Melayu Jadi Lemah
KUALA TERENGGANU - Umat Islam di Malaysia hari ini berpecah kerana bergaduh sesama sendiri sehingga terpecah kepada beberapa blok. Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sewajarnya orang-orang Melayu di negara ini bersatu hati agar Malaysia berupaya menjadi contoh serta permulaan yang baik untuk negara Islam bangkit dan tidak ditindas. "'Political Party' yang memecah belahkan kita, kalau dahulu kita hanya...