‘Royalti Bukan Hak Terengganu? PAN jangan jadi pengkhianat’

KUALA TERENGGANU – Parti Amanah Negara (PAN) Terengganu diingatkan agar tidak menjadi pengkhianat di negeri sendiri susulan tindakan parti itu menyatakan royalti bukan hak mutlak Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan negeri, Dato' Satiful Bahari Mamat menegaskan, kenyataan sembrono PAN dianggap sebagai pengkhianatan kepada rakyat,memandangkan negeri ini telah menerima royalti minyak sejak sekian lama. "Kenyataan itu...

Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu, Pahang hingga Jumaat ini

KUALA TERENGGANU - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya membabitkan beberapa daerah di Terengganu dan Pahang sehingga Jumaat ini. METMalaysia dalam kenyataan menerusi platform X 1 tengah hari tadi memaklumkan, di Terengganu, daerah yang dijangka terjejas susulan taburan hujan sangat lebat dan berterusan adalah Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman. Sementara itu, di Pahang, lima...

Projek Perumahan Kuala Ping dalam proses kajian semula

KUALA TERENGGANU - Projek Perumahan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di Kampung Kuala Ping, Hulu Terengganu masih berada dalam tindakan pemaju dan kini sedang dalam proses kajian semula. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Negeri, Dato’ Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, berdasarkan maklumat daripada pihak pemaju, kajian awal mendapati bahawa pasaran jualan dan permintaan rumah di kawasan tersebut tidak...

Wan Hassan kecewa MRSM Dungun gagal siap ikut jadual

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli melahirkan rasa kecewa atas kegagalan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Dungun disiapkan mengikut jadual Lanjutan Masa Ketiga (EOT 3) iaitu pada 25 Ogos 2024. Wan Hassan berkata, setakat Julai 2024 pembinaannya telah mengalami kelewatan dengan peratus pencapaian kemajuan fizikal semasa baru mencapai 79.03 peratus, berbanding 97.24 peratus yang dijadualkan. "Lanjutan masa...

Adun Belia desak Persekutuan tidak khianat Royalti Terengganu

KUALA TERENGGANU, 25 November - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belia Negeri Terengganu mendesak Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tidak mengkhianati amanah dengan mengembalikan royalti petroleum kepada Terengganu sepenuhnya. Menerusi Usul Tergempar yang dikemukakan ADUN Belia Pengkalan Berangan, Azim Razak, beliau menegaskan Perlembagaan Persekutuan jelas menetapkan bahawa urusan kewangan antara negeri dan Kerajaan Persekutuan perlu...

Kena penjara sebab tak solat jumaat

KUALA TERENGGANU - Seorang penjual buah yang ditangkap kerana tidak menunaikan solat Jumaat dikenakan hukuman penjara selama tiga bulan akibat kelalaiannya melaksanakan kewajipan itu. Hukuman itu diputuskan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Setiu, Mat Ropi Busu selepas tertuduh, Amar (bukan nama sebenar), 44 tahun gagal membayar denda sebanyak RM3,000 yang diperuntukkan di bawah Seksyen 16 (Tidak Menunaikan Sembahyang Jumaat), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001, hari ini. Tiga...

Dedikasi terakhir – 10 tahun setia menunggu lori Harakah setiap pagi

Oleh : HABSAH ALI INDERA MAHKOTA, 26 Nov  - "Setiap pagi arwah akan menunggu lori Harakah, sejak 10 tahun lalu, untuk menghantar dan mengagihkan akhbar tersebut kepada cawangan-cawangan," kata Ahli Dewan Negeri Beserah Andansura Rabu. Beliau berkata demikian sebaik sahaja mendapat perkhabaran kematian Setiausaha Kerjanya Mohamad Safie Ideris (69) yang telah meninggal dunia di sini semalam akibat komplikasi buah pinggang. "Selain menunggu...

TPM turun padang, rakyat kecewa Kerajaan negeri bersikap sambil lewa  

Oleh : HABSAH ALI KUANTAN - Timbalan Perdana Menteri telah turun padang melihat keadaan jambatan runtuh di Felda Selancar pada Februari 2023, namun tindakan Kerajaan Negeri Pahang dalam usaha membina jambatan kekal dua hala sehingga kini masih belum terlaksana. “Meskipun Timbalan Perdana Menteri telah turun padang untuk menilai situasi dan memberi perhatian terhadap masalah ini, namun pembangunan jambatan kekal yang dijanjikan...

Peserta ‘Solat First’ hargai inisiatif PAS Tawau

Oleh : Anna Tan Tawau  : Program  Solat First telah diadakan di Masjid Nur Hikmah , Kg Blok 31 kelmarin telah disertai 40 peserta yang kebanyakannya terdiri daripada kaum ibu dan warga emas. Program inisiatif  PAS Kawasan Tawau tersebut adalah  dengan kerjasama AJK Masjid Nur Hikmah,Kampung Blok 31. Program diadakan adalah bertujuan untuk memberi pengetahuan cara solat yang tepat mengikut syariat Islam...

PMINT Peroleh 18 Kelulusan Tapak Berkait Silika

KUALA TERENGGANU - PMINT dan anak syarikatnya, Permint Granite Sdn. Bhd telah memperoleh 18 kelulusan tapak (lesen pengambilan pasir atau lombong silika) secara keseluruhan sehingga Oktober lalu. Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, 18 kelulusan itu merangkumi 16 kelulusan pasir silika dan dua kawasan batuan silika. “Daripada 18 kawasan ini...