Satu lagi SRIDI akan dibuka di Terengganu

Oleh : Nur 'Afini Yahaya KUALA TERENGGANU, 18 Jun - Kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) bakal membuka sebuah lagi Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai mulai Januari tahun hadapan. Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, ia menjadikan tambahan kepada sembilan buah SRIDI dan...

DUN Terengganu bersidang selepas dapat arahan

KUALA TERENGGANU, 18 Jun - Terengganu bersedia untuk mengadakan Persidangan Dewan Undangan negeri (DUN) selepas mendapat arahan daripada kepimpinan negeri. Yang Dipertuanya, Dato' Yahaya Ali, berkata persidangan DUN akan diadakan selepas meneliti perkembangan sidang Parlimen. "Buat masa sekarang, kita tengok dahulu perkembangan persidangan Parlimen dan menunggu arahan selanjutnya daripada kepimpinan negeri," katanya melalui kenyataan hari ini. Kali terakhir, DUN Terengganu bersidang ketika...

TADC bangunkan tapak semaian buah di Kijal

Oleh : Alfian Mamad KEMAMAN, 18 Jun - Terengganu Agrotech Development Corporation Sdn Bhd (TADC) mula membangunkan prasarana untuk dijadikan tapak semaian buah-buah di tanah seluas lima ekar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal. Pegawai Penyelaras DUN Kijal, Ustaz Hazri Jusoh menyatakan bahawa ia adalah kerjasama Pejabat Penyelaras DUN Kijal dan Koperasi Dhuha Kemaman Berhad. "Alhamdulillah, tanah seluas 2.5 hektar ini telah...

Munajat Rakyat harungi musibah COVID-19

Oleh : Fakrusy Syakirin Ahmad Sabri KUALA TERENGGANU, 18 Jun – Pelaksanaan program Munajat Rakyat Terengganu oleh Kerajaan Negeri adalah sebagai salah satu usaha meningkatkan semangat rakyat dalam mengharungi musibah pandemik COVID-19. Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus menyifatkan, antara dua syarat untuk Allah SWT mengampunkan dosa umat-Nya ketika menghadapi malapetaka adalah dengan mengamalkan sifat redha dan berusaha untuk bermunajat. “Allah SWT ingin...

“FoodBank” bantu yang memerlukan – Ketua Pemuda DPPN Selangor

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor Oleh : Umar Al-Hayawi Sungai Buloh | "FOODBANK' dengan konsep rakan-rakan niaga jalankan adalah setiap peniaga yang sudi dan ingin menyumbang, mereka akan letakkan disini. Ust Hanafi Zulkapli selaku Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyatakan rasa suka dengan usaha murni tersebut, kerana dalam diri para peniaga tersimpan rasa...

Perkongsian ilmu : pengenalan keris Melayu – Pemuda PAS Kawasan Bangi

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor Oleh : Umar Al-Hayawi Bangi | Pemuda PAS Kawasan Bangi menyatakan segala persoalan yang bermain di minda kita semua apabila berkaitan dengan keris melayu, Pernah dengar keris terpacak sendiri? Pernah dengar kisah mistik tentang keris? Apa itu keris? Kenapa orang Melayu sinonim dengan keris? Adakah ia hanya digunakan semasa istiadat...

Terima kasih penyumbang daripada PAS Sungai Buloh – PAS Kawasan Sungai Buloh

Khabar PAS Kawasan dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Buloh Oleh : Umar Al-Hayawi Sungai Buloh | Pada musim pandemik ini ada yang senang dan ada juga mereka yang susah. Pelbagai ujian yang mereka harungi semasa waktu lockdown ini. Ada daripada mereka yang kehilangan punca pendapatan dan ada juga yang dibuang kerja. PAS Kawasan Sungai Buloh menyatakan rasa syukur kerana berkesempatan bersama-sama...

‘Sambil menyelam minum air’ : bantu dua pihak – YDP PAS Kawasan Selayang

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Selayang Oleh : Umar Al-Hayawi Selayang | PAS Selayang bantu habiskan stok kedai dan bantu mereka yang terjejas akibat Covid-19. Menurut YB Zaidy Abdul Talib selaku YDP PAS Kawasan Selayang menceritakan, ada seorang ahli daripada team PAS Selayang nampak 'twit' atau sebuat coretan media sosial 'Twitter'. Menurut beliau, daripada 'twit' tersebut menyatakan kakak ipar...

DHPP Gombak santuni keluarga India yang terkesan Covid-19 – Ketua DHPP Gombak

"PAS For All" | Dewan Himpunan Pendukung PAS Negeri Selangor Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi Gombak | Dewan Himpunan Pendukung PAS Kawasan Gombak meneruskan kerja-kerja kebajikan menyantuni keluarga India yang terkesan dengan suasana Covid-19. Menyedari senario terkini negara sedang berdepan risiko pandemik. Ketua DHPP Gombak Puan Sarojeeni terus mendapatkan maklumat dan mengerakkan kerja kebajikan menyantuni mereka yang ditimpa kekangan dalam survival hidup....

PAS Selangor lancar Task Force kempen vaksin, bantu warga emas – Pengarah JAMN Selangor

"Beramal Kerana Allah" | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor Oleh : Umar Al-Hayawi Bangi | Bukan hanya rakyat sahaja yang merana sewaktu musim pandemik Covid-19 ini, namun para barisan hadapan negara turut merana memikul amanah negara membawa keamanan dan kesejahteraan negara kembali seperti asal. Olehitu, kita seharusnya sama-sama membantu para frontliners negara bagi mencapai kemenangan menentang Covid-19. PAS Selangor telah melancarkan...