15,000 ribu rakyat Terengganu bermunajat di malam tahun baharu
KUALA NERUS - Hampir 15,000 orang ramai menyambut ketibaan tahun baru 2025 di Malam Munajat Terengganu yang dianjurkan oleh kerajaan negeri dengan pelbagai pengisian yang sarat program keagamaan. Yang Dipertua Dun, Dato' Mohd Nor Hamzah berkata, program itu bagi memastikan perjalanan dalam menempuh tahun 2025 akan dapat dilalui dengan baik oleh setiap rakyat. "Malam ini, kita adakan munajat sempena memasuki tahun baharu 2025, kita...
‘Indahnya Hidup Bersyariat’ pugar pemerkasaan syariah di Terengganu
KUALA NERUS - Tema 'Indahnya Hidup Bersyariat' yang diangkat oleh kerajaan negeri merupakan salah satu daripada proses pendidikan dan kempen yang dijalankan dalam memugarkan lagi pemerkasaan syariah di Terengganu. Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato' Mohd Nor Hamzah berkata, proses tersebut bagi menyedarkan masyarakat ke arah kehidupan mengikut syariah akan dilaksanakan secara berterusan dengan penuh kesabaran dan ketekunan. "Dalam masa...
Karnival Beautiful Terengganu Malaysia sasarkan 100,000 pengunjung
KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) menyasarkan kehadiran lebih 100,000 pengunjung tempatan dan luar Terengganu untuk menghadiri Karnival Beautiful Terengganu Malaysia (KBTM) 2024/2025 bermula pada 29 Januari sehingga 1 Disember 2025. KBTM 2024/2025 yang sedang berlangsung di Mayang Mall, Kuala Terengganu telah disenaraikan sebagai salah satu daripada 25 acara ikonik dalam Kalendar Acara Tahunan (COE) 2025 Pelancongan dan...
Selamat Tahun Baru 2025 | PAS Perak
KENYATAAN MEDIA PAS PERAK SELAMAT TAHUN BARU 2025 PAS Perak mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2025 kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya warga Perak. Bagi ummat islam, kita juga menyambut ketibaan bulan Rejab yang penuh berkah. Sebagai sebuah parti berdaftar yang bergerak dalam negara demokrasi, tentunya PAS menjunjung perlembagaan negara dengan cita cita merealisasikan Islam sebagai agama negara seperti yang termaktub dalam...
Peniaga santan terharu terima sumbangan
KUALA TERENGGANU – Seorang peniaga santan, Rozimah Abdullah, 47 tahun, dari Kg Gong Kekabu, Bukit Payung, tidak dapat menahan perasaan sebak apabila menerima sumbangan berharga melalui Program Komuniti Usahawan hari ini. Bantuan yang diterima dalam bentuk mesin proses santan, kereta tolak dan beberapa peralatan perniagaan lain diharapkan dapat memberikan dorongan baru untuk memperkasa perniagaannya yang dimulakan pada Mac 2024. Rozimah, yang...
Lombong REE : Kerajaan Negeri perkemas SOP elak pencerobohan haram
KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri sedang memperkemas prosedur operasi standard (SOP) bagi menangani kemungkinan kes kecurian sumber hutan dan pemburuan haram apabila perlombongan unsur nadir bumi (REE) di negeri ini bermula kelak. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Dato' Razali Idris berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan berlaku pencerobohan susulan adanya akses jalan ke lokasi perlombongan. "Ketika ini...
Sebat di Khalayak: Mufti Wilayah gesa semua pihak hormati Terengganu
KUALA TERENGGANU – Mufti Wilayah Persekutuan menggesa semua pihak agar menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu yang melaksanakan hukuman sebatan syariah di khalayak ramai terhadap pesalah khalwat berulang pada Jumaat lalu. Prof. Madya Datuk Dr. Luqman Abdullah menegaskan, orang ramai perlu berhati-hati sebelum memberikan pendapat kerana dikhuatiri mengandungi komentar tanpa asas terhadap pelaksanaan hukuman tersebut. Beliau berkata, pelaksanaan sebatan di bawah...
MBKT cadang wujudkan lampu isyarat pintar atasi kesesakan lalu lintas
KUALA TERENGGANU - Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bercadang untuk mewujudkan Lampu Isyarat pintar bagi mengawal kesesakan lalu lintas yang makin kerap berlaku pada akhir-akhir ini apabila Terengganu menjadi tumpuan ramai pelancong. Datuk Bandar, Dato' Rosli Latif berkata, untuk peringkat permulaan pihaknya bercadang untuk mewujudkan enam lampu isyarat dahulu. Ujarnya, lampu isyarat itu merupakan salah satu elemen dalam pelan tindakan menjadikan Kuala...
708 Kilogram sampah dikumpul di Pantai Tok Kita
KUALA TERENGGANU – Pantai Tok Kita di Chendering kini kembali bersih dan indah selepas Program Pembersihan Pantai Monsun. Program tersebut berjaya mengumpulkan sebanyak 708 kilogram sampah dan botol, hasil limpahan Monsun Timur Laut baru-baru ini. Pengerusi Geng Plastik Ija, Zulkifli Sarji, berkata program pembersihan pantai ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan pihaknya untuk memastikan keindahan pantai-pantai di Terengganu terpelihara. “Ini adalah program...
Banjir Pulih, Sebahagian Penduduk Mukim Tersat Pulang Ke Rumah
HULU TERENGGANU – Keadaan banjir di Mukim Tersat menunjukkan sedikit perubahan apabila sebahagian penduduk telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Namun, jalan ke Kampung Kemat masih ditutup kepada semua jenis kenderaan akibat limpahan air yang belum surut sepenuhnya. Menurut pihak berkuasa tempatan, beberapa penduduk di Kampung Kemat masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kampung Kemat kerana rumah mereka masih terjejas. Usaha...