Kampung Cina Street Sport Challenge dijadikan acara tahunan
KUALA TERENGGANU - Kampung Cina Street Sport Challenge akan dijadikan acara tahunan yang berpusat di Pulau Warisan bermula tahun ini. Berita gembira itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Hishamuddin Abdul Karim dalam ucapannya, semalam. Beliau yang mewakili Menteri Besar, Dato' Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar merasmikan kejohanan itu berbangga dengan penglibatan semua kaum yang...
Penyu Agar 60Kg Ditemui Terdampar
KUALA NERUS - Seekor penyu agar dianggarkan seberat 60 kilogram (kg) ditemui telah terdampar di Pantai Seberang Takir, di sini, semalam. Bangkai penyu yang hampir reput itu telah dijumpai oleh seorang peserta yang terlibat dalam program pembersihan pantai di Pantai Seberang Takir. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata tragedi itu membawa peringatan tentang pentingnya...
Setelah Setahun Surat Adendum Dipersoal, Hari Ini Pemimpin Umno Bicara Tentang Pertahan Kedaulatan Raja Raja Melayu
KENYATAAN MEDIA PAS PERAK Setelah Setahun Surat Adendum Dipersoal, Hari Ini Pemimpin Umno Bicara Tentang Pertahan Kedaulatan Raja Raja Melayu Merujuk kepada kenyataan Mohd Puad Zarkashi yang menyatakan UMNO menerima nasihat YDPA dan menyokong pembatalan perhimpunan solidariti Najib, terdapat beberapa perkara yang perlu dijelaskan: Kuasa dan Hak YDPA Adalah jelas bahawa pemberian pengampunan atau pengurangan hukuman adalah hak dan kuasa eksklusif Seri...
15 Tan Sampah Berjaya Dikumpulkan
KUALA NERUS - Sebanyak 15 tan sampah berjaya dikumpulkan dalam Program Bersih Pantai Monsun Terengganu yang dianjurkan oleh kerajaan negeri membabitkan Pantai Batu Buruk dan Pantai Seberang Takir. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, usaha melalui program yang dijalankan itu bermatlamat bagi mengembalikan keindahan pesisir pantai terbabit. "Ini bagi memastikan ia menjadi petunjuk...
BPIM Didik Rakyat Capai Kesempurnaan Solat
KUALA TERENGGANU - Bulan Penghayatan Israk Mikraj (BPIM) yang merupakan penjenamaan semula program Bulan Penghayatan Ibadat Solat (BPIS) bermatlamat untuk terus mendidik dan memotivasikan rakyat ke arah mencapai kesempurnaan mengerjakan rukun Islam kedua itu. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, BPIM juga bagi menyemarakkan kesedaran, kepekaan dan solidariti umat Islam terhadap tanah suci...
ADUN, Komuniti Kijal Bantu Warga Emas Diuji Strok
KEMAMAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Razali Idris bersama komuniti setempat berganding bahu membantu seorang warga emas, Yaacob Chik, 82, yang diuji dengan penyakit strok sejak tiga bulan lalu. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Payoh, Yahya Ismail berkata bantuan diberikan termasuk katil hospital boleh laras bagi memudahkan penjagaan harian beliau. Katanya, usaha tersebut turut melibatkan...
EPIC Berhad Menang Kontrak Utama Baharu daripada PETRONAS
KUALA TERENGGANU - Syarikat Berkaitan Negeri Terengganu, Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC Berhad), melalui anak syarikatnya EPIC OG Sdn Bhd (EOGSB), berjaya meraih kontrak selama lima tahun daripada PETRONAS Carigali Sdn Bhd (PETRONAS Carigali). Pegawai Eksekutif Kumpulan EPIC Berhad, Dr. Ts. Muhtar Suhaili berkata, kontrak tersebut melibatkan penyediaan perkhidmatan Penyelenggaraan, Pentauliahan, dan Pengubahsuaian (Maintenance, Commissioning, and Modification-MCM) dan Penyambungan...
PAS Dungun Komited Pelihara Keharmonian Masyarakat
DUNGUN – PAS Kawasan Dungun komited untuk memastikan keamanan dan keharmonian masyarakat terus terpelihara terutamanya yang melibatkan isu-isu berkaitan sensitiviti agama dan budaya. Ketua Penerangannya, Naraza Muda menegaskan kenyataan kontroversi Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang menuduh PAS, parti ajaran sesat. “Kenyataan yang ini boleh mencetuskan ketegangan seperti ini perlu diambil tindakan serius,” ujarnya. Beliau yang ditemui selepas membuat laporan...
MTD Telemong Prihatin Kebajikan Penduduk
HULU TERENGGANU – Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Telemong terus menunjukkan komitmen terhadap kebajikan rakyat dengan meninjau cadangan baik pulih sebuah rumah di Kampung Payang Kayu. Pengerusinya Encik Safari Abu, berkata, kunjungan ini bertujuan mengenal pasti keperluan baik pulih rumah bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat menjadi keutamaan pihaknya. “Rumah yang dikunjungi merupakan kediaman sebuah keluarga yang memerlukan perhatian segera...
Siasat Segera Nga Kor Ming
Oleh : Pyang Mamat KEMAMAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu melakukan siasatan segera diatas beberapa siri laporan polis yang telah dibuat terhadap Menteri di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) termasuk oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) Kawasan Kemaman. Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman, Haji Hanafiah Mat menyatakan bahawa tindakan dan keceluparan Nga Kor Ming itu bercanggah dengan ajaran Islam...