Jalan Pantai Kampung Tanjung, Batu Rakit ditutup sepenuhnya

KUALA NERUS - Jalan Pantai Kampung Tanjung, Batu Rakit di sini, ditutup sepenuhnya apabila laluan dari Batu Rakit menghala ke Mengabang Telipot runtuh akibat dibadai ombak, kira-kira 9 malam tadi. Laluan sepanjang kira-kira 50 meter (m) itu dikatakan runtuh selepas dibadai ombak besar setinggi 2.4 m serta angin kencang bermula 6 petang dan berlarutan sehingga awal pagi ini. Tinjauan pagi tadi...

Hakisan : Terpaksa punggah kedai elak bencana lebih teruk

KUALA NERUS - Enggan mengambil risiko kerugian, pemilik francais Kopi Payung Batu Rakit terpaksa memunggah sebahagian kedainya sebelum runtuh dibadai ombak. Muhd Rushdi Samsudin, 43, berkata dia terpaksa membuat keputusan tersebut apabila melihat situasi semakin memburuk sejak semalam. "Apa yang boleh kita selamatkan, saya bawa keluar barang-barang sejak semalam ekoran ombak yang sangat tinggi sampai cecah atap. "Pagi ni kita cabut atap...

Larian Lamag 2025 disertai lebih 200 peserta

Oleh: Fatiha Mohamad 13 Januari 2025 KINABATANGAN – Program Larian Lamag 2025 yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Kinabatangan menerima penyertaan lebih 200 peserta dari pelbagai golongan seperti veteran, lelaki dan wanita terbuka, serta peserta cilik dari Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Kinabatangan. Acara ini bertujuan untuk mempromosikan gaya hidup sihat sambil mengeratkan hubungan antara PAS dan masyarakat setempat. Program larian ini dimulakan...

Hakisan Pantai Batu Rakit kritikal, Kerajaan Terengganu salur bantuan RM80,000

KUALA NERUS – Kerajaan Negeri telah meluluskan bantuan segera bernilai RM80,000 untuk menangani masalah hakisan yang semakin parah di Pantai Batu Rakit, yang kini mengancam lebih enam buah rumah, jalan raya, serta kawasan perkuburan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail, berkata peruntukan tersebut akan digunakan untuk membina benteng batu bagi melindungi kawasan kritikal, termasuk sekitar rumah penduduk...

Polis pantau empat lokasi pantai , orang ramai dinasihatkan jauhi kawasan berisiko

KUALA NERUS - Seramai 22 petugas termasuk pegawai dan anggota polis dikerah untuk menjalankan pemantauan secara berkala di empat lokasi pantai yang menjadi tumpuan orang ramai berikutan fenomena ombak besar dan angin kencang. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, lokasi berkenaan adalah Pantai Tanjung, Pantai Mengabang Telipot dan Pantai Seberang Takir di Kuala Nerus serta...

14 tahun Penduduk Kampung Darat hidup tanpa elektrik

SETIU – Setelah 14 tahun hidup dalam kegelapan, keluarga Tumiran Munawar dan penduduk Kampung Darat, Batu Rakit akhirnya dapat menikmati kemudahan elektrik yang amat mereka dambakan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata, sebelum ini, Tumiran, 73, dan keluarganya terpaksa bergantung sepenuhnya kepada generator untuk meneruskan kehidupan seharian mereka sejak mereka mula menetap di kampung tersebut...

ADUN Kijal hulur bantuan segera kepada pesakit strok

KEMAMAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Razali Idris, menghulurkan bantuan segera kepada seorang pesakit strok, Mohd Adnan Ali dalam program Ziarah Kasih yang diadakan di Kampung Ibok, semalam. Razali berkata bantuan tersebut merangkumi sebuah katil khas bagi memudahkan penjagaan harian dan beberapa bantuan lain. "Dahulunya, Saudara Adnan merupakan usahawan yang dikenali seorang yang rajin bekerja demi mencari rezeki...

Nelayan, Penoreh getah terima bantuan bencana

Oleh: Muhammad Zulkifli Sulaiman KUALA NERUS, 12 Januari - Seramai 250 nelayan dan penoreh getah yang terjejas akibat monsun baru-baru ini menerima bantuan kewangan dan keperluan asas daripada kerajaan negeri. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim berkata, bantuan berkenaan diharap mampu meringankan beban golongan terbabit. "Pihak Kerajaan Negeri Terengganu sentiasa cakna terhadap kebajikan rakyat negeri ini dan menjadikan perkara...

Orang ramai dinasihatkan tidak hampiri kawasan pantai

KUALA TERENGGANU - Orang ramai dinasihatkan agar tidak menghampiri kawasan pantai ketika ini berikutan fenomena angin kencang yang sedang melanda perairan Terengganu. Pengarah Pejabat Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Terengganu, Rosli Zakaria menjelaskan fenomena tersebut dikhuatiri menyebabkan berlaku risiko pokok tumbang atau struktur binaan runtuh yang boleh mendatangkan kecederaan terhadap individu. "Kelajuan angin yang direkodkan di Kuala Terengganu ketika ini ialah sekitar 25...

JENTERA PAS WANGSA MAJU SEDIA HADAPI PRU16, LAKSANA CULA MEGA

WANGSA MAJU, 12 Januari 2025 – Jentera PAS Kawasan Wangsa Maju kini giat melaksanakan gerak kerja bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Dalam usaha memperkukuhkan sokongan dan mendekati pengundi, program Cula Mega dilancarkan di seluruh Parlimen Wangsa Maju, hari ini Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Bin Mohamed Daud, program ini bertujuan mengenal pasti kecenderungan...