Belia Terengganu disaran tubuh koperasi kembang kemahiran

KUALA TERENGGANU - Belia di negeri ini disaran supaya menubuhkan koperasi yang mampu memberi manfaat besar kepada golongan berkenaan. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi, dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Yusop Majid berkata, langkah tersebut bukan sahaja dapat mengembangkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang keusahawanan koperasi malah akan membantu anak-anak muda menimba berpengalaman dalam menguruskan perniagaan. “Inilah saat yang...

Tok Li sedia adakan pertemuan kali kedua dengan ‘buskers’

KEMAMAN - Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri, Datuk Razali Idris sedia untuk bertemu sekali lagi golongan pemuzik jalanan atau 'buskers' bagi mencari jalan serta penyelesaian terhadap segala perkara berbangkit untuk dimuktamadkan. Ujarnya, pelbagai pihak termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mahupun agensi-agensi pemegang taruh akan  dilibaatkan dalam sesi libat utus itu untuk mengadakan perbincangan. "Saya sebenarnya secara...

90 Tahanan Palestin bebas pada hari pertama genjatan senjata

Keluarga Palestin menunggu dengan cemas selama berjam-jam untuk pihak berkuasa Israel membebaskan 90 rakyat Palestin yang ditahan di penjara Israel selepas Hamas membebaskan tiga tawanan Israel yang ditahan di Gaza pada hari pertama perjanjian gencatan senjata. Penduduk Palestin di Gaza kembali ke rumah masing-masing dan menunggu penghantaran makanan dan bantuan perubatan yang amat diperlukan selepas tentera Israel akhirnya menamatkan pengeboman...

Kerjasama agensi empat negeri kukuh strategi penerangan

KUALA TERENGGANU – Kerjasama erat agensi penerangan parti dan kerajaan empat negeri (SG4) Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis, menjadi elemen utama dalam memperkukuhkan strategi empat buah negeri ditadbir PAS itu. Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Ustaz Husain Awang berkata, kejayaan menyampaikan maklumat yang tepat dan efektif kepada masyarakat bergantung kepada kerja berpasukan yang mantap. “Sebagai penggerak penerangan, kita harus bekerja dengan penuh...

𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗛-𝗕𝗡 ‘𝗕𝗨𝗧𝗔 𝗪𝗔𝗥𝗡𝗔’: 𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗭𝗔𝗛𝗜𝗗 𝗠𝗘𝗟𝗨𝗖𝗨𝗞𝗔𝗡

Dalam Program Permukiman Kementerian Kemajuan Dewa dan Wilayah(KKDW) semalam, Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi mengatakan “Kerajaan Madani ‘buta warna’ dalam melaksanakan program-program untuk memenuhi keperluan rakyat secara sama rata”. Mengeluarkan kenyataan yang melucukan sebegini menampakkan TPM masih belum beradaptasi sebaiknya dengan zaman dunia tanpa sempadan ini. Menurut Zahid, Negeri SG4 menerima peruntukan lebih besar daripada KKDW berbanding negeri-negeri yang dikuasai...

Az-Zahra, Muslimat PAS Perlis santuni masyarakat DUN Kayang

KANGAR, 19 Jan: Badan Amal Isteri Wakil-Wakil Rakyat Perikatan Nasional Perlis (Az Zahra) dengan kerjasama Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis dan Lajnah Kesihatan Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis turun padang menyantuni masyarakat di beberapa lokasi dalam DUN Kayang.

EPIC Berhad salur RM2.3 juta CSR bantu rakyat

KUALA TERENGGANU - Anak syarikat kerajaan negeri Terengganu, Eastern Pacific International Corporation (EPIC) Berhad, telah memperuntukkan RM2.3 juta bagi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pada tahun ini. Pengarah EPIC Berhad, Datuk Haji Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim berkata, program CSR akan menjadi simbol permuafakatan serta sokongan kepada usaha kerajaan negeri dalam menyalurkan pelbagai bentuk bantuan kepada komuniti setempat. “Sejak 2018 lagi,...

Provokasi bukan alasan pukul OKU – Exco Terengganu

KEMAMAN – Provokasi tidak boleh dijadikan alasan untuk bertindak kasar terhadap Orang Kurang Upaya (OKU), demikian ujar Exco Kerajaan Terengganu. Datuk Razali Idris yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal berkata, kejadian pada Jumaat lalu melibatkan seorang lelaki OKU mental dipukul oleh beberapa individu di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai boleh dielakkan jika semua bersabar. “OKU adalah golongan yang memerlukan sokongan dan...

Sang penyu waspada sengat ikan merah

KUALA NERUS - Melupakan kekalahan semalam, Terengganu FC mula memberi tumpuan sepenuhnya kepada Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee musim 2024-2025 dan mempersiapkan pasukan bagi melayan kunjungan pendahulu Kumpulan A, PSM Makassar FC, pada perlawanan keempat kumpulan, Rabu ini. Pengendali pasukan, Badrul Afzan Razali berkata tumpuannya terarah kepada usaha Sang Penyu untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya dalam saingan kelab-kelab di Asia...

Tok Li pimpin inisiatif bersama NADMA tangani hakisan pantai Kijal

KEMAMAN – Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri, Datuk Razali Idris mengumumkan cadangan untuk memohon bantuan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi melindungi Pantai Kijal daripada hakisan yang semakin serius. Razali mencadangkan agar satu pelan jangka pendek dan jangka panjang dirangka untuk memastikan pantai ini kekal terpelihara dan selamat untuk masa depan. Katanya, perubahan iklim yang...