PASTI catat Malaysia Book of Records dengan Penyertaan Hafazan Teramai
Oleh : HABSAH ALI INDERA MAHKOTA, 21 Jan – Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) mencipta sejarah apabila berjaya memecahkan Malaysia Book of Records melalui penyertaan sesi hafazan teramai di peringkat prasekolah, melibatkan seramai 121,180 kanak-kanak. Pencapaian ini dimaklumkan oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, YB Ustaz Mohd Hafez Sabri, ketika merasmikan Majlis Anugerah Prestasi PASTI Negeri Pahang Tahun 2024 yang berlangsung...
Muafakat wakil rakyat, komuniti selamatkan banglo biru
KUALA NERUS - Gandingan wakil rakyat dan penduduk di Batu Rakit yang berpadu tenaga menghadapi hakisan berjaya menyelamatkan beberapa buah rumah termasuk sebuah banglo biru yang hampir runtuh ditelan ombak. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan & NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, gotong-royong menahan ombak dilakukan bersama penduduk termasuk seorang usahawan jentera 'excavator' dan lori-lori tanah. Katanya, dua individu yang dikenali...
Insiden pukul OKU: Paijang stabil di Pusat Psikiatri
KUALA TERENGGANU - Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, 47, atau lebih mesra disapa Paijang, mangsa insiden pukul di Pasar Tani Padang Astaka, Kemaman, kini dilaporkan dalam keadaan stabil. Lelaki orang kurang upaya (OKU) kategori mental ini sedang dirawat di Klinik Pakar Psikiatri Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Maliaman Kassim menyifatkan...
Empat import, ‘Gear’ baru TSG 2025
KUALA TERENGGANU - Dalam usaha mencapai kejayaan lebih cemerlang musim ini, Terengganu Cycling Team (TSG) menambah sengat dengan kehadiran empat pelumba import baru. Juara GC Tour of Thailand dan GC Tour of Sharjah UAE 2024, Adne Willemjan Van Engelen dari Belanda yang sebelum ini bertanding mewakili Roojai Insurance (CT) tampil bersama TSG musim ini. Selain itu, pelumba kelahiran Kazakhtan, Vadim Denisovich...
APABILA DAP CAMPUR URUSAN ISLAM
Minda Presiden PAS APABILA DAP CAMPUR URUSAN ISLAM Jika ingin diterima secara positif, ini menunjukkan bahawa DAP juga membaca berkenaan Islam, termasuk membaca sejarahnya yang sangat dialu-alukan. Namun demikian, pembacaan itu mestilah dilakukan secara jujur dan ikhlas, dengan niat ingin mencari kebenaran dan kebaikan. Bukannya mencari keburukan tanpa hujah yang benar dan mendalam. Hendaklah dibaca keseluruhan ajaran Islam yang tidak sama dengan...
Insiden rusuhan bukan imej rakyat Terengganu – Maliaman
KUALA TERENGGANU - Insiden lelaki orang kurang upaya (OKU) mental dipukul di Kemaman baru-baru ini terus mencetuskan kontroversi di seluruh negara. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu, Maliaman Kassim, tampil mempertahankan imej rakyat Terengganu sambil menzahirkan rasa kecewanya terhadap insiden yang tular itu. "Saya amat sedih dengan apa yang berlaku, peristiwa ini langsung tidak mencerminkan imej...
Pukul OKU : ‘Lelaki Berbaju Hijau Adalah Saya’ – Exco Bidas Fitnah Jijik
KUALA TERENGGANU – “Lelaki berbaju hijau itu adalah saya,” tegas Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Razali Idris dalam satu kenyataan kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman bagi menafikan fitnah yang disebarkan di media sosial. Fitnah tersebut, menurut beliau, telah dimainkan oleh individu-individu yang dipercayai sebagai 'askar upahan maya' yang mempunyai agenda politik tertentu. Razali, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam...
“Serahkan kepada pihak polis menjalankan siasatan” – EXCO Terengganu
KEMAMAN - Serahkan kepada pihak polis menjalankan siasatan dan mahkamah mengadili dengan sebaik-baiknya, demikian ujar EXCO Kerajaan Terengganu. Hanafiah Mat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai mengharapkan kejadian seperti Jumaat lalu melibatkan seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dipukul oleh beberapa individu di Pasar Tani Padang Astaka, Cukai tidak akan berulang lagi. "Mereka yang ada ahli keluarga mempunyai masalah mental perlulah memberikan perhatian dan menjaganya...
Jangan politikkan isu pukul OKU mental – Hanafiah
KUALA TERENGGANU - Orang ramai tidak perlu mempolitikkan kes pukul membabitkan seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) mental di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, pada Jumaat lepas. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat berkata, ia adalah kisah kehidupan rakyat yang perlu diselesaikan bersama. “Kes ini telah diserahkan kepada pihak polis, biar pihak polis menilai keadaan dan mengambil tindakan. “Saya menyeru...
MBKT perkenal permit khas pemuzik jalanan
KUALA TERENGGANU – Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mengambil inisiatif memperkenalkan permit sebanyak RM200 setahun untuk pemuzik jalanan (buskers) bagi mengawal selia persembahan mereka di tempat awam. Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Rosli Latif berkata, ia termasuk mengeluarkan garis panduan kepada semua seniman jalanan membabitkan masa dan lokasi persembahan. “Terdapat kaedah dalam perkara 20 klausa enakmen hiburan negeri, kami boleh membenarkan mereka...