Fitnah pukul OKU : ‘Kalau nak jawab di hadapan tuhan, silakan’
DUNGUN – "Kalau nak jawab di hadapan Tuhan, silakan," itu antara respon Menteri Besar Terengganu ketika diminta mengulas mengenai penyebaran fitnah oleh pihak tertentu yang cuba mengaitkan Kerajaan Terengganu dan PAS dengan insiden kekasaran terhadap Orang Kurang Upaya (OKU) di Kemaman baru-baru ini. Dato' Seri Ir. Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata segala fakta perlu diteliti sebaik mungkin dan bukan membuat tuduhan...
Terengganu tubuh Akademi Al-Quran
DUNGUN - Kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dalam perancangan untuk menubuhkan Akademi Al-Quran yang bakal menjadi mercu tanda dalam memartabatkan syiar Islam secara konsisten. Menteri Besar, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, akademi itu ditubuhkan sebagai inisiatif menjadikan pendidikan berasakan al-Quran sebagai fokus utama agar dapat dihayati dengan baik. "Akademi ini bertujuan untuk memberikan pendekatan yang lebih...
Wakil OKU kecewa tindakan pukul OKU
KUALA NERUS – Persatuan OKU Seberang Takir kecewa dengan peristiwa yang berlaku di Kemaman baru-baru ini apabila seorang insan OKU yang telah diperlakukan dengan tidak wajar oleh sekumpulan individu di Pasar Tani Padang Astaka di Kemaman pada Jumaat lalu. Biro Media dan Belia Pusat Sumber PERTIS, Anis Sakinah Abdul Aziz berkata, beliau terkilan apabila mendengar peristiwa yang tular berlaku melibatkan...
Gloden Pharos ambil langkah proaktif tangani krisis kelapa
KUALA TERENGGANU - Dalam usaha menangani krisi kekurangan bekalan kelapa, anak syarikat kerajaan negeri, Golden Pharos Bhd (GPB) telah mengambil langkah proaktif dengan mengimport bahan mentah itu dari Indonesia untuk pasaran tempatan. Ketua Pegawai Eksekutif GPB, Mohd Roslan Mamat berkata, bekalan kelapa tua kira-kira 30,000 biji atau 30 tan diterima daripada pembekal utama itu, Selasa lalu. Katanya, bekalan itu akan diedarkan kepada beberapa pemborong...
Exco Terengganu lapor polis fitnah burukkan imej kerajaan dan rakyat
KEMAMAN - Exco Pelancongan Terengganu, Datuk Razali Idris membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman, pagi ini bagi menafikan tuduhan yang tular di media sosial mengaitkan beliau sebagai salah seorang individu yang memukul orang kurang upaya (OKU) di Pasar Tani Kemaman, baru-baru ini. Beliau yang menyifatkan itu adalah fitnah terhadap dirinya, mengambil tindakan tersebut bagi memastikan tidak ada...
Anak Syarikat Terengganu lakar sejarah, raih pendapatan tertinggi
KUALA TERENGGANU – Anak Syarikat Kerajaan Terengganu, Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC Berhad) berjaya melakar rekod baharu dalam sejarah syarikat selepas meraih pendapatan berjumlah RM404 juta. Keuntungan bersih selepas cukai juga melonjak kepada RM28 juta, lebih tiga kali ganda berbanding tahun sebelumnya. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPIC Berhad, Dr. Ts. Muhtar Suhaili, menyifatkan kejayaan tersebut sebagai hasil kerja keras semua...
GPQ berjaya dapatkan kontrak projek mega pembangunan Quran Village di Putrajaya
KUALA TERENGGANU – Anak syarikat Terengganu Inc, GPQ Sdn. Bhd telah dianugerahkan kontrak projek mega pembangunan Quran Village di Presint 14, Putrajaya. Ketua Pegawai Eksekutif GPQ Sdn Bhd, Noor Mohd Suhaimie Ismail berkata, ia melibatkan pembinaan masjid kariah dan pelbagai infrastruktur dengan nilai kontrak sebanyak RM 78.38 juta di kawasan seluas tujuh ekar. "Quran Village merupakan projek milik Perbadanan Putrajaya yang...
Pendekatan Syariat Berperingkat : Kejayaan Pentadbiran Islam Negeri
KUALA TERENGGANU – Pentadbiran Islam di peringkat negeri telah menunjukkan kejayaan besar dalam melaksanakan prinsip syariat secara berperingkat, dengan fokus kepada pentadbiran bersih, adil, dan berkebajikan. Presiden PAS, Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata, pendekatan ini berjaya menarik sokongan rakyat dan meningkatkan kepercayaan terhadap sistem pentadbiran Islam yang berintegriti. “Tunaikan kewajipan yang ada di bawah bidang...
Peranan Wanita Menentukan Hala Tuju Negara
TEMERLOH – Islam memberi ruang kepada wanita, bukan sahaja hak dirinya tetapi juga hak bernengara, oleh itu mereka juga berperanan menentukan hala tuju negara. Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dalam konteks politik, undi lelaki dan perempuan sama tiada beza. “Apa yang penting pada keseluruhan, kena balik kepada Islam, kena balik kepada agama. wanita perlu memperkukuhkan aqidah,...
Isu penjualan arak: Hormat hak umaat Islam dan peraturan sedai ada
KENYATAAN MEDIA PAS PERAK ISU PENJUALAN ARAK : HORMATI HAK UMMAT ISLAM DAN PERATURAN SEDIA ADA. PAS Perak menyokong kawalan penjualan arak di premis awam seperti kedai runcit dan serbaneka di kawasan majoriti penganut Islam di Perak. Arak adalah dilarang dan di tegah kepada ummat islam demi menjaga kemuliaan akal manusia. Malaysia sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama negara...