PBB Gesa Sokongan Global Lebih Besar Untuk Rakyat Syria Pulang

Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian, Filippo Grandi pada hari Isnin menyeru masyarakat antarabangsa untuk meningkatkan bantuan kepada rakyat Syria yang kembali ke tanah air, memberi amaran bahawa perubahan politik baru-baru ini tidak mengurangkan krisis kemanusiaan yang mendalam. Mengakhiri lawatan ke Syria, Grandi menekankan kepulangan lebih 500,000 pelarian sejak September lalu, termasuk 200,000 berikutan kejatuhan kerajaan Assad pada Disember...

Pendidik dan pendakwah Ustaz Khazizi kembali ke rahmatullah

KUANTAN, 31 Jan – Seorang pendidik dan pendakwah yang aktif di sekitar Kuantan dan Pekan, Ustaz Khazizi Ahmad, telah meninggal dunia pada Selasa di Hospital UIA di sini. Menurut anaknya Ustaz Mohd Anuar Khazizi, bapanya sebelum ini berada dalam kesihatan yang baik, namun pada hari kematiannya telah mendapat serangan jantung (Cardiac Arrest) dengan tiba-tiba. Ahli Dewan Negeri Panching, Ustaz Mohd Tarmizi...

Dewan Muslimat PAS Pahang fokus pemerkasaan kepimpinan muslimat

Oleh : HABSAH ALI Temerloh, 28 Jan – Dewan Muslimat PAS seluruh Negeri Pahang diseru agar lebih memfokuskan program pemerkasaan muslimat bagi melatih dan menyediakan tenaga muslimat untuk menerajui kepimpinan di pelbagai peringkat. Begitulah antara ucapan Ahli Parlimen Temerloh YB Salamiah Mohd Nor, semasa merasmikan Program Jaulah Pemerkasaan Organisasi anjuran Lajnah Pemerkasaan Parti Dewan Musliamat PAS Negeri Pahang di sini kelmarin. "Muslimat...

Tahun Melawat 2027 : Transformasi pelancongan jadi keutamaan

KUALA TERENGGANU - Dengan keindahan semula jadi yang memukau dan kekayaan warisan budaya, Terengganu kini giat merancang strategi pelancongan mampan menjelang Tahun Melawat Terengganu 2027. Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Nara Setia, berkata kerajaan negeri menyokong penuh inisiatif Tahun Melawat Malaysia 2026 dan melihatnya sebagai batu loncatan untuk mempromosikan Terengganu ke peringkat antarabangsa. "Kami bercadang untuk menjadikan Tahun Melawat Terengganu 2027 lebih...

Terengganu catat pelaburan RM3.178 bilion pada 2024

KUALA TERENGGANU - Terengganu mencatatkan kejayaan besar apabila menerima pelaburan sebanyak RM3.178 bilion pada tahun 2024, yang bukan sahaja mengukuhkan kedudukan negeri ini sebagai destinasi pelaburan berdaya saing tetapi juga membuka 2,356 peluang pekerjaan baharu untuk rakyatnya. Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Nara Setia, menyifatkan pencapaian ini sebagai bukti keyakinan pelabur terhadap potensi ekonomi Terengganu. "Pelaburan yang diterima adalah hasil usaha gigih...

Jangan lampias kemarahan di jalan raya

KUALA TERENGGANU - Pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa memastikan kesihatan diri dalam keadaan tertinggi dan menguruskan tekanan dengan baik sepanjang memandu dan menunggang kenderaan. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Maliaman Kassim berharap, semua pengguna jalan raya akan menggunakannya secara berhemah dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). "Apatah lagi sekarang kenderaan...

Contohi pendekatan Dana Amanah, Sarawak pimpin pelihara tanah melayu

KUALA TERENGGANU – Cadangan penubuhan dana amanah oleh YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr. Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, dilihat sebagai langkah proaktif dalam usaha memelihara pemilikan tanah milik orang Melayu, terutama di kawasan bandar. Ahli Parlimen, Ahmad Amzad, menyatakan bahawa cadangan ini selari dengan resolusi yang pernah dibincangkan dalam Perundingan Meja Bulat Lajnah Tanah...

Kempen keselamatan kebakaran tingkat kesedaran rakyat

KUALA TERENGGANU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu telah mengadakan satu Kempen Keselamatan Kebakaran bersempena perayaan Tahun Baru Cina bertempat di Key Tronic Corporation (KTCC) Mall hari ini. Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu, YS PPjB Nor Mahathir Muhamad berkata, tujuan kempen itu dilancarkan adalah untuk meningkatkan tahap keselamatan masyarakat terutamanya sempena musim perayaan ini. “Saya percaya...

600 helai ‘Baju-T percuma untuk Geng Subuh Macam Jumaat 2.0 DUN Bandar

Oleh : Haida Al-Ayyash KUALA TERENGGANU - Sebanyak 600 helai t-shirt akan diberikan secara percuma kepada peserta program Geng Subuh Macam Jumaat 2.0 peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar yang bakal diadakan di Masjid Abidin, esok. Pengarah Program Subuh Macam Jumaat 2.0, Syed Abdrahman Syed Hasan berkata, daripada jumlah itu, 100 helai dikhaskan untuk muslimah yang turut sama mengimarahkan masjid melalui...

Bukan Melayu Terengganu tak terpinggir

KUALA NERUS – Kerajaan Negeri Terengganu terus mempelbagaikan program melibatkan masyarakat bukan Melayu Islam bagi memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian kaum di negeri terbabit. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, pihaknya tidak ketinggalan menganjurkan aktiviti ziarah komuniti Tionghua di Kampung Pulai Baharu, Tepoh bagi mengukuhkan perpaduan antara kaum. Katanya, program agihan limau Mandarin yang dijalankan petang semalam itu menjadi simbolik hubungan erat...