Pembangunan Tasik Kenyir tidak terhenti walau KETENGAH enggan bekerjasama
KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri Terengganu tetap komited meneruskan pembangunan Tasik Kenyir walaupun tanpa sokongan KETENGAH, yang sehingga kini enggan bekerjasama dalam usaha memajukan destinasi pelancongan berkenaan. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri, Datuk Razali Idris, berkata bahawa keengganan KETENGAH untuk berbincang dan menjalinkan kerjasama telah menyekat potensi penuh Tasik Kenyir sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia. Menurutnya,...
Terengganu bukan negeri kebajikan tetapi berkebajikan
KUALA TERENGGANU – Konsep negeri berkebajikan terus diperjuangkan di Terengganu dengan penekanan bahawa bantuan kepada golongan memerlukan adalah tanggungjawab bersama antara kerajaan dan masyarakat. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Maliaman Kassim berkata, rakyat perlu memahami bahawa Terengganu bukanlah sebuah 'negeri kebajikan' di mana segala keperluan hanya bergantung kepada kerajaan semata-mata, sebaliknya sebuah negeri 'berkebajikan' yang...
MBKT sedia tiga tapak perkampungan moreh sempena Ramadan
KUALA TERENGGANU - Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan menyediakan tiga perkampungan moreh sepanjang Ramadan tahun ini. Datuk Bandar MBKT, Datuk Rosli Latif berkata, lokasi yang ditetapkan adalah kawasan tempat letak kereta di Jalan Persinggahan, tapak Payang Walk dan di Pulau Warisan. Menurut Rosli, perkampungan moreh berkenaan akan dikendalikan Persatuan Peniaga dan Penjaja atau Pertubuhan Kebajikan. "Kita menyediakan perkampungan moreh yang mengetengahkan...
JELAJAH KEPALA BATAS SEJAHTERA
Kepala Batas, Pulau Pinang. 3 Februari 2025 Jelajah Kepala Batas Sejahtera bertempat di cawangan Permatang Keriang, Penaga semalam mendapat sambutan luar jangkaan. Dalam majlis tersebut, sebanyak 29 sijil baharu keahlian PAS telah diserahkan kepada beberapa ahli baru, serta yang selebihnya diserahkan kepada Ketua PAS Cawangan Permatang Keriang, En Ridwan Osman (bagi pihak mereka yang tidak dapat hadir). Apa yang menarik, hampir semua ahli...
WALIMAH PERDANA PERMATANG PAUH
Permatang Pauh, Pulau Pinang 2 Februari 2025 PAS Kawasan Permatang Pauh dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Permatang Pauh Dan Dun Permatang Pasir buat pertama kali menganjurkan program Walimah Perdana 1.0 dengan jayanya.Seramai tiga pasangan pengantin diraikan dengan kehadiran seramai dua ribu tetamu jemputan Majlis berlangsung di Dewan Mahad Dakwah Al Islamiah Padang Menora Yang Di Pertua PAS Permatang Pauh merakamkan ucapan tahniah kepada...
PAS Ajil kehilangan tokoh lama
Oleh : Azhar Yusof HULU TERENGGANU – Ahli dan penyokong PAS dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil menerima berita duka dan merasai kehilangan besar selepas pemergian seorang tokoh lama parti yang banyak berjasa kepada masyarakat setempat. Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Ajil, YB Ustaz Maliaman Kassim berkata, Allahyarham Saad Mamat merupakan seorang orang lama yang telah bersama PAS selama beberapa...
Pemuda susun organisasi perkemas jentera
KUALA TERENGGANU – Dewan Pemudah PAS Negeri Terengganu (DPPNT) menyusun organisasi dan memperkemaskan jentera bagi memastikan sayap kanan parti itu bersiap awal, menghadapi pilihan raya umum ke-16. Ketua DPPNT, Ustaz Mohd Harun Esa berkata, langkah proaktif itu bukan sahaja dapat dilaksanakan dengan baik bahkan mendapat sambutan menggalakkan. “Saya bersyukur kerana anak muda Terengganu khususnya terus memberi komitmen dan sokongan kepada gerak...
Kerajaan Persekutuan digesa naikkan harga lantai padi, lindung pengilang bumiputera
KUALA TERENGGANU – Kerajaan pusat khususnya Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) perlu mengambil langkah segera bagi melindungi kepentingan pengilang padi bumiputera berikutan tekanan lonjakan harga belian padi yang tinggi di sebalik harga beras masih rendah. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Terengganu, Dr Azman Ibrahim mencadangkan supaya harga lantai belian padi dinaikkan seiring dengan peningkatan kos...
RMK13 : Peluang Terengganu jangkau pasaran ASEAN
KUALA TERENGGANU - Terengganu kini bersiap sedia untuk mengharungi revolusi ekonomi melalui pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), yang bukan sahaja menawarkan peluang baru bagi negeri ini, tetapi juga membuka pintu kepada pasaran ASEAN yang besar, dengan lebih 700 juta penduduk. Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Dato’ Nor Azmie Diron, menegaskan bahawa Terengganu perlu melangkah lebih jauh daripada pasaran domestik. "Kita tidak boleh...
Kerajaan negeri cadang bina litar permotoran di Kemaman, alukan pelabur
KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu dalam perancangan untuk membangunkan sebuah litar permotoran baru di Kemaman. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, walaupun perancangan itu masih dalam peringkat awal, kos pembinaan fasiliti yang tinggi menjadi cabaran utama dalam merealisasikan projek tersebut. "Sebenarnya, jangkaan kita (kerajaan negeri) untuk perancangan dalam masa panjang yang kita ada buat masa ini adalah litar permotoran baru. "Tanah pun...