Jelajah Munaqasyah Ucaptama DMPM Perkukuh Peranan Mujahidah Siber di Sarawak
KUCHING, 1 Nov 2025 – Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak (DMPNS) telah menganjurkan Program Jelajah Munaqasyah Ucaptama Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) bertempat di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Sarawak semalam, dengan kehadiran pimpinan pusat dan negeri bagi memperkukuh hala tuju gerak kerja Muslimat di Bumi Kenyalang. Program ini diadakan bertujuan untuk menyampaikan amanat dan penjelasan rasmi pimpinan pusat kepada...
PERMUKIMAN LAJNAH DAKWAH & PERPADUAN NASIONAL WP PERKUKUH STRATEGI GERAK KERJA DAKWAH
Oleh :- Muhammad Abdul Fateh Kuala Lumpur, 1 November 2025 – Lajnah Dakwah dan Perpaduan Nasional PAS Wilayah Persekutuan telah mengadakan Permukiman Lajnah Dakwah & Perpaduan Nasional bertempat di Dewan Taming Sari, Hotel Democris, bagi memperkukuh penyelarasan dan hala tuju dakwah di seluruh kawasan dan dewan di bawah PAS Wilayah Persekutuan. Program ini menghimpunkan seramai 12 orang wakil dari setiap kawasan...
‘Tak Bayar Royalti Kelantan, Terengganu Tapi Beri Berbilion Kepada Amerika’ – Hassan
KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, menempelak tindakan kerajaan Persekutuan yang disifatkannya sebagai tidak adil apabila masih gagal menyelesaikan isu pembayaran royalti minyak kepada negeri seperti Kelantan dan Terengganu, namun dalam masa sama menandatangani perjanjian gas asli cecair (LNG) berskala besar dengan Amerika Syarikat (AS). Menurut Hassan, langkah itu menunjukkan kerajaan lebih mengutamakan kepentingan kuasa asing...
UAI Terima Anugerah Tokoh Murabbi Anak Muda
KUALA NERUS - Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus telah dianugerahkan Tokoh Murabbi Anak Muda di Himpunan Malam Palestin Bahu Untuk Gaza bersempena program Himpunan Belia Terengganu (HEBAT)2.0, baru-baru ini. Anugerah itu telah disampaikan oleh, Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ir. Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada majlis berkenaan yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim. Daie...
Terengganu, Bandung Barat Jalin Kerjasama Perkukuh Peranan DUN
BANDUNG BARAT - Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu telah mengadakan lawatan rasmi ke Pejabat Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Bandung Barat, untuk menjalinkan kerjasama strategik bagi memperkukuh peranan dewan sebagai wadah semak imbang dan suara rakyat. Yang Dipertua DUN Terengganu, Dato' Mohd Nor Hamzah berkata, rombongan dari Terengganu telah disambut penuh mesra oleh DPRD Bandung Barat, H.Muhammad Mahdi (S.Pd)...
Al-Quran Benteng Umat Hadapi Cabaran Zaman – Ahmad Samsuri
SETIU - Umat Islam diseru menjadikan al-Quran sebagai benteng utama dalam menghadapi pelbagai cabaran dunia moden yang semakin mencabar nilai dan akhlak masyarakat masa kini. Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata penghayatan terhadap al-Quran bukan sahaja memperkukuh keimanan, malah menjadi panduan dalam membina disiplin serta ketakwaan bagi setiap lapisan masyarakat. "Melalui program seperti ini, warisan ilmu...
Perubahan Alam Sekitar Punca Sungai Tohor, Banjir Luar Biasa di Pedalaman Terengganu
KUALA TERENGGANU – Perubahan muka bumi menjadi antara faktor utama yang menyebabkan sungai di negeri ini menjadi tohor dan mudah melimpah, sekali gus mengundang kejadian banjir luar biasa setiap kali musim tengkujuh. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu, Mohd Zawawi Ismail, menegaskan fenomena hujan yang tidak menentu sejak kebelakangan ini menjadikan keadaan semakin membimbangkan walaupun...
MPD Terima Anugerah Smart City Malaysia 2025
PUTRAJAYA – Pengiktirafan Anugerah Smart City Malaysia 2025 kepada Majlis Perbandaran Dungun (MPD) bagi kategori Smart City Early Adopted (Tahap 1), membuktikan komitmen daerah berkenaan ke arah bandar pintar dan mampan. Penyampaian anugerah tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Amar Fadillah Yusof, sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Peringkat Kebangsaan, Kongres Perancangan Kebangsaan (NPC) dan MyCity...
Terengganu Terus Perkasa Calon Peperiksaan Melalui Bantuan One-Off
KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri Terengganu terus menunjukkan komitmen dalam memperkasa pendidikan rakyat melalui penganjuran Majlis Penyampaian Bantuan One-Off kepada Calon Peperiksaan Awam Negeri Terengganu Tahun 2025 peringkat Daerah Kuala Terengganu yang berlangsung di Dewan Anggerik, Terengganu Equestrian Resort, semalam. Seramai 3,882 calon peperiksaan awam daripada 23 buah sekolah menengah menerima bantuan sebanyak RM100 seorang, melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM388,200. Bantuan tersebut...
LAWATAN DONALD TRUMP BERI SYARAT: DEWAN ULAMA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN TEGAS PERTAHAN MARUAH UMAT DAN PALESTIN
Dewan Ulama PAS Wilayah Persekutuan memandang serius lawatan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, ke Malaysia pada ketika dunia masih bergelut dengan krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Palestin. Sebagai individu yang menyokong rejim Zionis Israel secara terbuka, kehadiran beliau ke Malaysia jelas menimbulkan keresahan dan kebimbangan dalam kalangan umat Islam di negara ini. Dunia ketika ini masih menyaksikan kekejaman tanpa...










