Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kuala Langat
Oleh : Lajnah Penerangan PAS Kawasan Kuala Langat
Tular di media sosial seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Pakatan Harapan-DAP Negeri Selangor mengherdik dan menghina penjawat awam.
Tindakan ini tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang pemimpin masyarakat. Namun ia bukanlah satu perkara yang pelik kerana ini bukan kali pertama pemimpin Pakatan Harapan-DAP bertindak sedemikian.
Tidak salah untuk memberikan teguran namun mestilah dengan cara yang lebih baik tanpa mengeluarkan kata-kata yang kesat. Berjawatan tinggi bukanlah lesen untuk mengherdik dan memperbodohkan orang lain yang lebih rendah daripada kamu di khalayak ramai.
Ingat! Jawatan yang kamu ada hanya sementara, suatu hari nanti pasti kamu akan berada di bawah juga.
Penjawat awam telah banyak mengorbankan masa dan tenaga mereka untuk memberikan yang terbaik kepada kepentingan orang awam. Mereka bertugas tanpa melihat siapakah yang memerintah negara, yang penting tugasan mereka dapat disiapkan untuk memudahkan urusan orang awam.
Meskipun permohonan maaf telah dibuat, kejadian tersebut pastinya mengguris perasaan ramai penjawat awam.
PAS Kawasan Kuala Langat berasa kesal dengan tindakan yang dilakukan oleh ADUN DAP tersebut dan berharap ianya tidak berulang kembali pada masa akan datang terutama dalam kalangan pemimpin masyarakat.
Pemimpin masyarakat yang biadap beginikah yang kita harapkan untuk membawa kebaikan kepada kita?
Maaf!! Anda tidak layak jadi pemimpin.
27 Oktober 2021 | 20 Rabiul Awal 1444H
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor