Home Berita PAS Terengganu

Hina Nabi Muhammad : Pemuda Terengganu Kecam Ahli politik India

151
SHARE

KENYATAAN MEDIA PEMUDA PAS TERENGGANU

PEMUDA PAS TERENGGANU MENGECAM KERAS PENGHINAAN NABI MUHAMMAD SAW OLEH AHLI POLITIK INDIA

1. Pemuda PAS Terengganu menzahirkan kemarahan berkenaan penghinaan yang dilakukan dua ahli politik India terhadap junjungan agung Nabi Muhammad saw.

2. Pemuda PAS Terengganu mengutuk keras kenyataan yang menghina Nabi Muhammad saw itu yang telah menimbulkan provokasi untuk membangkitkan amarah umat Islam.

3. Pemuda PAS Terengganu menyokong penuh Tindakan Kementerian Luar Negeri Malaysia yang memanggil Tuan Yang Terutama Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia bagi menyangkal sepenuhnya kenyataan ahli politik India tersebut.

4. Pemuda PAS Terengganu juga bersoladariti bersama Kerajaan Malaysia yang mengalu-alukan keputusan parti pemerintah India untuk menggantung ahli politik terbabit berikutan kenyataan provokasi mereka yang telah menimbulkan kemarahan umat Islam.

5. Pemuda PAS Terengganu juga menyokong penuh usaha Kerajaan Malaysia menyeru India untuk bekerjasama dalam menamatkan trauma ‘Islamofobia’ dan menghentikan sebarang tindakan provokasi demi kemamanan dan kestabilan sejagat.

6. Pemuda PAS Terengganu akan terus bersoladariti bagi memastikan Islam tidak dihina dan tidak terhina dalam negara mahupun luar negara.

MOHD HARUN ESA
Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu