Home Berita PAS Selangor

Hina institusi raja : Iswardy Morni dah kena, Najwan Halimi bila lagi? – Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor

578
SHARE

May be an image of ‎3 people, people sitting and ‎text that says "‎f ustazsukriomar ustazsukriomar sukriomar www.sukriomar.com ISWARDY MORNI & YB NAJWAN HALIMI WAJIB DIKENAKAN TINDAKAN TEGAS OLEH PDRM DIATAS PENGHINAAN KEATAS TUANKU PERMAISURI AGONG! Ustaz Mohamed Sukri Omar (Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor) USO أستَاذشكري #MEMIMPIN NECARA PemudaPAS Ustaz Sukri Omar سارا‎"‎‎

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi

Telok Panglima Garang, Kuala Langat | Negara digemparkan dengan keceluparan pimpinan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempersenda dan menghina Institusi Raja. Dalam kesusahan dan keperitan rakyat dan negara sedang berdepan dengan pandemik COVID-19, pemimpin PKR ini sengaja menjolok “sarang tebuan”.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor Ustaz Mohamed Sukri Omar ketika dihubungi menzahirkan perasaan marah di atas penghinaan ini. Kedua-dua mereka yang menghina itu dari parti PKR dan mereka menghina KDYMM Tuanku Permaisuri Agong. Penghinaan ini suatu yang sangat biadap dan perlu tindakan tegas terhadap mereka.

“Apakah ada perancangan khusus untuk menjatuhkan Raja-Raja Melayu dengan mula menanamkan persepsi kotor? Perkataan yang digunakan oleh YB Nazwan Halimi “qu’il mangent de la brioche” atau “let them eat cake” merupakan detik permulaan revolusi Perancis sehingga membunuh raja dan keluarganya.

“Apakah ini sebahagian gerak kerja mewujudkan negara Republik? Pertahankan Institusi Raja Berperlembagaan di negara kita. Raja adalah payung rakyat. Kekacauan yang ditimbulkan mereka hanya mahu melihat negara huru hara bagi memenuhi serakah politik yang tidak mempedulikan keadaan rakyat”, jelas beliau lagi.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor itu mengharapkan agar tindakan tegas dari pihak PDRM. Mereka berdua wajar meringkuk dipenjara kerana mula mencetuskan hura hara!

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor