Home Berita PAS Selangor

Hina Agong : jika Iswardy, Fitri, Najwan tinggal di Thailand – Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Selangor

270
SHARE

May be an image of 1 person and text that says "Harakahdaíh Benar nklusif Hina Agong: Jika swardy, Fitri, Najwan tinggal di Thailand... May 31, 2021 f"

Ruangan Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Selangor Prof Madya Dr Fuad Salleh | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Prof Madya Dr Fuad Salleh
Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Selangor

Artikel | Tindakan tegas perlu diambil kepada mana-mana pihak yang melakukan penghinaan terhadap Institusi Raja Berpelembagaan Malaysia, termasuk meminda akta-akta berkaitan.

Perbuatan menghina Raja dan Sultan semakin menjadi-jadi sejak tiga tahun kebelakangan ini. Sebelum ini ada individu yang menggunakan nama Fitri Affan Riri di Facebook yang menggelar YDPA sebagai ‘Patung Kuning’.

Sebelum itu, kita dihidangkan dengan pelbagai kata nista dan hamburan berbaur kebencian termasuk oleh ADUN Kota Anggerik yang menghina Raja Permaisuri Agong.

Terbaru ialah individu bernama Iswardy Morni yang membuat siaran Youtube dengan gaya menghina YDPA.

Mengapa ini terjadi dan kenapa semakin banyak perlakuan biada seperti ini dilakukan? Peluang langit terbuka dengan kemudahan internet telah digunakan dengan cara paling jijik.

Perlakuan ini perlu segera dibendung agar tidak muncul lagi sebarang tindakan yang disalahgunakan atas hak kebebasan bersuara.
Peringatan kepada individu-individu terbabit yang berani menggunakan platform media massa yang kononnya mengangkat suara rakyat itu supaya bersyukur dan tidak menimbulkan sebarang kekecohan.

Iswardy, Fitri dan Najwan amat beruntung kerana tinggal di Malaysia, jika di Thailand mereka berhadapan dengan hukuman penjara sehingga 43 tahun seperti yang dikenakan kepada seorang wanita negara berkenaan kerana menghina Raja Thailand.

Memang sudah sampai masanya kita menyemak semula sistem tersebut kerana ia telah melahirkan segelintir rakyat yang tidak menghormati Institusi Raja-Raja dan sudah tentunya mereka tidak didedahkan kepada Rukun Negara.

Pada Jumaat, Iswardy memuat naik video secara ‘live’ berhubung Toral Lockdown: Apa Yang Kerajaan Gagal Belajar Dalam Setahun ini di Youtube rasmi miliknya.

Dalam video itu, Iswardy turut mengeluarkan kenyataan mendakwa Al-Sultan Abdullah seakan-akan tidak bertindak terhadap peningkatan kes Covid-19.

Dalam video itu juga Iswardy turut membandingkan Al-Sultan Abdullah dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersasar di Johor.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor