Home Rencana PAS Wilayah

HIMPUNAN TURUN ANWAR: ISYARAT TEGAS PENOLAKAN RAKYAT TERHADAP ANWAR DAN KEGAGALAN KERAJAA

25
SHARE

Dewan Pemuda PAS Kawasan Wangsa Maju (DPPWM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada ratusan ribu rakyat Malaysia, termasuk ribuan anak muda dari Wilayah Persekutuan dan amnya Wangsa Maju yang turun ke Himpunan #TurunAnwar semalam. Kehadiran luar biasa mencecah 500,000 orang membuktikan bahawa rakyat telah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri dan kerajaan PH-BN yang terus gagal memimpin negara ke arah yang lebih baik.

1. Himpunan ini bukan sekadar perhimpunan biasa. Ia adalah lautan suara rakyat yang marah, muak dan kecewa terhadap kerajaan yang tidak menepati janji, gagal mengawal kos sara hidup, dan terus menyalahgunakan kuasa untuk kelangsungan politik sempit mereka.

2. DPPWM melihat himpunan ini sebagai detik penting dalam sejarah rakyat Malaysia:

i. Kebangkitan rakyat kini benar-benar nyata, bukan lagi sekadar jeritan di media sosial.
ii. Ketakutan yang ditanam oleh kerajaan untuk menyekat suara rakyat telah gagal.
iii. Perdana Menteri dan barisan kabinetnya semakin hilang legitimasi di mata rakyat.

3. Himpunan ini juga membuktikan beberapa perkara penting:
i. Semangat juang rakyat merentas kaum, agama dan parti politik.
ii. Keterlibatan anak muda yang tinggi mencerminkan gelombang perubahan sedang melanda.
iii. Naratif bahawa rakyat masih menyokong kerajaan telah terkubur dengan sendirinya.

4. DPPWM juga ingin menegaskan bahawa:

i. Himpunan ini berlangsung secara aman, teratur dan penuh disiplin mencerminkan tahap kematangan politik rakyat.
ii. Kejayaan ini menafikan fitnah dan cemuhan pihak tertentu yang memperlekeh usaha rakyat.
iii. Rakyat tidak lagi takut mereka kini sedar bahawa masa depan negara tidak boleh diserahkan kepada tangan yang gagal dan zalim.

Kami menyeru seluruh rakyat, khususnya anak muda Wangsa Maju untuk terus bersatu dalam gelombang kesedaran ini. Jangan biarkan suara rakyat dipadam. Jangan biarkan penderitaan rakyat diselindung dengan propaganda media arus perdana.

“Rakyat Bangkit, Junjung Demokrasi, Lawan Kezaliman”

Ustaz Beyhaqi Ramli
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Kawasan Wangsa Maju