Home Berita PAS Terengganu

Himpunan Teguh Memimpin ; Bersama Teguhkan Kepimpinan Islam

16
SHARE

KUALA TERENGGANU – Rakyat Terengganu diajak untuk menghadiri Himpunan Teguh Memimpin sebagai ‘isyarat’ bersama-sama memperteguhkan kepimpinan Islam di bumi negeri tercinta itu.

Pesuruhjaya PAS negeri, Dato Husain Awang mengajak rakyat bangkit bersama-sama memperteguhkan kepimpinan Islam.

“ke arah madaulatkan syariat, ke arah mempertahankan tanah air dan juga mempertahankan maruah bangsa di bumi dan di tanah air kita yang tercinta ini,” ujarnya dalam satu sidang media yang diadakan di sini semalam.

Menurutnya, himpunan anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu akan diadakan selama tiga hari bermula pada hari khamis, 28 Mei hingga sabtu , 31 Mei di Padang Astaka, Cukai, Kemaman.

“Bagi pihak pemimpin PAS Terengganu, seluruh ahli dan juga penyokong serta seluruh rakyat negeri terengganu menjemput dan mempersilakan serta mengalu-ngalukan penyertaan dan juga kehadiran tuan-tuan dan puan-puan saudara saudari semua Himpunan Teguh Memimpin 1.0, ” katanya.