Home Berita PAS Pulau Pinang

Himpunan Jentera Pilihanraya Muslimat PAS Permatang Pauh 2018

1808
SHARE

Oleh: Emi Zarina

31 Mac 2018 | Sabtu |Kubang Semang

PAS Tawan Permatang Pauh!
Kata-kata ini tidak mustahil menjadi realiti!

Tag line “Muslimat Memacu Kemenangan” direalisasikan dengan penganjuran Himpunan Jentera Pilihanraya Muslimat PAS Permatang Pauh pada petang 31 Mac 2018.

Himpunan ini berjaya diadakan dengan penuh suntikan semangat dan amanat dan mendapat komitmen tinggi dari muslimat PAS seluruh pelusuk Permatang Pauh yang berjaya mengumpulkan melebihi 200 orang jentera pilihanraya muslimat.

Seawal jam 2.00 petang muslimat yang mewakili DUN Seberang Jaya, Permatang Pasir dan Penanti telah mula memenuhi meja pendaftaran dan mengambil tempat duduk masing-masing.

Jam 3.00 petang , acara gimik pelancaran himpunan pun dimulakan bagi menaikkan semangat jentera muslimat yang berada di dalam dewan.

Istimewanya gimik ini ialah ianya telah dijayakan bersama-sama oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan, Pengarah Jabatan Pilihanraya Muslimat PAS Kawasan, Ketua HalWa DUN Seberang Jaya, Permatang Pasir & Penanti.

Dengan diiringi lagu yang bertemakan semangat perjuangan sambil mengibarkan panji-panji PAS, Jalur Gemilang, dan bendera Pulau Pinang.

Diapit pula oleh tenaga muslimat muda Permatang Pauh iaitu Ameerah, Nusaibah dan Bridget. Empat orang muslimat muda diamanahkan memegang busur dan anak panah sebagai simbolik perjuangan zaman terdahulu.

Usai acara gimik, ucapan dari Tn Hj Amir Hamzah, Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Kawasan dan Puan Suraya Md Saat, Pengarah Jabatan Pilihanraya Muslimat PAS Kawasan membuka pentas himpunan.

Taujihad dari Pn.Maziah Khamis, selaku Pengarah Jabatan Pilihanraya Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang memanaskan lagi suasana dewan dengan beberapa tip-tip gerakerja dan jangkaan suasana pilihanraya yang akan dihadapi pada bila-bila masa sahaja lagi.

Kemuncak himpunan ialah taujihad dari Ustazah Hasanah Idrus, Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri yang menekankan tentang betapa pentingnya pergantungan kepada Allah swt dan matlamat untuk mencapai keredhaan Nya dalam setiap langkah gerakerja pilihanraya.

Majlis seterusnya mengumumkan DUN Permatang Pasir sebagai pemenang kehadiran peserta paling ramai.


Turut hadir ialah ahli jawatankuasa harian PAS Kawasan dan Dewan Pemuda, serta wakil PAS Kawasan Bagan.

Ikrar pilihanraya yang diketuai oleh Pn.Musfirah, Ketua Ameerah Permatang Pauh, pula bergema di dalam dewan . Program diakhiri dengan bacaan Doa Wehdah beramai-ramai yang dipimpin oleh Ustazah Norhapiza Saad selaku Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan.

Semoga , dengan melangkah keluarnya peserta Himpunan dari dewan itu, mereka turut membawa amanat dan hasrat pimpinan kawasan dan negeri yang telah disampaikan dengan penuh harapan dan impian agar syariat Islam dapat ditegakkan di bumi Pulau Pinang khasnya dan Malaysia amnya.