Home Berita PAS Pulau Pinang

Himpunan Hijau Anak Muda Pulau Pinang Nekad Menangkan PAS di Pulau Pinang

698
SHARE

Program Himpunan Hijau Anak Muda Pulau Pinang 1.0 yang berlangsung di kawasan Tasek Gelugor berjaya membuktikan kesungguhan gerak kerja Pemuda PAS Pulau Pinang khususnya dalam mencetuskan gelombang anak muda serta masyarakat setempat terhadap PAS terus meningkat.

Inilah yang dapat digambarkan apabila melihat keterlibatan setiap lapisan masyarakat didalam karnival yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang. Program ini dilihat terbuka apabila mendapat sokongan daripada pelbagai pihak termasuk NGO dan Kerajaan.

HHAMPP1.0 menampilkan pelbagai aktiviti buat kanak-kanak, wanita dan anak muda serta menawarkan pemeriksaan kesihatan percuma kepada para pengunjung. Kepelbagaian aktiviti dapat menarik anak muda bersama PAS melalui program santai dan kemasyarakatan yang sesuai dengan jiwa anak muda dengan kehadiran artis tanah air Sdr. Zuar XPDC.

Konvoi Alternative Riding Club (ARC) yang dihadiri lebih 400 motosikal berjaya mencetuskan gelombang anak muda untuk menghadiri HHAMPP1.0 serta bangkit semangat untuk ke Himpunan Fastaqim 2.0 di Terengganu hujung bulan ini. Turut hadir bersama dalam Konvoi ARC adalah Ustaz Muhammad Khalil Abd Hadi, Ketua Pemuda PAS Malaysia dan Ustaz Afnan Hamimi Dato Taib Azamudden, Ketua Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang.

Kemuncak program menyaksikan kehadiran begitu ramai anak muda, bahkan pelbagai lapisan umur memeriahkan malam kemuncak dengan ucapan oleh Ustaz Afnan Hamimi, Ustaz Muhammad Khalil, Ustaz Mohd Fauzi serta Ustaz Mokhtar Senik yang mewakili AJK PAS Pusat.

Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang akan terus melaksanakan HHAMPP 2.0 serta beberapa siri himpunan bagi mengekalkan momentum anak muda kepada PAS sehingga PRU14 akan datang.

Ustaz Nik Razif Nik Rahim
Penyelaras Unit Kempen dan Aktiviti Anak Muda DPPNPP
18 September 2017 | 27 Zulhijjah 1438H