Home Artikel PAS Perlis

Himpunan Bukti Pemuda PAS Perlis Sedia Hadapi PRU15

282
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

ARAU : Program Himpunan Jentera Pilihan Raya Pemuda PAS Perlis yang berlangsung semalam menjadi bukti kesediaan jentera pilihan raya pemuda untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 yang akan diadakan nanti.

Bertempat di Sekolah Rendah Islam (SRI) Al Furqan, dekat sini, program berkenaan mencatat kehadiran seramai 200 orang penggerak pemuda dari seluruh negeri Perlis.

Ketua Pemuda PAS Malaysia Ir Hj. Khairil Nizam Khirudin dan Naib Ketua DPPM Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden serta Pesuruhjaya PAS Perlis Mohd. Shukri Ramli, antara tetamu jemputan yang turut sama dalam program berkenaan.

Ir. Hj. Khairil dalam ucapannya mengingatkan Pemuda PAS Negeri Perlis supaya bersiap sedia menghadapi PRU ke-15 yang dijangka akan berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Beliau turut menggesa agar usaha-usaha memperkukuh Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) dilaksanakan di semua peringkat demi kepentingan rakyat dan negara.

Sementara itu Ketua Penerangan PAS Perlis Abu Harith ketika ditemui semalam berkata, himpunan berkenaan telah menggariskan tiga perkara penting yang menjadi keutamaan kepada jentera pilihan raya pemuda untuk dilaksanakan sebelum berlakunya pembubaran Parlimen nanti.

“Pertamanya, kerja-kerja daftar pemilih perlu diberi penekanan pada setiap masa manakala jentera penerangan perlu memperhebatkan lagi gerak kerja menyampaikan maklumat-maklumat parti kepada masyarakat.

“Selain itu, di peringkat DUN pula, jentera pilihan raya pemuda mesti menggerakkan usrah dengan bersungguh-sungguh,” katanya ketika ditemui di sini.