LIPIS – Dalam ucapannya, YB Ustaz Saiful Bahri menyebut kita perlu menyantumi pengundi pengundi di Felda dengan pelbagai strategi. Disamping itu, kita juga melihat kepada pengundi pengundi lain mengikut latar belakang kerjayanya.
Tarikh lahir pengundi adalah penting kerana memudahkan urusan kita untuk menyantumi pengundi pengundi. Contohnya, di Terengganu kita akan menghantar kek sebagai tanda tanda ingatan tarikh lahir pengundi sehinggakan pengundi terharu atas apa yang PAS telah buat.
YB berkata, selepas daripada program pelancaran jentera ini kita meneruskan kerja kerja. Bukannya lah sekadar slogan, ataupun program ini TETAPI soal lah diri kita dengan amanah yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW.
Di dalam ucapan penutupnya, YB menutup dengan dua hadis yang bermaksud Wajib kamu dengan jemaah islam dan kepimpinanya dan dengan kepimpinan mereka. dan barangsiapa yang meninggal dan jauh diri daripada jemaah islam sekadar sejengkal ataupun selangkah maka terungkai lah rantai islam daripada tengkoknya.