KANGAR : Jabatan Pilihanraya Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis bakal menganjurkan Himpunan Jentera Muslimat PAS Negeri Perlis 1K.
Himpunan ini dijangka akan berlangsung pada 26 Ogos 2017 bertempat di Balai Islam MADI, Jejawi Dalam, Perlis.
Objektif utama himpunan adalah bagi mengumpulkan seramai mungkin petugas pilihanraya muslimat di segenap pelusuk negeri Perlis.
Pelbagai acara bakal diadakan sepanjang berlangsungnya himpunan, antaranya sesi taujihad bersama Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Noraini binti Husain, pelancaran tabung dana pilihanraya serta pelancaran pakaian rasmi keluaran Jabatan Pilihanaraya Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis khusus buat jentera pilihanraya muslimat.
Menurut pengarah program, Husna Hashim, selain daripada mencapai sasaran mengumpulkan petugas-petugas pilihanraya untuk menghadapi Pilihanraya Umum kali ke 14, himpunan ini juga bertujuan memotivasikan para petugas muslimat agar lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh dalam gerak kerja.
Justeru ujar beliau, pihaknya berharap agar semua jentera muslimat di Negeri Perlis dapat memberikan sokongan bagi menjayakan himpunan kali ini.
{jathumbnail off}