Home Berita PAS Pulau Pinang

HIMPUNAN 1K ANAK MUDA PN BEST BAKAL GEGAR PULAU PINANG SABTU INI

596
SHARE

TASEK GELUGOR: Lebih 1000 anak muda bakal memeriahkan Konvoi PN BEST sempena program Himpunan 1K Anak Muda PN BEST PULAU PINANG dan Ceramah Himpunan PN BEST

Alternative riding club (ARC) dan Alternative 4×4 Club (A4C) telah diberi tanggung jawab untuk mengurus Konvoi Mega pada hari sabtu ini.Tn Mohd Khir Ahmad Pengerusi Alternatif Ridding Club (ARC) memaklumkan beliau dan Tn Hj Fadhil Bahrom Pengerusi Alternative 4×4 Club (A4C) sudah bersedia untuk mengurus keselamatan peserta Konvoi PN BEST dan penunggang jalan raya yang lain.

Peserta Konvoi PN BEST akan mula berkumpul dan solat asar di Maahad Adda’wah Al-Islamiyyah Padang Menora. Mulanya mereka akan disajikan dengan Ceramah Pentas Anak Muda oleh Yang Berhormat Ustaz Muhammad Fawwaz Bin Mohamad Jan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Muhammad Hafiz Bin Alias Naib Ketua Pemuda DPPNPP dan Yang Berhormat Datuk Wan Saiful Bin Wan Jan Ahli Parlimen Tasek Gelugor.

Kemudian peserta Konvoi PN BEST akan mula bergerak ke Kubang Semang untuk menyertai program kemuncak Ceramah Himpunan PN BEST yang menampilkan penceramah utama Menteri Besar Kedah Dato Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Naib Presiden PAS Yang Berhormat Datuk Ustaz Idris Ahmad

Sebarang pertanyaan lanjut anda boleh terus menghubungi Pengarah Program Himpunan 1K Anak Muda PN BEST PULAU PINANG Sdr Ikhwan Afiq di talian 019-4136411

#MalaysiaSejahtera
#PemudaJenerasiSejahtera
#PenangTryyyKalih
#PNBEST

sumber FB

https://www.facebook.com/485422674895681/posts/pfbid032siKrUWp9KETWJbp8uXyYfSCqR7Rc47XerxmmnFyGoSnQQ7SVFTxs3msDidApCC4l/?mibextid=Nif5oz