Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Nisa’ ayat 100)
Dalam suasana serta wabak COVID19 yang masih belum reda ini, marilah kita bersama mengharungi ujian ini dalam berbagai sudut kehidupan yang memerlukan kesabaran, komitmen, daya usaha dan kesungguhan serta berganding bahu sebagai satu keluarga ke arah kebaikan dan perubahan diri demi kemaslahatan diri, keluarga dan ummah. Semoga setiap penghijrahan ke arah kebaikan itu akan membawa kita lebih Taqarrub kepada Allah SWT.
SALAM MAAL HIJRAH 1443
USTAZ MOHD FAIYZAL IBRAHIM
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Kawasan Putrajaya